Umum mengetahui bahawa warga Israel diharamkan untuk melawat ke negara kita, Malaysia termasuk 20 buah negara yang lain.

Namun, dengan adanya servis ‘membeli’ kerakyatan negara Belanda atau negara Caribbean, warga Israel misalnya vloger terkenal, Nas Daily kini boleh memasuki Malaysia. Namun persoalannya, mengapakah warga Israel terlalu ingin melawat dan memasuki ke Malaysia?

Jawapan bagi persoalan itu telah dijelaskan menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @Harris yang memetik perkongsian pengalaman seorang pengguna Facebook bernama Haim Katri, warga Israel yang mempunyai status kerakyatan Belanda dan pernah berkunjung ke Malaysia pada awal tahun 2020 yang lalu melalui pasport negara tersebut.

Berdasarkan catatan pengalaman sewaktu melawat Malaysia seperti yang ditulis oleh Haim Katri, beliau berasa terkejut setelah melihat perbezaan negara Malaysia yang amat ketara sekali tidak sama seperti yang digambarkan dan disangkakan sebelum ini.

Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan negara Islam yang paling lantang bersuara menentang kekejaman Israel dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan negara haram itu. Oleh itu, Haim serta warga Israel yang lain menggambarkan Malaysia sebagai negara ‘radikal agama’ (fahaman agama yang dikaitkan dengan keganasan) yang mundur dan miskin.

Namun persepsi Haim berubah setelah beliau berjaya memasuki Malaysia melalui pasport negara Belanda. Beliau terkejut setelah mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang bebas menganut mana-mana sahaja agama. Rakyat kita juga dikatakannya bertoleransi malahan negara kita dianggap lebih maju berbanding negara-negara Islam yang lain.

“Saya tiba di Kuala Lumpur dan penyambut tetamu di hotel menyambut saya dengan tutur bahasa Inggeris yang lebih baik daripada saya.

“Malah, remaja serta seluruh lapisan umur tidak segan mengucap ‘selamat tahun baharu’ dan bertanya khabar mengenai saya,” tulis Haim.

Sepanjang empat hari di Malaysia, Haim menggambarkan perasaan damai kerana dapat berbual dengan ramai orang termasuk lelaki dan wanita. Katanya Malaysia merupakan sebuah negara demokratik serta berbilang budaya dan agama yang sempurna jika dibandingkan dengan Israel, negara diktator yang hanya mementingkan satu agama sahaja iaitu Yahudi Zionis.

Sebelum ini Nas Daily berjaya memiliki pasport yang membenarkan beliau memasuki Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Ini Sebab Kenapa Negara-Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel

Pernah Tular Tahun 2016, Aktivis Warga Israel Cerita Kembali Pengalaman Mengembara Di Malaysia

Sumber