Instagram merupakan sebuah platform yang sering kita gunakan. Ada yang menggunakannya sebagai platform untuk menjual barangan dan ada juga sekadar untuk berkongsi aktiviti harian. Laman media sosial ini tidaklah hanya digunakan di Malaysia sahaja malah, ianya digunakan di seluruh dunia termasuk di Korea Selatan.

Walaupun warga Korea Selatan jarang menggunakan laman media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana mereka juga mempunyai laman media sosial yang hampir sama di sana, Instagram merupakan salah satu platform yang mereka gunakan, terutamanya selebriti Korea. Umumnya, para selebriti menggunakan Instagram untuk berinteraksi bersama peminat disamping mengongsikan aktiviti harian mereka.

Kebanyakan orang ramai akan menggunakan nama sendiri ketika membuat username, akan tetapi ada juga yang menggunakan kreativiti sendiri dalam mereka nama yang unik di Instagram atas tujuan branding atau suka-suka dan ada juga kerana nama tersebut terselit maksud atau memori yang bermakna.

Sama seperti kita, ramai selebriti Korea yang menggunakan nama sendiri sebagai username. Akan tetapi terdapat juga selebriti yang menggunakan nama yang agak aneh namun masih kekal kreatif di Instagram mereka.

Apabila melihat nama-nama yang digunakan mereka ini, pastinya kita tertanya-tanya, apakah maksud disebalik nama yang dipilih? Ada makna yang istimewa ke disebalik nama-nama tersebut? Tidak ingin anda semua tertanya-tanya, hari ini kami kongsikan beberapa username Instagram seleberiti Korea dan makna disebalik username mereka.

1. IU – @dlwlrma

Siapa yang tidak kenal dengan bintang Korea ini? Wajahnya sering menghiasi drama-drama meletop di Korea seperti Scarlet Heart Ryeo dan Hotel Del Luna dan suara merdunya pula sering juga didengari di corong-corong radio.

Pernah terfikir tak apa sebenarnya maksud disebalik username si cantik ini? Nama sebenar IU ialah Lee Ji-eun, tapi kenapa lain pula nama yang dipilih sebagai username? Sebenarnya ‘dlwlrma’ itu memang namanya yang ditulis berdasarkan keyboard hangul di atas keyboard biasa.

2. Krystal Jung – @vousmevoyez

Pemilik kepada wajah jelita ini merupakan bekas ahli kumpulan F(x) dan adik kepada bekas ahli kumpulan Girl’s Generation, Jessica Jung. Krystal cukup dikenali di persada seni Korea Selatan kerana mempunyai suara yang merdu dan juga bakat lakonan yang wajar dipuji disamping mempunyai wajah yang cantik iras-iras Yoon-ah dari Girl’s Generation.

Krystal memang pandai bertutur dalam banyak bahasa jadi tidak hairanlah kenapa beliau menggunakan ayat bahasa Perancis yang bermaksud ‘anda boleh melihat saya’ sebagai username di Instagram, kreatif bukan?

3. Vernon SEVENTEEN – @chwenotchew

https://www.instagram.com/p/Bp0wHtZF0qV/?utm_source=ig_web_copy_link

Rapper kepada kumpulan SEVENTEEN ini merupakan seorang yang berdarah kacukan dan wajahnya sering kali disamakan dengan wajah pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio ketika muda.

Nama sebenar idol ini adalah Choi Han-sol. Di Korea, cara sebutan buat nama keluarga ‘Choi’ ialah ‘chwe’ dan bukanlah ‘coi’ atau ‘chew’ oleh itu, idol ini menggunakan nama ‘chwenotchew’ sebagai username Instagram. Kreativiti Vernon tersebut sudah pasti membuat peminatnya terhibur.

4. Nam Joo-hyuk – @skawngur

Nama pelakon utama buat drama Start-Up ini sudah semakin popular oleh kerana kejayaan yang berjaya diperoleh drama tersebut. Meskipun bakat lakonannya sering dikritik, lakonan pelakon muda ini sudah mula menerima pujian kerana dikatakan sudah semakin baik.

Sama seperti IU, maksud disebalik username Joo-hyuk ialah namanya yang ditulis berdasarkan keyboard hangul di atas keyboard biasa.

5. SUHO EXO – @kimjuncotton

Ahli kepada kumpulan EXO ini memang terkenal kerana wajahnya yang kacak. Nama sebenar SUHO ialah Kim Jun-myeon dan menurutnya di sebuah wawancara yang dibuat untuk filem Glory Day yang pernah dilakonya pada tahun 2016, nama ‘Jun-myeon’ agak kurang komersial untuk digunakan sebagai stagename seorang idol. oleh itu beliau menggunakan nama SUHO yang bermaksud ‘penjaga’.

Sama seperti nama yang dipilih buat filem tersebut, SUHO memilih untuk menggunakan nama sendiri kerana menurutnya nama tersebut adalah nama yang diberi oleh ibu bapanya jadi ianya adalah istimewa. Akan tetapi, untuk membuatkan username tersebut tampil lebih kreatif, SUHO menukar ‘myeon’ kepada cotton kerana ‘myeon’ dalam bahasa Inggeris bermaksud kapas.

6. ONEW SHINee – @dlstmxkakwldrl

https://www.instagram.com/p/Bq_-6ZlARvZ/?utm_source=ig_web_copy_link

Ketua kumpulan SHINee ini memang terkenal dengan vokalnya yang mantap dan personalitinya yang kelakar. Bila dilihat nama yang dipilih sebagai username Instagram, mungkin ada rasa nama yang dilipih ini merupakan huruf-huruf random yang dipilih penyanyi tersebut namun tidak.

Ini bukanlah kombinasi huruf yang random, sebaliknya ianya bermaksud ‘Insta Majinki’ jika di tulis kembali di keyboard hangul. Kepada yang tidak tahu, Jin-ki merupakan nama sebenar penyanyi ini jadi tidak hairanlah kenapa nama tersebut digunakan.

7. Son Ye-jin – @yejinhand

Kalau anda pernah menonton drama Crash Landing on You, pastinya wajah jelita ini sudah tidak asing lagi bagi anda. Seperti yang anda tahu, nama pelakon jelita yang membawa watak Yoon Se-ri ini ialah Son Ye-jin, tapi kenapa Instagram beliau diberi nama ‘yejinhand’ pula?

Mari kita belajar sedikit bahasa Korea! ‘Son’ dalam bahasa Korea membawa maksud tangan, oleh itu tidak hairan lah kenapa si cantik ini memilih untuk meletakkan perkataan hand sebagai ganti untuk ‘Son’.

8. Do Young NCT – @do0_nct

https://www.instagram.com/p/CGupLvTMf8K/?utm_source=ig_web_copy_link

Jejaka tampan ini merupakan ahli kepada kumpulan NCT dan merupakan penyanyi utama buat kumpulan tersebut. Seperti yang anda tahu, nama sebenar idol ini adalah Do Young, jadi apakah maksud disebalik username beliau?

Kalau tadi kita belajar tentang anggota badan, kali ini kita belajar nombor dalam bahasa Korea pula! ‘0’ dari ‘do0_nct’ bermaksud ‘Yong’ oleh itu jika dibaca kembali, username idol tersebut ialah ‘doyoung nct’ dan bukanlah ‘do kosong nct’ atau ‘do nct’. Senang betul nak ringkaskan nama bukan? Ada lagi username menarik yang kami terlepas pandang? Kongsikan!

Sementara itu, siri Netflix ‘Sweet Home’ yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini telah trending, klik pada pautan di bawah untuk tahu sebab-sebab kenapa anda patut tontot siri tersebut!

‘Trending’ Selepas Tiga Hari Ditayangkan, Ini Sebabnya Anda Wajib Tonton Siri Sweet Home

Alice In Borderland, Siri Thriller Hebat Yang Sedang ‘Trending’ Di Netflix

Sumber