Semua sedia maklum apa yang terjadi dalam pengakhiran filem Infinity War. Selepas petikan jari Thanos, bilangan penduduk (termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan) dalam alam semesta berkurangan sebanyak separuh.

Apa sebenarnya yang akan terjadi jika separuh daripada penduduk bumi lenyap secara tiba-tiba? Adakah ianya sesuatu yang baik atau sebaliknya? Menurut penerangan What If, ianya mungkin satu perkara yang baik sebenarnya dan mungkin juga tidak.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Keburukan yang muncul selepas Thanos memetik jari adalah anda tidak tahu siapa yang akan lenyap; mungkin rakan baik atau keluarga anda akan lenyap. Keduanya, ianya bakal membuatkan dunia huru-hara apabila kapal terbang jatuh ke bumi kerana kebanyakkan pilot lenyap ketika kapal terbang masih di atas. Begitu juga di daratan kemalangan jalan raya akan berlaku di seluruh dunia.

Kebaikkannya? Banyak. Ketika ini, kita menghadapi masalah ‘over population’ di sesetengah negara dan jika perkara ini benar-benar berlaku, penduduk dunia boleh hidup lebih ‘selesa’ dengan bilangan penduduk yang kurang. Pencemaran udara juga dapat dikurangkan dan paling menarik adalah nilai hartanah bakal menjadi sangat murah di waktu ini.

Jika dipandang dari satu aspek, Thanos adalah ‘hero’ yang tidak disanjung. Anda setuju dengan motif Thanos selepas menonton video ini?

Anda Mungkin Suka