Celcom telah memaklumkan bermula 29 November sehingga 8 Disember kelak akan berlakunya masalah gangguan rangkaian di beberapa lokasi seluruh Malaysia. Hal ini kerana mereka mahu melakukan penyelenggaraan di fasiliti rangkaian.

Sewaktu penyelenggaraan berlangsung, sejumlah pengguna bakal mengalami gangguan rangkaian hingga menjejaskan akses kepada panggilan dan juga internet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Untuk kawasan yang baru terkesan akibat banjir, kawasan yang mengalami penyenggaraan ialah Salak South, Kuala Lumpur. Berikut merupakan jadual penyelenggaraan Celcom yang dikongsikan setakar ini.

30 November – 3 Disember 2022 (10 AM)

Pahang – Muadzam Bandar Tun Razak, Bentong dan Rompin.

2 – 3 Disember 2022 (10 AM)

Pahang – Mentakab dan Raub.

2 – 5 Disember 2022 (9 AM)

Kelantan – Machang, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok.
Terengganu – Besut, Permaisuri, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir dan Padang Midin.

3 – 4 Disember 2022 (10 AM)

Pahang – Muadzam Bandar Tun Razak, Bentong dan Rompin.

3 – 5 Disember 2022 (9 AM sehingga 11:55 PM)

Sabah – Tuaran, Papar, Kota Kinabalu Metro, Kota Kinabalu Kingfisher, Kunak, Keningau, Kudat dan Semporna.

4 – 7 Disember 2022 (9 AM)

Pahang – Beserah danSungai Karang.
Terengganu – Permaisuri dan Marang.
Kelantan – Pangkalan Chepa, Chiku, Tanah Merah dan Bachok.

5 Disember 2022 ( 12:05 AM sehingga 4 AM)

Selangor – Sabak Bernam dan Sekinchan.
Pahang – Panching, Bukit Goh, Beserah, Sungai Karang, Tanjung Lumpur, Pantai Sepat, Kuantan Metro, Jaya Gading dan Gambang.

Kelantan – Kubang Kerian, Tumpat, Ketereh, Tanah Merah, Kota Bharu, Pangkalan Chepa, Pasir Puteh, Pasir Mas, Bachok, Machang, Rantau Panjang, Kuala Krai, Galas, Jeli dan Chiku.

Terengganu – Kerteh, Kijal, Chukai, Cheneh, Jabor, Dungun, Marang, Paka, Hulu Terengganu, Setiu, Merang, Al-Muktafi Billah Shah, Ketengah, Besut, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Padang Midin, Chendering, Batu Buruk, Kuala Terengganu Metro, Permaisuri, Jerangau dan Bukit Bading.

Sabah – Papar, Putatan, Keningau, WP Labuan, Sipitang, Sook, Kuala Penyu, Kota Kinabalu Metro, Tuaran, Kota Kinabalu Tanjung Aru Kepayan, Kota Kinabalu Kingfisher, Penampang, Tawau Apas, Kota Kinabalu Telipok, Kota Kinabalu Damai, Beaufort, Kota Kinabalu Inanam, Kunak, Tawau Town, Tawau Merotai Kalabakan, Semporna, Kota Marudu, Kota Belud, Pitas, Kudat dan Beluran.

Sarawak – Sibu, Meradong, Bintangor, Bintulu Town, Mukah, Betong, Tatau, Saratok, Daro, Sarikei, Miri E-Mart, Limbang, Batu Niah, Lawas, Marudi, Miri Town, Samarahan, Kuching, Serian, Asajaya, Lundu, Simunjan, Sri Aman, Lubok Antu, Bintulu Medan, Pakan, Kanowit, Selangau, Bau dan Kapit.

5 Disember 2022 (12.30 A.M sehingga 12.35 A.M)

Kawasan-kawasan lain di seluruh negara.

5 Disember 2022 (3 A.M sehingga 3:05 A.M)

Kawasan-kawasan lain di seluruh negara.

8 Disember 2022 (12 A.M sehingga 6 A.M)

Tidak dinyatakan secara terperinci tetapi melibatkan kawasan seluruh negara. Sekiranya anda mengalami masalah dalam tempoh sekitar minggu pertama bulan Disember ini, ia mungkin berpunca daripada aktiviti penyelenggaraan yang sedang berlaku.

Jadi, anda diminta untuk melakukan urusan di dalam talian di luar waktu yang dinyatakan di atas. Anda juga perlu kongsikan artikel ini agar lebih ramai pelanggan Celcom mengetahui perkara ini.

Sumber