Saban tahun, bilangan rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand semakin meningkat dan akan jadi lebih ramai sewaktu cuti sekolah atau cuti umum.

Jika di negeri selatan Thailand, ianya masih mudah untuk mencari makanan halal kerana masih ramai pengusaha restoran yang beragama Islam. Anda mungkin sukar mencari makanan halal di kawasan yang majoritinya bukan beragama Islam.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Dalam satu perkongsian Muslim Krabi Travel (MKT), sebagai alternatif jika tidak jumpa restoran halal di kawasan anda, anda boleh cuba beli makanan di 7-Eleven Thailand. Tetapi perlu diingatkan, tidak semua makanan yang ada di 7-Eleven adalah halal.

Jadi, krew MKT telah ke 7-Eleven Thailand untuk mengenal pasti makanan halal bagi memudahkan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang mungkin tidak mahir membaca tulisan Thailand.

Assalamualaikum & Hai semua kawan-kawan dari Malaysia, Singapore & Brunei terutamanya sekali bagi yang Muslim. MKT nk…

Posted by Muslim Krabi Travel on Tuesday, February 5, 2019

MKT Thailand 1

MKT Thailand 2

MKT Thailand 3

MKT Thailand 4

MKT Thailand 5

MKT Thailand 6

MKT Thailand 7

MKT Thailand 8

MKT Thailand 9

MKT Thailand

Menurut Salma Nide, wakil daripada pihak MKT berkata tips pertama sebelum membeli produk makanan di 7-Eleven Thailand adalah untuk mencari produk dengan logo halal pada pembungkusnya.

“Produk daripada jenama CP di 7-Eleven kebanyakkannya halal untuk dimakan. Tetapi anda perlu lihat juga pada packaging produk tersebut. Jika ianya tiada logo halal, ianya memang tidak halal dan dibuat di kilang CP yang lain,” kata Salma.

Untuk senarai penuh makanan yang halal untuk dimakan di 7-Eleven Thailand boleh klik di sini. Jika anda sedang merancang untuk ke Thailand dan ingin mencari tour guide bagi memudahkan percutian anda, anda boleh berurusan terus dengan pihak Muslim Krabi Travel. Mereka akan bawa anda makan tempat halal best di Thailand nanti.

Anda Mungkin Suka