Perikatan Nasional (PN) secara rasmi telah mengumumkan senarai calon bagi 169 Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung 19 November depan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mewakili 74 kerusi Parlimen dan 41 DUN, Pas sebanyak 64 kerusi Parlimen serta 57 DUN.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Manakala, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mewakili PN di 20 kerusi Parlimen dan 14 DUN, Bersatu Bersekutu pula sebanyak 11 kerusi Parlimen serta empat DUN.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempertahankan kerusi disandangnya iaitu Parlimen Pagoh dan Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula masih tidak dapat kepastian. Walau bagaimanapun calon bagi Terengganu dan Kelantan diumumkan berasingan.

Berikut adalah senarai bagi 169 calon Bersatu yang akan bertanding pada PRU15, walau bagaimanapun terdapat beberapa calon PN yang masih ‘misteri’ khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.

Berikut adalah senarai calon yang bakal bertanding mengikut negeri: