Semakin hari semakin banyak pembangunan perumahan dapat dilihat di sekeliling kita. Terbaharu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengeluarkan senarai terkini pemaju rumah tanpa lesen.

Senarai ini pastinya amat penting buat bakal pembeli rumah lebih-lebih lagi buat golongan yang bakal memiliki rumah pertama. Hal ini dapat membantu pembeli untuk mengelakkkan kes seperti pemaju yang tiba-tiba hilang tanpa jejak dan meninggalkan rumah terbengkalai begitu sahaja.

20.02
Sumber: AAKJ

Terdapat 4 jenis senarai pemaju perumahan yang sudah disenaraihitamkan oleh KPKT, Senarai Hitam Pemaju Perumahan Tanpa Lesen, Senarai Hitam Pemaju Ingkar Award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR), Senarai Hitam Pemaju Gagal Membayar Kompaun dan Senarai Hitam Pemaju Terlibat Dengan Projek Perumahan Terbengkalai. Keseluruhan senarai ini dapat disemak di laman web KPKT. Kesemua senarai ini merupakan kemaskini terbaharu setakat 14 September.