Sambal ikan bilis merupakan antara menu yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dimakan bersama roti, lempeng, nasi lemak dan banyak lagi. Malah, sambal ikan bilis menjadi pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia untuk dibawa melancong kerana ia tahan lama.

Bak kata orang, tidak Malaysia lah kalau tidak makan sambal ikan bilis. Pastinya anda tertanya-tanya apa rahsia untuk sambal ikan bilis tahan berbulan-bulan dan cara masakan sambal ikan bilis yang sedap, bukan? 

Baru-baru ini, kami cukup tertarik dengan catatan saudari Koi Salz Eimas menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) dimana beliau berkongsi resipi istimewa sambal ikan bilis.

Screenshot 2019-07-05 at 12.21.03 PM

Screenshot 2019-07-05 at 12.21.28 PM

Kenapa kami katakan sambal ikan bilis ini istimewa? Ini kerana sambal ini menggunakan dua bahan istimewa yang jarang ada dalam masakan ini iaitu gula karamel dan gula melaka.

Kebiasaannya kita masak sambal ikan bilis kita tumis dahulu bahan-bahan seperti bawang dan cili, tetapi melalui resipi ini ia dimulakan dengan tumis sesudu gula untuk dijadikan karamel. Percaya atau tidak, dengan menggunakan karamel mampu menjadikan masakan anda lebih tahan lama.

65941222_2400805073275474_3634420567328686080_n

Untuk pengetahuan anda, sambal yang sedap dan tahan lama haruslah betul-betul cukup masak. Sambal yang betul-betul masak berwarna merah pekat dan bukannya berwarna merah cerah serta apabila minyak naik ke atas. Selain itu, sambal juga perlu direnihkan apabila sudah dimasukkan semua bahan sebelum api ditutup.

Jika sambal ikan bilis ini dimasak dengan baik, ia boleh di frozenkan dan dapat bertahan berbulan-bulan. Adalah penting memastikan sambal ini cukup masak bagi mengelakkan sakit perut.

Diharap dengan rahsia ini, anda dapat masak sambal ikan bilis dengan enak dan dapat tahan lama. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda diluar sana.