Pastinya anda teringin melawat Taj Mahal yang merupakan antara 7 keajaiban dunia. Akan tetapi, terdapat beberapa perkara yang anda harus mengambil kira sebelum melancong ke India. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Najlaa Yusuf telah berkongsi pengalaman dia bersama rakan di India berjumpa scammer. Baca perkongsian dia di bawah ini:

Apabila cerita tentang travel orang selalunya akan cerita yang indah, yang sedap, yang wangi sahaja. Tapi saya ingin bercerita mengenai penipuan-penipuan yang saya lalui semasa travel ke India 2 tahun lepas supaya boleh jadi panduan dan pengajaran kepada travelers lain yang berhajat ke sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, kisah scam ni semua terjadi di Delhi dan Agra, apabila kami bergerak ke wilayah lain scammers semua hilang dengan sendirinya. Mohon jangan komen ‘saya pergi Kashmir 10 kali setahun selamat sahaja’ dan komen-komen yang sewaktu dengannya.

1) Scam ‘hotel yang anda tempah kena cancel sebab esok ada rusuhan di situ’

11
Sumber: Google

Kami sampai di Airport New Delhi dari Kuala Lumpur dalam 12 malam, kami terus ambil teksi untuk ke hotel yang kami sudah tempah di Paharganj untuk mengelakkan di tipu pemandu teksi, kami ambil prepaid taxi di booth teksi di airport.

Ingatkan selamat. Pemandu teksi itu sangat friendly, banyak bersembang, tanya itu ini. Lepas itu dia mula bercerita pasal Ram Baba. Katanya Ram Baba ini ketua satu kumpulan agama, memang ramai pengikut tapi Ram Baba baru-baru ini kena tangkap polis sebab merogol beberapa orang pengikutnya. Jadinya, esok pengikut dia mahu buat rusuhan dekat area Paharganj iaitu area hotel kami.

Cerita mengenai Ram Baba itu memang betul, saya ada baca dalam berita, tetapi rusuhan itu mereka sudah buat 2 minggu sebelum itu. Berapa kali nak buat rusuhan?

Driver itu cakap memang dia akan buat banyak kali sampai Ram Baba itu dilepaskan. Hebat sungguh mereka goreng sampai garing. Jadi, Paharganj di tutup esok, ada curfew, orang merusuh, hotel kami highly likely sudah cancel semua booking.

Kami mula rasa hancing sebab sudah pernah baca plot cerita scam yang sama, cuma watak dan lokasi rusuhan itu sahaja ditukar. Sampai di Paharganj kami nampak ada barricade di jalan masuk, pemandu teksi berhenti untuk tanya orang yang jaga jalan itu apa yang terjadi.

Dengan muka runsing, pemandu membawa berita sedih pada kami, jalan tutup disebabkan curfew, kereta tidak boleh lalu. Lalu, dia kata dia akan bawa kami ke Tourist Information Centre untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kami tidak mahu pergi Tourist Information Centre sebab sudah terdengar cerita tempat itu scam. Akan tetapi, takkan mahu jalan kaki tengah-tengah malam cari hotel yang kami sudah book, mahu suruh pemandu teksi itu rempuh barricade lagilah tidak boleh. Jadi kami setuju sahaja pergi tempat itu, dalam perjalanan berfikir bagaimana mahu larikan diri tanpa membahayakan keselamatan.

2) Scam ‘Tourist Information Centre’

Kami sampai di tempat ini dalam 1.30 pagi, tak masuk akal tourist center buka sampai pagi, negara maju pun tidak macam ini. Kat ofis itu ada sorang lelaki umur 40-50an, manager centre itu katanya.

Pengurus itu pun ulang balik cerita pemandu teksi itu pasal Ram Baba yada yada yada, jadi dia akan tolong saya book hotel lain untuk malam itu. Saya buat muka tidak percaya dan saya beritahu dia yang saya tidak mendapat maklumat bahawa hotel telah membatalkan tempahan penginapan saya.

Malah, jika pihak hotel membatalkan tempahan, pasti saya akan menerima emel. Sambil menunjukkan emel saya, nasib baik saya buat data roaming jadi boleh periksa kesahihan cerita dia. Dia kata kalau tidak percaya saya boleh cakap sendiri dengan orang hotel, dia telefonkan guna telefon pejabat dia.

Apabila saya cakap dengan ‘orang hotel’ itu, orang hotel itu pun mengiyakan cerita pengurus dan pemandu teksi itu dimana mereka sudah batalkan semua tempahan.

Saya tanya dia bila mereka mengambil keputusan untuk batalkan tempahan dan menghantar emel? Jawapan mereka adalah semalam. Jadi, saya beritahu dia yang saya baru sahaja tempah hotel itu semalam sebelum saya bertolak ke airport dan call hotel untuk pastikan booking itu sudah proceed pagi itu.

Kenapa tidak beritahu saya masa itu? Dia terus diam… kantoi menipu. Saya letak talian dan beritahu pemandu teksi itu, bawa balik kami ke barricade itu, kami akan jalan kaki dari situ ke hotel kami.

https://www.instagram.com/p/Bz92YpEFNqn/

3) Scam driver auto-rickshaw

india-street-1
Gambar hiasan. Sumber: Google

Lepas kami bertegas tidak mahu tempah hotel baru, pemandu teksi itu pun bawa kami balik ke Paharganj, ke barricade. Dia kata dia akan tolong cari auto-rickshaw lalu jalan belakang untuk ke hotel kami. Jadi, dia pun berbincang dengan pemandu auto lepas itu pemandu teksi beritahu 150 rupee untuk kami bertiga, kami pun setuju.

Maka, dengan luggage kami berhimpit kat belakang auto yang sempit itu, punya jauh dia bawa masuk lorong keluar lorong, masuk roundabout, lalu bawah jambatan, sedangkan dari barricade itu patut jalan lurus 400m sudah sampai. Sampai depan hotel, saya siap-siap beri 150 rupee untuk mengelakkan drama, sekali dia cakap tidak cukup sebab 150 rupee seorang. Tadi cakap untuk 1 auto, sekarang harga untuk seorang pula. Saya sudah tidak larat mahu bergaduh waktu itu, sudah pukul 3 pagi jadi saya bayar sahaja.

The truth: Sampai hotel itu, kami tolak pintu hotel itu. Hotel buka sahaja, ada beberapa staff sambut kedatangan kami. Tiada pembatalan tempahan. Saya tanya betul ke ada rusuhan esok? Receptionist itu berkata tiada. Habis itu, barricade itu untuk apa? Dia kata sana memang lepas pukul 11 malam mereka akan tutup jalan tidak bagi kereta lalu.

Walaupun kami tidak berjaya ditipu, tetap rasa panas hati sebab buang masa dan penat sel otak saya mahu bekerja tengah malam iaitu waktu saya patut tidur. Pukul 5 pagi pula kami kena bangun sebab train kami ke Agra bertolak pukul 6 pagi, tidak sampai 2 jam kami tidur.

Jadi selepas 2 jam tidur, kami pun bangun untuk bersiap siap. Ikutkan hati mahu sambung tidur, tidak larat mahu lihat Taj Mahal. Akan tetapi, kami kuatkan hati untuk pergi juga, bukan senang mahu sampai India. Nak buat visa sampai sejarah tok nenek dia tanya.

4) Scam ‘train anda dibatalkan’

DaGpyuQU8AY80Kj

Bila kami tiba di New Delhi Train Station, kami terus menuju ke pintu masuk, ada scan macam di airport, kena letak beg atas conveyor belt. Ada seorang lelaki berpakaian uniform seperti polis yang jaga di situ. Dia minta tiket train kami jadi sakya pun bagi. Dia cakap train cancel, pergi ke kaunter sekian-sekian. Ini betul ke atau scam ini?

Kami pun pergi ke kaunter yang dia cakap, ada 2 orang lelaki sudah tunggu kami, yang peliknya booth itu shutternya tutup lagi tapi ada orang tunggu luar booth, bawa file. Dia buka file, tunjuk pada saya pakej ke Agra naik kereta yang dia tawarkan. Sah scammers!

Kami jeling sesama kami, nampak pintu masuk itu sudah tiada pegawai yang beruniform itu. Kami bertiga lari dari scammers itu, melepasi entrance yang sudah tiada orang jaga, berlari ke platform sebab lagi 2-3 minit train kami nak gerak. Sampai platform, train itu ada lagi. Kami masuk train tercungap cungap, scammers punya pasal.

Persoalannya, macam mana pukul 6 pagi sudah ada scammers tunggu depan entrance? Yang peliknya, scammers itu macam sudah tunggu kami sebab lepas kami beredar dari entrance untuk jumpa second scammers, orang beruniform itu pergi macam itu sahaja. Tiada orang pun yang jaga entrance lepas itu, maknanya dia bukannya ada di situ setiap masa.

Kami rasa scammers di stesen keretapi ini adalah geng pakcik teksi semalam. Sebab masa dalam teksi itu dia tanya saya esok mahu pergi mana? Saya beritahu dia kami sudah book train nak pergi Agra supaya dia berputus asa untuk jual tour dia pada kami.

Walaupun saya cuba menipu waktu train departure sebab masa itu sudah syak dia cuba nak scam, driver itu masih dapat tahu waktu sebenar sebab dia memang hafal jadual train ke Agra. Ini bukan tuduhan tidak berasas, pemandu itu memang suspicious.

Lepas sahaja dia dapat tahu plan kami di India dia busy telefon orang sana sini, hantar sms macam ada kekasih gelap dia punya tidak lekang dari fon itu walaupun tengah drive sampaikan teksi itu bergerak 30km/jam sahaja dijalan yang tengah lengang, padahal sebelum itu dia bawa laju macam F1. Rupanya dia tengah alertkan scammers di tourist center, scammers di train station, besar kemungkinan orang yang jaga barricade juga.

5) Scam pemandu teksi Agra

Sampai di Agra kami terus pergi pejabat irctc (Indian railways) dalam train station itu juga untuk tempah day tour sebab petang itu kami pulang ke Delhi semula. Ingatkan sudah book tour dengan irctc terselamatlah dari scam, tetapi masih sama.

Semasa di pejabat irctc, kami sudah pilih lokasi yang kami nak pergi dan settle bayaran semuanya di ofis itu. Kami pilih untuk pergi ke Agra Fort, Baby Taj, Taj Mahal dan Mehtab Bagh. Pemandu teksi bawa kami ke Agra Fort dan Baby Taj tanpa sebarang masalah.

Tapi apabila kami ingin ke Taj Mahal, pemandu itu start buat hal. Dia cakap sekarang waktu tengahari, Taj Mahal tutup waktu lunch jadi dia akan bawa kami ke tempat lain, dia kata Mini Taj Mahal.

Kami tidak setuju tapi dia bawa juga kami ke situ. Bila kami masuk rupanya kedai souvenir barang mahal, kami terus patah balik keluar cari balik driver teksi itu. Kami cakap kami tidak mahu souvenir, tidak kisahlah kalau Taj Mahal tutup pun, kami sanggup tunggu depan pintu masuk sampai Taj Mahal itu buka. Dia pun terpaksa akur.

Sampai depan Taj Mahal tempat itu buka sahaja. Selepas habis tour di Taj Mahal, sepatutnya kami ke Mehtab Bagh tapi driver start bagi alasan lagi. Dia kata Mehtab Bagh jauh, kalau pergi sana tidak sempat balik train station on time. Jadi dia nak bawa kami ke tempat lain iaitu cultural village.

Kami ini sudahlah sleep deprived, dari malam tadi asyik jumpa scammers, penat otak kami berfikir nak selamatkan diri. Kat kampung itu pun mesti penuh scammers juga. Jadi saya cakap pada pakcik itu untuk hantar kami ke stesen keretapi walaupun ada lagi 3 jam sebelum train sampai.

Itulah cerita kami di Delhi dan Agra. Macam-macam scam kami jumpa dalam tempoh kurang dari 24 jam. Saya selalu fikir kenapa kami ini macam scammers magnet, orang lain pergi India tidak kena scam sampai macam itu sekali. Lepas 2 tahun, saya come up dengan tip-tip untuk mengelakkan scammers di India kalau saya pergi ke sana lagi:

1. Buat-buat tidak faham English

Masa di Delhi, kami berjumpa dengan solo traveler dari Malaysia. Kami tanya dia sama ada dia ada terkena scam di Delhi? Selamba dia jawab tiada. Rahsianya dia langsung tidak cakap English sepanjang di sana. Nak pesan makanan kat restoran pun dia cakap Melayu.

2. Jangan bagitau sesiapa yang ini pertama kali anda ke India

Soalan famous yang anda akan dapat apabila ke sana ialah ‘is this your first time in India?‘ soalan ini kedengaran macam harmless kat negara lain tapi kat India kalau anda jawab yes memang mengundang scammers ah jawabnya.

Untuk pengetahuan anda, kami jawab yes pada pemandu teksi di Delhi dan Agra. Sebelum touchdown kat India ada baiknya kalau anda berpakat dengan kawan-kawan travel yang lain untuk reka cerita yang convincing untuk cerita kalau orang tanya. kalau malas nak reka cerita, buat seperti tip 1.

66451550_10156937455941185_5178377618507956224_n

3. Berjaga-jaga dengan orang yang peramah dan orang yang volunteer untuk escort anda

Yang peramah kebanyakannya scammers. Masa kami pergi kedai kopi (kedai itu di tingkat 2), ada seorang lelaki ini mula bersembang dengan kami tanpa diundang, bagitau yang dia pernah kerja di Malaysia, dia journalist berasal dari Pakistan, sekarang tengah travel di India.

Lepas itu dia recommend kami pergi satu shopping mall untuk beli souvenir, dia beria mahu hantarkan kami naik teksi. Dia kata kalau kami pergi sendiri nanti kena tipu.

Kami rasa dia scammers, jadi lepas keluar dari kedai itu kami cepat-cepat pergi arah bertentangan dari arah yang dia bagi. Ingatkan sudah selamat, lepas 10 minit, dia tiba-tiba datang dari belakang kami dan tanya kenapa kami tidak pergi-pergi lagi. Rupanya dia lihat kami dari tingkat atas dan terpaksa kami lari ke station mrt untuk balik ke hotel.

4. Bagitahu potential scammers yang anda sudah tahu trick mereka

Kalau anda yang jenis confrontational boleh cuba tip ini. Sebelum driver teksi buka mulut lagi anda tanya dahulu ‘the road is closed due to riot? cut your bullshit! this scam is so yesteryear‘ tapi taktik ini ada potensi backfire. Nanti scammers take it as a challenge untuk upgrade scam mereka.

5. Cuba dress up seperti orang tempatan

Cuba blend in supaya scammers tidak perasan yang anda ini traveler. Kalau yang muka macam Cina atau Jawa tu memang tidak boleh nak buat apa, kalau anda pakai sari pun orang tahu anda bukan local.

LRG_DSC06995

6. Buat data roaming

Walaupun anda rasa data roaming itu mahal, jika di Inidia ini adalah lebih baik anda bayar data roaming daripada kena scam dengan scammers. Disebabkan saya buat data roaming saya terselamat dari kena scam di Tourist Information Centre sebab saya periksa emel yang kononnya mereka sudah hantar beritahu booking hotel kena cancel.

Satu benda pasal Indian scammers ini, mereka ini organisasi jenayah terancang. Mereka tidak bergerak berseorangan dan ada team yang sangat handal berlakon, serta mereka punya tipu itu sangat meyakinkan sampai anda akan mula meragui judgement anda sendiri. Waktu anda meragui diri sendiri itu, internet adalah penyelamat.

7. Sentiasa kira baki yang dipulangkan

Ini bukan scam tapi saya perasan banyak kali bila saya bagi duit besar, bila cashier pulangkan baki, pasti akan kurang satu note. Saya memang jenis kira duit balance sebelum pergi.

Selalunya masa saya tengah kira duit, sebelum saya sampai note terakhir dan cakap duit tidak cukup, mereka sudah hulur duit yang tidak cukup itu. Sudah banyak kali terkena, di stesen mrt, kedai runcit, dan kedai makan. Nampak sangat memang selalu mereka buat bengitu dengan harapan orang tidak perasan.