Anda yang sudah menonton Ant-Man and The Wasp, rasanya perkara paling best untuk filem ini adalah adegan kredit akhirnya. Paling menyeronokkan adalah untuk membuat teori berkenaan apa yang berlaku kepada kepada Ant-Man.

Buat anda yang sudah menonton, anda boleh teruskan bacaan dan jika anda belum menonton, boleh KIV dahulu artikel ini. Untuk review non-spoiler filem ini, boleh baca di sini.

Kredit akhir ini mempunyai hubungan langsung dengan filem Avengers: Infinity War kerana ketika Ant-Man masuk ke dalam quantum realm, Hank Pym, Hope dan Janet semuanya bertukar menjadi debu menyebabkan Ant-Man terperangkap di dalam quantum realm.

Marvel Studios’ Ant-Man and The Wasp _ Who is The Wasp_ Featurette screenshot

Jadi apa yang akan terjadi kepada Ant-Man? Menurut Janet di bahagian akhir-akhir filem ini, cara beliau dapat meneruskan hidup di dalam quantum realm adalah untuk berevolusi dan adapt dengan dunia quantum realm.

Menurut perbincangan peminat Marvel, Ant-Man bukan jenis yang suka duduk diam. Disebabkan beliau terperangkap di dalam quantum realm yang turut berkait rapat dengan time vortex, kemungkinan besar beliau dapat mencari jalan untuk mengembara ke masa lampau; mungkin ke masa sebelum beliau dimasukkan ke quantum realm sebelum Hank, Hope dan Janet bertukar menjadi debu.

Ada juga yang berpendapat partikel quantum realm yang dikumpul Ant-Man di sana adalah kunci untuk menumpaskan Thanos. Kuasa ini sudah pun berjaya memulihkan Ghost. Kemungkinan besar ianya juga akan ada kuasa untuk memusnah?

Banyak lagi teori yang muncul dan ini antara teori menarik yang kami jumpa. Bagi anda, apa pula teori anda untuk kredit akhir Ant-Man ini? Sekarang kami dah tak sabar untuk nantikan Captain Marvel sama ada Ant-Man akan ada buat kemunculan atau pun tidak.