Rundingan antara pihak Marvel Studios dan Sony Pictures akan diteruskan minggu ini untuk menentukan masa depan watak Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe. Jika kedua-dua pihak gagal menemui kata sepakat, maka Spider-Man tidak akan lagi muncul dalam mana-mana karya MCU selepas ini.

Justeru itu, ada peminat Marvel yang sudah bersedia untuk menerima berita tersebut. Menerusi satu perkongsian di Reddit, RusVir telah mengeluarkan 2 teori menarik yang pihak Marvel Studios boleh gunakan untuk ‘memadam’ Spider-Man daripada MCU.

Kedua-dua teori ini akan melibatkan Doctor Strange dan juga Wanda (Scarlet Witch). Untuk teori pertama, ianya perlu dibuat sebagai end credit filem kedua Doctor Strange, Doctor Strange In The Multiverse Of Madness.

Peter akan bertemu Strange untuk mendapatkan bantuan selepas identiti beliau terdedah dalam Far From Home. Strange akan membuka portal ke alternate universe yang boleh dipilih oleh Peter di mana dunia tersebut ‘hampir sama dengan dunia sebenar tetapi tanpa kewujudan dirinya dan Aunt May’. Jadi Peter akan mudah untuk terus tinggal di sana.

Di dunia berkenaan juga Avengers tidak wujud dan tiada ancaman daripada angkasa lepas dan Peter dapat memulakan hidup baharu dengan mudah. Kerana tiada pilihan lain, Peter berpaling melihat dunianya buat kali terakhir dan terus hilang ke dalam portal berkenaan. Taman end credit untuk filem Doctor Strange 2.

Di sinilah Sony Pictures boleh ‘mempergunakan’ Tom Holland untuk muncul dalam ‘Venom-verse’. Untuk filem Spider-Man 3, Sejurus Peter tiba di dunia tersebut, sangkaan Strange sebenarnya salah; sebenarnya wujud Spider-Man versi dunia berkenaan dengan nama yang berlainan iaitu Ben Reilly. Ben juga mempunyai kuasa sama seperti Peter! Kita juga mungkin dalam melihat pertempuran antara Peter dan juga Venom di dunia ini.

Teori kedua pula adalah dengan menggunakan kuasa Scarlet Witch untuk ‘memadam’ memori tentang Spider-Man. Tetapi, ianya akan hadir dengan satu masalah; tiada sesiapa pun yang akan ingat kepada Peter Parker termasuklah Wanda, MJ, Happy, Pepper Stark dan para Avengers yang lain. Dengan ini, Peter akan bermula daripada kosong dan tidak lagi muncul di mana-mana filem MCU.

Tetapi menerusi perbincangan tentang teori ini di Reddit, ada peminat yang mencelah pada ketika ini Marvel dan Sony sebenarnya sedang berbincang tentang hak penggunaan watak Spider-Man. Jika tiada kata sepakat, segala teori ini pastinya tidak akan berlaku.

Kesimpulannya, harap ada berita baik untuk peminat Spider-Man minggu ini menerusi perbincangan yang akan dibuat. Ramai yang masih belum puas melihat Tom Holland sebagai Spider-Man dan harapnya Peter akan kekal di MCU.

Sony Pictures dilaporkan mahu Spider-Man muncul dalam filem kedua Venom sekiranya Marvel mahu kekalkan Spider-Man dalam MCU. Adakah Marvel Studios akan setuju?

Sony Pictures Mahu Tekan Marvel Benarkan Spider-Man Muncul Dalam ‘Venom 2’

Tom Holland Sahkan Akan Terus Pegang Watak Spider-Man

MCU Bakal Bergerak Tanpa Spider-Man Selepas Sony Dan Disney Tidak Lagi Bersepakat