Pengambilalihan semua watak Marvel daripada 20th Century Fox oleh Disney sememangnya mengujakan semua peminat. Cuma, ketika ini semua pihak masih tertanya-tanya watak mana yang bakal diperkenalkan terlebih dahulu dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Screen Rant tampil dengan video ini membuat ramalan watak mana yang akan diperkenalkan oleh Marvel Studios terlebih dahulu. Ada watak yang mudah seperti Deadpool dan untuk dibawa masuk terus menerusi mana-mana filem MCU sedia ada dan ada watak yang sukar (Wolverine) untuk diperkenalkan dalam MCU.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video ini, siri MCU di laman streaming Disney+ juga mungkin digunakan untuk memperkenalkan watak-watak dari siri X-Men dan Fantastic Four. Jadi, Marvel Studios mempunyai pelbagai alternatif untuk memperkenalkan watak-watak baharu untuk MCU!

Antara semua watak yang disebut dalam video ini, mana satu yang anda mahu paling cepat muncul dalam MCU? Kalau kami, semestinya Deadpool! Gabungkan beliau bersama Spider-Man, pasti meletup.