Buat pemilik kucing di luar sana, semestinya anda mahu Si Comel anda gembira dan sihat, bukan? Tahukah anda bahawa Si Comel juga boleh berasa tertekan dan murung apabila berkurung di rumah dalam satu jangka masa yang lama.

three-short-fur-assorted-color-cats-979503
Sumber: Verst

Mesti anda tertanya-tanya cara untuk menghiburkan Si Comel agar tidak bosan ketika berada dalam rumah. Sebenarnya banyak aktiviti anda boleh lakukan bersama Si Comel yang dapat menstimulasikan mereka dengan cara bermain, bunyi, visual dan bau.

Sudah bersedia untuk ketahui cara menggembirakan Si Comel anda? Jom kita mulakan!

1. Ruang khas dengan pemandangan luar

image006
Sumber: Nurfuzie.com

Kucing yang tinggal dalam rumah akan berasa bosan kerana melakukan perkara sama dan melihat benda yang sama. Anda perlu sediakan ruangan khas untuk Si Comel anda melihat pemandangan di luar tingkap dan juga menjaga kawasan ‘jajahannya’.

2. Permainan

Cute-Kitten-Playing-with-Toy-HD-Cat-Wallpaper_NatureWallBase.Blogspot.Com
Sumber: Petnyaku

Kucing adalah pemburu semulajadi jadi dan sudah menjadi naluri mereka mengejar sesuatu, maka apa-apa sahaja permainan yang menstimulasikan jenis tingkahlaku ini sangat sesuai untuk kucing indoor. Apabila Si Comel aktif, kucing anda tidak akan sentiasa tidur disebabkan bosan.

3. Pos mencakar dan perabot

Poles-Board-Tree
Sumber: infosantai

Tipulah jika anda tidak perasan sofa anda ada kesan cakaran. Sebaiknya anda belikan pos pencakar dan perabot khas buat Si Comel anda kerana kucing suka mencakar bagi memastikan kuku mereka sentiasa tajam. Malah, Si Comel anda juga dapat menguatkan otot mereka.

4. Makanan

CCAlo_Jh3HW-1024×1024

Perkara paling penting adalah makanan yang berkhasiat dan sedap. Nak ‘pikat’ hati Si Comel anda agar gembira dan manja, anda boleh berikan mereka SmartHeart Cat Pouch.

Kaya dengan komposisi nutrisi terbaik seperti protein, lemak dan serat yang cukup untuk Si Comel dapat membantu dalam menggalakkan perkembangan otak mereka.

Ada apa dengan makanan kucing SmartHeart Cat Pouch?

Pouch-1024×1024

SmartHeart Cat Pouch hadir dalam pilihan varian berasaskan Ikan dan Ayam. Malah, SmartHeart Cat Pouch sangat mudah diberikan kepada si comel kerana disediakan dalam pouch yang mudah dibuka.

Komposisi nutrisi dalam SmartHeart Cat Pouch ini mengandungi Crude Protein min. 6.5% ~ 10.0%, Crude Fat min. 1.0% ~ 3.0%, Crude Fiber max. 1.0% dan Moisture max. 85.0%.

Bukan itu sahaja, ia dihasilkan secara cermat dan bersih dengan kombinasi vitamin dan mineral yang betul. Tekstur makanan yang lembut dalam setiap SmartHeart Cat Pouch, pasti akan menaikkan selera si comel terutama sekali ia diperbuat daripada ikan dan ayam sebenar!

Fish-Base-1024×1024

Untuk pengetahuan anda, SmartHeart Cat Pouch ini hadir dengan dua seleksi pilihan iaitu ikan dan ayam. Bagi perisa ikan, ia tampil dengan 4 perisa iaitu Sardine with Red Snapper in Jelly, Tuna with Chicken in Jelly, Sardine with Chicken and Rice dan Tuna in Jelly (Kitten).

Manakala untuk ayam pula, ia hadir dengan Chicken with Rice and Cheese, Chicken with Rice and Kanikama, Chicken with Rice and Tuna dan Chicken with rice and Carrot.

Chicken-based-1024×1024

Cara pengambilan SmartHeart Cat Pouch dengan betul

Cat-Pouch

Disebabkan SmartHeart Cat Pouch ialah wet food, ia haruslah diambil bersama dry food supaya pemakanan Si comel anda lengkap dan seimbang. Anda hendaklah memberikannya mengikut kuantiti yang disyorkan berdasarkan berat dan usia Si comel anda.

Dapatkan SmartHeart Cat Pouch segera untuk Si Comel anda

Anda boleh dapatkan SmartHeart Cat Pouch di pasaran sekarang dengan beli sahaja di SmartHeart Flagship Store LazadaSmartHeart Online Shop, kedai haiwan peliharaan, pasar raya, 7-Eleven dan Pet Chain Store (Petswonderland atau Pets Lover Centre).

Untuk maklumat lanjut tentang SmartHeart Cat Pouch, anda boleh layari laman sesawang SmartHeart atau terjah sahaja ke Facebook SmartHeart. Tunggu apa lagi? Jom beli SmartHeart Cat Pouch ini disini.

Kami kongsikan cara untuk anda eratkan hubungan bersama Si Comel anda pada pautan di bawah ini.

Mudah Dan Berkesan, Ini Tip Untuk Anda Mengeratkan Hubungan Dengan Si Comel

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Tunjukkan Cara Mudah Mandikan Kucing Kesayangannya

7 Langkah Mudah Bina Tipi Untuk Kucing Anda Tidur Selesa