Laptop merupakan satu keperluan dalam kalangan pelajar dan juga mereka yang bekerja untuk menyelesaikan tugasan mereka. Tanpa laptop, kerja seperti assignment, editing dan lain-lain pasti sukar untuk dilaksanakan.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @touchmediautara telah berkongsi beberapa tip penjagaan laptop yang anda boleh amalkan. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

photo_2020-03-20_16-51-38
HYPE
Hanya Serendah RM20, Anda Dapat Data 20GB! Banyak Juga Ganjaran Hebat Dari Telco Ini
Baca lagi →

Dari segi hardware

1. Jangan menggunakan laptop melebihi 8 jam dimana perlu dimatikan untuk kestabilan hardware.

2. Elakkan menggunakan laptop di atas tilam atau fabrik yang boleh menutupi ruangan angin keluar masuk.

3. Pastikan laptop di service setiap 6-8 bulan sekali.

Kebiasaan yang Bikin Laptop Cepat Rusak, Sering Dilakukan Banyak Orang – elliotmayot (8)

Sumber: Elliot Mayot

4. Untuk kelajuan yang optimum, upgrade dari HDD kepada SSD. *Nota: tidak semua laptop sesuai untuk upgrade.

5. Untuk bateri, jangan sesekali charge sepanjang masa kerana akan memendekkan jangka hayat.

6. Setiap laptop mempunyai daya tahan tersendiri. Pastikan anda tahu kelebihan dan kekurangan laptop anda.

Dari segi software

1. Pastikan anda sentiasa update Windows anda. untuk keselamatan dan kestabilan sesebuah Windows itu.

2. Windows 7 kini sudah mencapai umur yang matang, jadi update untuk Windows Defender juga telah hampir ke penghujungnya. Anda yang masih menggunakan Windows 7 dinasihatkan berhati-hati.

3. Kepada pengguna Windows 8, anda disarankan untuk update laptop anda kepada Windows 10 yang lebih baik dari segi kestabilan. Windows 10 kini dilengkapi Windows Defender yang mampu menahan daripada ransomware yang sangat merbahaya ketika ini.

4. Pastikan sumber muat turun daripada Internet itu selamat. Jika anda buka google, anda akan lihat simbol berwarna hijau di sebelah kiri website dan itu menandakan website itu selamat.

tips-jaga-laptop

Sumber: FR service laptop

5. Mesti anda suka bermain game di laptop anda bukan? Main game tidak salah tetapi kena tahu spesifikasi laptop dan game bersesuaian atau tidak.

6. Install software dari sumber yang tidak diketahui. Anda kene tahu, software ini ada banyak jenis dan ada juga terselit virus. Jadi, pastikan anda tahu dan kenalpasti jenis software yang anda inginkan. Install hanya software itu sahaja tida perlu add on software dari satu installer yang sama.

7. Untuk kelajuan, rajinkan diri buat disk cleanup. Anda pergi local disk c, right click dan pilih bawah sekali, properties. Kemudian ada pilihan disk cleanup, tekan situ dan ikut arahan yang diberikan.

Mudah bukan? Pastinya perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjaga laptop agar dapat bertahan lama dan memberikan performance terbaik untuk anda. Selamat mencuba!

Itu tip penjagaan laptop, anda inginkan tip lain? Klik pautan di bawah untuk tip ‘life hacks’ yang lain.

Ini Cara Baiki Kipas Seperti Baharu Bermodalkan Bawah RM10

Ini ‘Bahan Rahsia’ Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut

7 Cara Programmer Malaysia Boleh Menjana USD Tanpa ke USA

Anda Mungkin Suka