Negara kita iaitu Malaysia terkenal di seluruh dunia disebabkan kepelbagaian budaya dan boleh dikatakan sebagai syurga makanan. Sebut sahaja perihal makanan, apakah makanan kegemaran anda?

Pastinya anda sudah terbayang makanan kegemaran anda diminda dan setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza. Kali ini, kami ingin kongsikan 5 makanan Malaysia yang menjadi pilihan rakyat Malaysia melalui jawapan-jawapan yang diberikan oleh pembaca Vocket:

1. Nasi lemak

nasi lemak:the vocket
Sumber: kuali.com

Nampaknya ramai yang menyukai nasi lemak. Nasi lemak selalunya menjadi pilihan sarapan pagi dan rasanya yang sedap merupakan pilihan rakyat Malaysia.

2. Nasi ayam

nasi-ayam:the vocket
Sumber: Google

Siapa yang tidak menyukai nasi ayam? Kebiasaanya nasi ayam dimakan pada waktu tengahari berikutan penyediaanya yang cepat. Jenis nasi ayam pula, kami lebih suka style hainan.

3. Nasi bujang

nasi bujang
Sumber: Google

Nasi bujang selalunya menjadi pilihan utama pelajar. Allmaklumlah, para pelajar ingin berjimat cermat, maka mereka sering makan nasi bujang.

4. Roti canai

roticanaithevockt
Sumber: Google

Roti canai dimakan panas-panas memang sedap. Kebiasaannya roti canai dimakan waktu sarapan dan juga pada waktu malam.

5. Laksa

laksa
Sumber: Papparich

Terdapat 3 jenis laksa iaitu laksa Penang, laksa Johor dan laksa Sarawak. Ketiga-tiganya memiliki rasa yang berbeza. Mana satu pilihan anda?

Sebenarnya banyak lagi pilihan makanan yang terdapat di negara kita ini, ini hanyalah top 5 sahaja. Adakah anda pun gemar menikmati makanan di atas?

Lagipun, negara kita ini memiliki pelbagai jenis makanan berikutan terdapat pelbagai kaum dan budaya. Malah, dalam setiap makanan tersebut sebenarnya bukan hanya melambangkan sesuatu kaum sahaja tetapi melambangkan perpaduan kaum di Malaysia.

Kenapa kami kataan begitu? Sebagai contoh, nasi lemak merupakan masakan kaum Melayu, tetapi kini nasi lemak di nikmati oleh kaum lain juga. Adakah anda bersetuju?