Pasti waktu kecil-kecil dahulu kita tidak sabar ingin menjadi dewasa, dapat ke sana sini dan dapat membuat apa sahaja yang kita inginkan tanpa dilarang atau disekat. Akan tetapi, apabila telah meningkat dewasa, ramai yang ingin kembali semula menjadi kanak-kanak.

Apa yang membuatkan anda ingin kembali menjadi kanak-kanak sebenarnya? Adakah kehidupan sebagai seorang yang dewasa banyak mengecewakan dan menghampakan anda?

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Adakah anda perasan, kami telah bertanya beberapa soalan di Facebook page kami?

Apakah perkara paling mengecewakan apabila anda menjadi dewasa?

Posted by VOCKET on Tuesday, 23 July 2019

Kami telah mendapat pelbagai respon daripada anda untuk soalan ‘perkara paling mengecewakan anda apabila anda menjadi dewasa’. Pasti setiap daripada anda memiliki jawapan yang berbeza dan ada yang memiliki jawapan yang sama. Berikut kami kongsikan 5 perkara paling tidak best apabila sudah dewasa:

1. Hidup dikelilingi dengan hutang

hutang

Sumber: Google

Bercakap tentang hutang, ramai diantara kita yang memiliki hutang dengan bank kerana membuat pinjaman pelajaran, perumahan, kereta dan sebagainya. Boleh dikatakan kita bekerja hanya untuk membayar hutang sahaja. Akan tetapi, jika kita pandai mengurus kewangan dengan baik, nescaya kita akan bebas hutang.

2. Nostalgia 90-an kian pupus

baling selipar

Sumber: Google

Perkembangan teknologi pada masa ini sangat memberansangkan dan kebanyakan orang taksub dengan media sosial. Jika dahulu, kita sering bersosial dengan bermain pelbagai permainan seperti main pondok-pondok, konda-kondi, baling selipar dan sebagainya. Akan tetapi, dengan arus perkembangan teknologi, segala permainan yang sering kita bermain kian pupus dan tidak dapat diturunkan kepada generasi seterusnya.

3. Kehilangan orang tersayang

family

Gambar hiasan. Sumber: Google

Tidak dapat dinafikan bahawa makin kita meningkat umur, makin kita kekurangan masa bersama kedua ibu bapa kita. Malah, kita akan melihat satu-satu orang tersayang pergi tidak kembali. Pastinya ia menyedihkan kerana tidak mudah untuk kita menerima orang yang dekat dengan kita pergi selama-lamanya.

4. Kekangan masa

Gambar hiasan. Sumber: Google

Masyarakat sekarang boleh dikatakan memiliki kerjaya yang tetap, bahkan ada yang memiliki pekerjaan lebih daripada satu hanya untuk menampung perbelanjaan seharian. Apabila sibuk mencari wang, tiada masa untuk berseronok dan berehat, bahkan tiada masa untuk bersama keuarga.

5. Tidak dapat duit raya

duit raya

Sumber: Google

Pada zaman kanak-kanak dahulu, Hari Raya Aidilfitri adalah waktu yang paing ditunggu-tunggu sebab boleh dapat duit raya. Apabila sudah dewasa, tidak dapat lagi duit raya tetapi kena pula bagi duit raya.

Jika dilihat daripada jawapan-jawapan yang diberi, pasti semua orang boleh relate. Apabila kita meningkat dewasa, pasti kehidupan kita akan lebih mencabar kerana kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia.

Malah, masa dan kewangan sering menjadi kerisauan kita apabila dewasa kerana kesibukan kita mencari duit, kita kehilangan masa berharga bersama keluarga. Sedangkan kita patut meluangkan masa bersama keluarga juga.

Tidak dinafikan bahawa ketika zaman kanak-kanak, kita sering berhibur dan bersuka ria bersama keluarga tercinta kerana tidak memiliki komitmen dan kerunsingan hidup. Walaupun kehidupan alam dewasa ini tidaklah seindah seperti zaman kanak-kanak, tetapi kita harus jalaninya dengan tabah kerana ia sebahagian daripada proses kehidupan.

Anda Mungkin Suka