Hampir sedekad sejak mula ditayangkan, filem kelima daripada francais Fast & Furious iaitu Fast Five masih lagi segar diingatan para penonton.

Antara scene yang menarik perhatian ramai sudah pastinya dimana kumpulan yang didalangi Dominic Toretto berjaya merampas peti besi mengandungi wang dengan berat 4 tan menggunakan dua buah Dodge Charger.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

2-chargers-pullin-vault

Meskipun situasi ini hanya berlaku dalam sebuah filem, sehingga kini orang ramai masih tertanya-tanya bagaimana scene ini berjaya direalisasikan.

Pada kali ini kami berjaya mendapat jawapannya dimana tidak semua scene yang dipaparkan menggunakan bantuan CGI. Sebaliknya, kehadiran stunt coordinator antara yang berjaya membuatkan scene ini kelihatan sangat lancar dan realistik.

120745977_754252185122258_3456331732825396902_n

120934595_679511046305255_6490587989510255479_n

Difahamkan sebuah peti besi telah digunakan dan telah diubah suai pada bahagian dalam bagi menempatkan stereng serta empat buah tayar. Perkara ini dibuat bagi memudahkan peti besi ini mudah bergerak dan ‘diheret’ menggunakan dua buah Dodge Charger.

120577578_389049982259177_3120886209066098459_n

120878987_347670713140062_1912453510357277015_n

Dalam usaha untuk membuatkan peti besi ini tampil realistik dalam filem, empat buah tayar yang tersedia telah disorokkan pada bahagian dalam peti besi ini.

120843282_2599853300267652_2856898178497813984_n

Sememangnya sebuah idea yang hebat daripada semua krew filem ini. Tidak bergantung kepada CGI yang banyak serta memilih untuk menjalankan penggambaran ini penuh dengan risiko pastinya membuatkan orang ramai lebih menghargai filem ini.

Anda boleh tonton video di bawah daripada stunt coordinator Fast Five untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana scene yang penuh dengan aksi ini berjaya dijalankan.

Tular pada bulan lalu apabila The Rock terpaksa cabut ‘auto gate’ di rumahnya menggunakan tangan kerana tidak mahu terlambat ke tempat kerja.

The Rock Cabut ‘Auto Gate’ Guna Tangan, Tidak Mahu Terlambat Ke Tempat Kerja

T-Shirt Kedah Digayakan Pelakon Dalam Filem Tamil Buat Netizen Terhibur Dan Bangga

 

Anda Mungkin Suka