3 Disember ialah Hari OKU Sedunia yang diraikan sejak 1992 bagi mencetuskan kesedaran kepada orang ramai berkenaan cabaran sebagai OKU dalam kehidupan seharian.

Disebabkan itu tema setiap tahun berkisar kepada pertimbangan terhadap OKU sebagai salah seorang anggota masyarakat.Tema dipilih oleh United Nation dan negara-negara yang menganggotainya perlu embrace them into their undang-undang, polisi, perancangan dan sebagainya.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Tema tahun 2016 ialah “Achieving 17 Goals for the Future We Want”. Tema ini dipilih bagi mengetengahkan suara bahawa OKU juga adalah sebahagian daripada pelan United Nation iaitu “17 Sustainable Development Goals” (SDG). Jadi, kerangka dan inisiatif patut selari dengan keperluan OKU.

Ini kerana hilang upaya diri atau kecacatan bukan sekadar melibatkan masalah kesihatan sahaja. Ia melibatkan human rights dan development issue.

Menurut World Health Organisation, lebih daripada 1 billion orang cacat di dunia ini. Dan 1% populasi dunia berkerusi roda. Angka 1% itu kelihatan kecil bagi sesetengah pihak. Hakikatnya, lebih 65 juta orang di dunia ini perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“An estimated 1% of the world’s population, or just over 65 million people, need a wheelchair.” – WHO

Kecacatan yang dialami menyebabkan OKU:

1. Sukar melakukan tugas atau tindakan yang dianggap mudah oleh orang normal.
2. Terhad penglibatan dengan masyarakat dan program.
3. Perlu fasiliti khas dan pembiayaan untuk jalani kehidupan asas.
4. Kos hidup lebih tinggi berbanding orang normal bagi memenuhi keperluan ubat-ubatan, latihan, peralatan dan lain-lain.
5. Alami tekanan emosi sekiranya tidak kuat mengharungi dugaan ini.

Walaupun hilang upaya diri atau kecacatan itu satu kekurangan, ia tidak menghalang seseorang mencapai kejayaan sekiranya dia memiliki kekuatan dalaman yang mengatasi kelemahan luarannya.

Bak kata Tere Liye, “Hidup harus terus berjalan, tidak peduli seberapa banyak hal menyakitkan atau membahagiakan, biar waktu yang menjadi ubat.”

Jika orang tanya bolehkah OKU mengembara, jawapannya boleh selagi ada akses untuk mereka. Jika orang tanya bolehkah OKU bergaul dengan orang lain, jawapannya boleh selagi ada akses.

Dengan akses, ada OKU yang belajar tinggi hingga raih PhD dalam bidang yang diceburi dan ada juga sukses dalam bisnes. Mereka turut jadi orang yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Akses itu bukan simpati atau kelonggaran. Akses itu adalah keperluan bagi OKU untuk mengadaptasi dengan keadaan persekitaran agar boleh melakukan pelbagai perkara tanpa banyak halangan.

Banyak perihal berkaitan OKU di dalam SDG yang berkaitan dengan pendidikan, pertumbuhan dan pekerjaan, ketidaksamaan dan akses penempatan agar satu masa nanti ia merangkumi sepenuhnya OKU.

Oleh itu wajar ada tindakan dalam bentuk perundangan, rangka kerja, dasar, program dan tindakan yang konsisten agar kelak terhapus diskriminasi dan halangan ke atas OKU terhadap hak asasi mereka.

Pada masa ini pihak kerajaan dan masyarakat prihatin menunjukkan usaha positif dalam mewujudkan akses kepada OKU agar no one left behind. Harap satu hari nanti OKU boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Tema-tema Hari OKU Sedunia yang dipilih oleh United Nation:

1. 2015 – Inclusion matters: access and empowerment for people of all abilities
2. 2014 – Sustainable development: the promise of technology
3. 2013 – Break barriers and open doors to realise an inclusive society for all
4. 2012 – Removing barriers to create an inclusive and accessible society for all
5. 2011 – Together for a better world for all: Including persons with disabilities in development
6. 2010 – Keeping the promise: Mainstreaming disability in the Millennium Development Goals towards 2015 and beyond
7. 2009 – Making the MDGs Inclusive: Empowerment of persons with disabilities and their communities around the world
8. 2008 – Convention on the Rights of Persons with Disabilities: Dignity and justice for all of us
9. 2007 – Decent work for persons with disabilities
10. 2006 – E-Accessibility
11. 2005 – Rights of Persons with Disabilities: Action in Development
12. 2004 – Nothing about Us without Us
13. 2003 – A voice of our own
14. 2002 – Independent Living and Sustainable Livelihoods
15. 2001 – Full participation and equality: The call for new approaches to assess progress and evaluate outcome
16. 1999 – Making information technologies work for all
17. 1998 – Accessibility for all for the new Millennium
18. 1997 – Arts, Culture and Independent Living

Anda Mungkin Suka