Tahukah anda bahawa terdapat beratus ribu virus lain yang berada di tubuh haiwan dan menunggu masa untuk menjadi ancaman pandemik yang baru?

Terbaharu, salah sebuah platform dalam talian yang diberi nama SpillOver kini menyediakan senarai wabak haiwan yang berpotensi menular kepada manusia dan mampu menyebabkan penyebaran wabak. Portal ini pada dasarnya dirancang untuk memantau virus haiwan yang baru ditemui dan mampu untuk memberi kekacauan kepada kesihatan manusia pada masa hadapan.

Zoë Grange, penyelidik pasca doktoral dengan One Health Institute di University of California, Davis (UC Davis), salah seorang founder dan orang yang bertanggungjawab memimpin portal SpillOver berkata kepada Live Science bahawa wabak yang dunia sedang hadapi kini adalah salah satu contoh ribuan virus yang ada di luar sana yang berpotensi merebak dari haiwan ke manusia.

Dia menambah bahawa SpillOver dibina bukan sahaja untuk memberi pengetahuan atau amaran awal kepada manusia, tetapi juga mengutamakan ancaman wabak yang mempunyai risiko untuk menyebar kepada manusia.

Screenshot 2021-04-08 at 12.04.18 PM
SpillOver.global

Difahamkan kira-kira 250 wabak dikenali sebagai zoonosis, yang merupakan wabak yang dapat menyebar dari haiwan ke manusia dan dianggarkan lebih dari 500,000 virus berpotensi untuk merebak, kata para penyelidik mengenai SpillOver yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Science.

Namun, dari ratusan ribu wabak yang ada, para saintis menyatakan bahawa tidak semua berpotensi untuk berpindah dari haiwan ke manusia. Disebabkan itu, para penyelidik telah membuat senarai wabak dengan menentukan nilai wabak mana yang paling berisiko menular ke manusia.

Bagi menentukan nilai sesuatu wabak itu, SpillOver mempertimbangkan 32 faktor risiko untuk wabak. Contohnya faktor yang diambil kira adalah berapa banyak spesies haiwan yang dijangkiti wabak dan berapa banyak manusia yang berinteraksi dengan haiwan liar di kawasan di mana virus itu dikesan.

Daripada faktor yang dipertimbangkan tadi, para penyelidikan mendapati terdapat 12 wabak zoonotik yang berada dalam senarai. Pertama adalah wabak Lassa, kedua adalah SARS-CoV-2  dan ketiga adalah Ebola. Perumah bagi wabak Lassa adalah tikus dan perumah bagi Ebola pula dipercayai adalah kelawar.

Screenshot 2021-04-08 at 12.05.26 PM
SpillOver

Bagi SARS-CoV-2, ia masih belum diketahui perumahnya dan wabak ini telah menjangkiti kutu, singa dan harimau. Selain itu, beberapa maklumat penting mengenai SARS-CoV-2 masih belum diketahui, termasuk bilangan spesies perumah yang dikenal pasti. Tetapi jika dikaji lebih jauh, tidak mustahil SARS-CoV-2 berada di tempat pertama dan mampu kembali menjadi wabak.

“Alat ini bertujuan untuk memulakan perbincangan global yang akan memungkinkan kita melampaui pemikiran kita mengenai peringkat virus masa lalu dan memungkinkan kerjasama saintifik yang sebenar untuk mengenal pasti ancaman baru lebih awal,” kata Jonna Mazet, penulis bersama kajian ini dan merupakan seorang professor di Fakulti Perubatan Veterinar di UC Davis.

“SpillOver dapat membantu meningkatkan pemahaman kita tentang ancaman terhadap kesihatan dan memungkinkan kita bertindak untuk mengurangkan risiko sebelum wabak merebak.”

Saintis di China beri amaran, pandemik tahun ini diramal lebih buruk daripada tahun 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Di China Beri Amaran, Pandemik Tahun Ini Diramal Lebih Buruk Daripada Tahun 2020

Saintis Dakwa Bumi Bergerak Laju, Kurang Dari 24 Jam Sehari

Saintis Beri Amaran Kemunculan Penyakit X, Berpotensi Jadi Pandemik Baru