Prince George, 2 tahun kelihatan sungguh comel dengan gayanya yang bersahaja di depan lensa telah menambat hati ramai peminat keluarga diraja England. Kehidupan anak sulung pasangan Prince William dan Kate Middleton ini pasti menjadi perhatian sehingga dia dewasa kelak.

prince-george

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, ahli sains di Universiti Bradford telah menguji kebarangkalian wajah Prince George pada umur 7, 20, 40 dan 60 tahun melalui satu perisian penuaan yang dibangunkan oleh profesor Pengkomputeran Visual, Hassan Ugail.

Penggunaan algorithm yang akan menganalisa ciri-ciri wajah digabungkan dengan data keturunan telah mencipta potrait individu pada peringkat umur tertentu.

Gambar perbandingan Prince George bersama imej Kate Middleton dan Prince William sewaktu kanak-kanak
Gambar perbandingan Prince George bersama imej Kate Middleton dan Prince William sewaktu kanak-kanak

“Kami ambil ini – lebih kurang 30 hingga 40 ciri wajah – dan kami guna ciri wajah ini; kami petakan ia di dalam mesin dan kemudian kami hasilkan ikut umur.” ujar Hassan Ugail kepada The Mirror.

Inilah hasilnya! Wajah Prince George pada usia 7 tahun.

IMEJ: UNIVERSITY OF BRADFORD
IMEJ: UNIVERSITY OF BRADFORD

Pada usia 20 tahun, dia ada iras ayahnya, Prince William.

IMEJ: UNIVERSITY OF BRADFORD
IMEJ: UNIVERSITY OF BRADFORD

Prince George seakan-akan iras Bradley Cooper pada usia 40 tahun.

IMEJ: UNIVERSITY OF BRADFORD
IMEJ: UNIVERSITY OF BRADFORD

Dan pada usia 60 tahun, Prince George yang mungkin pada waktu itu telah menjadi Raja England pada tahun 2073 dijangkakan mempunyai iras Liam Neeson.

IMEJ: UNIVERSITY OF BRADFORD
IMEJ: UNIVERSITY OF BRADFORD

Keputusan imej-imej ini dikatakan 80% tepat. Tapi hanya waktu sahaja dapat membuktikannya.

Perisian ini sesuai digunakan untuk membantu polis mencari kanak-kanak hilang. Sekarang Profesor Ugail sedang menukarkan perisiannya ke dalam bentuk aplikasi. Semoga penambahbaikan perisian ini akan menemukan lebih ramai kanak-kanak hilang di masa depan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram