Hujung minggu dah kembali di Jepun, berbeza dengan masa lalu di masa aku kerja sini, hujung minggu aku kembali ke ibu kota Tokyo, bandar aku paling benci di Jepun untuk meluangkan masa berjimba dengan kawan-kawan lama, kerana di masa ini je la yang dorang free.

Kali ni macam-macam idea yang datang untuk berjimba tapi ada satu yang menarik perhatian kami (kawan-kawan aku ni Jepun tau semuanya,  tak termasuk aku), MENONTON WAYANG. Haha! Biasa tengok wayang di Jepun ni sinonim bagi pasangan anak-anak muda saja, orang-orang tua macam kami patut paling kurang pun berjimba di karaoke, izakaya ataupun berhanami di bawah sakura. Tapi disebabkan hujan turun pada hari tu maka kami tak boleh berhanami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenapa menarik idea ini? Sebab ia terdetik daripada cadangan salah seorang kawan aku, teringat aku pernah share dengan dia aku nonton cerita Kimi No Na Wa (anime Jepun) masa aku terbang balik dengan ANA, dan ceritanya sangat best hingga dikatakan mampu menyaingi cerita anime Spirited Away.

Walaupun membawa topik yang lucu dan romantik, Kimi No Na Wa juga membawa tema-tema yang deep seperti isu bandar vs kampung di Jepun, di mana di saat orang Jepun sibuk mengejar kehidupan mewah dan seronok di bandar, mereka tidak harus lupa keindahan budaya sendiri dan keindahan desa di Jepun.

Scene yang dilakarkan oleh pembuat cerita begitu scenic sebab sebijik umpama pemandangan di tempat sebenar di Jepun. Aku sampai tengok 2 kali, satu atas flight, satu ulang tonton balik dengan dia ala-ala nak feel romantic dengan kawan aku.

Permasalahan timbul apabila dia bertanya “Wan-kun, boleh susumekan (cadang) filem Malaysia apa yang menarik untuk atashi tengok?” katanya. Hmmm, terpikir, terduduk den.

Mana taknya, wayang kita ni tak habis-habis dengan cerita gangster, cerita hantu, cerita kelakar minta gelak kesian. Kalau aku susume haq cerita begitu, conform dipatah-patahkannya dvd tu.

Satu cerita yang aku teringat cerita TALENTIME, karya Arwah Yasmin Ahmad. Punya la aku terangkan tentang kisahnya, aku cuba cari di internet, tak jumpa pula. Balik kadang-kadang cari juga CD, tapi entah mana pula nak cari CD di zaman sekarang.

Theatre Image Forum. Pawagam Jepun ala-ala teater.
Tiket wayang. 1800 Yen bersamaan RM72!
Poster promosi filem Talentime di Jepun.
Twitter movie Talentime. Adibah Nor yang turut hadir pada malam movie Talentime. Aku rasa orang Jepun ni memang dah lama suka karya Arwah Yasmin Ahmad.

Kemarau kemaruk kawan aku yang minat nak tengok cerita Melayu akhirnya berhenti pada ketika musim sakura di Jepun yang turut datang membawa hujan harapan kepada dia (perghh ayat aku, bangga cikgu BM aku).

Dari 25 ke 31hb Mach 2017, significant musim bunga, significant juga 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Jepun. Juga sempena minggu memperingati Arwah Yasmin Ahmad, salah satu panggung iaitu Theatre Image Forum Jepun, menayangkan filem ni.

Kawan Jepun aku tu yang melobi kat aku, aku tengok twitter masa untuk tayangan pertama, Adibah Noor pun ada turun. Perrghhhhh, bangga sikit aku. Cerita Malaysia masuk panggung asing, Jepun tu.

Biasa wayang orang masuk panggung kita. By the way nak cerita skit pawagam theatre image forum ni, bukan macam panggung komersial seperti Toho Cinema kat Jepun atau GSC, TGV, dll di Malaysia.

Dia pawagam artistik, ini daripada pemerhatian aku la. Cerita-cerita yang ditayangkan kat sini sama ada hanya cerita-cerita yang pernah atau banyak menang anugerah antarabangsa atau cerita-cerita yang deep dan membawa tema-tema yang unik sahaja, baru boleh masuk dan ditayangkan.

Tak ada tayangan filem Kong atau Logan kat sini. Sebab pawagam ni is not for profit but appreciation to art, kata mat saleh. Di negara barat banyak lah panggung-panggung macam ni.

Walaupun aku teruja nak tengok movie ni, banyak juga halangan-halangan nak ke jalan tengok movie ni. Kalau aku tak sibuk, kawan aku sibuk. Kalau kawan aku tak sibuk kawan lain pula sibuk. Aku dah minta dorang pergi sendiri tanpa aku tapi mereka nak tunggu juga aku. Al-maklum lah aku yang rekomen, dan juga significant aku orang Malaysia, tengok movie Malaysia.

Janji punya janji, kami bertemu di patung Hachiko Shibuya, punya lah significant tempat pertemuan (semua nak significant). Berjalan kami meredah hujan ke panggung tu. Orang Jepun ni serious sangat, pergi tengok wayang macam nak pergi exam.

Sejam sebelum nak beli tiket mesti ada kat panggung. Aku cakap lah kat dorang, “tak apa, entah-entah kita je yang tengok cerita ni,” berhuhu aku. Sampai sana, agak ada orang juga lah. Kawan aku dah salahkan aku, “tu ada je orang tengok, kang tak dapat seat best pula.”

Tak sangka aku, ada juga orang tengok. Dah beli tiket, kami pergi mengopi sekejap masuk panggung.

Panggung wayang separuh penuh pada masa ni.
Buku tentang movie arahan Arwah Yasmin Ahmad dan juga pamphlet cerita Talentime (dijual taw). Dan CD soundtrack talentime.

Masuk panggung, panggungnya tak lah besar umpama panggung utama kat Mid Valley. Tapi boleh tahan juga. Aku jangkakan tak ramai orang nak tengok cerita Melayu, macam aku nonton cerita Adiwiraku dulu masa aku balik Malaysia sebab kawan aku punya lah hard sell cerita tu.

Rupanya separuh panggung juga lah yang datang menonton. Terbangga aku, banyak juga orang Jepun nak tengok cerita Melayu, tak kira tua, muda, datang solo, couple dan yang baru habis kerja.

Tu ada lagi yang masuk panggung lepas cerita dah mula, masa cerita tengah tayang. Kacau stim pula. Kami dahlah duduk belakang sekali. Nampak pun macam banyak orang-orang hipster atau artistik sikit. Aku tau lah dorang artistik sebab bapak aku pun begitu juga. Feel dan dressing tu tak boleh blah.

Dan dari mula menonton wayang, punya lah feel dorang tengok cerita Talentime tu. Aku terkejut cerita tu ditayangkan original dalam bahasanya (bercampur bahasa Melayu, English, Chinese, Tamil) sebab aku ingatkan dorang dubbed (alih suara) tapi letak sub je.

Di awal tayangan diterangkan bahawa cerita di subbed instead of dubbed, bagi mengekalkan originality, dan diterangkan movie Malaysia ini ceritanya ada pelbagai bahasa umpama negaranya pelbagai kaum.

Punya la layan feel orang-orang Jepun ni, walaupun biasa dorang kawal suara dorang sikit-sikit sebab tak nak ganggu orang, tapi silalah gelak masa scene lawak.

Aku expect ada orang nangis tapi tak sangka belum sampai ending pun dah tarik tisu. Apa hal? Baru scene tengah-tengah kot (masa heroin baru dapat tau hero tu bisu/pekak). Apatah lagi bila dah sampai ending habis Niagara Fall semuanya. Aku pun berlagak macho bagi sarung tangan (lame joke sebenarnya, sebab patut bagi sapu tangan atau tisu, boleh pula kawan aku tak perasan).

Tema yang di bawa dalam cerita Taletime, sudah tentu tema CINTA. Kisah tentang adolescence. Tu antara expectation kawan-kawan aku. Bagi orang Jepun yang pernah tengok movie Mualaf, Mukhsin, expectation mereka macam yang sebelum-sebelum ni, cinta antara kaum, first love (ramai yang suka cerita Mukhsin terutama bagi peminat cerita arwah Yasmin Ahmad).

Cuma, macam biasa cerita Yasmin Ahmad ada unexpected twist of event, tu yang tunjuk setakat cinta antara kaum je. Lagi unik ia cinta antara orang kurang upaya (pekak bisu) Mahesh dengan Melur. Tapi aku tak expect yang highlight nya kat Hafiz, macam mana cinta dia kat mak nya, macam mana sayangnya mak Mahesh kat adikknya.

Elemen kekeluargaan keluarga Melur dan Mahesh. Mei Lin yang dilayan umpama keluarga. Bagi saya cerita ni sebenarnya berat untuk orang Jepun. Tapi nilai-nilai itu yang dorang dambakan. Kat sini mana ada ada random person macam Ismael tu nak tegur Embon (mak Hafiz) kat hospital. Mana ada orang nak peduli hal orang lain, lagi-lagi di Tokyo.

Tapi cerita kat Talentime tu umpama semua orang connected antara satu sama lain dalam satu “kemasyarakatan,” satu nilai yang susah nak jumpa kat bandar-bandar besar di Jepun terutamanya di Tokto di mana individualism tu lebih penting seperti mana digambarkan melalui watak Chinese Boy member Hafiz tu.

Klimaks / last ccene. Lagu dalam Bahasa Inggeris. Mungkin untuk tayangan antarabangsa.
Pamphlet Cerita Talentime. Banyak juga sambutan berbanding filem-filem lain di sebelahnya. Huhu.
Keratan akhbar berkenaan cerita Talentime di akhbar-akhbar Jepun.

Off course, lepas habis tonton wayang, kami nak pergi mengopi. Dalam perjalanan tu ada penonton berborak-borak sikit di meja depan, ada kawan aku dok sawan nak beli CD soundtrack dia sebab lagu-lagunya sangan best.

Kalau korang nak tau kat sini, wayang turut dijual bersama CD sountrack, dan buku penerangan (aku pun tak pasti buku ni buku penerangan ataupun buku tema dan pengajaran macam kat sekolah dulu. Atau macam buku yang kita dapat masa tengok theater). Kemudian kami pergi mengopi.

Jadi nak di abiskan cerita aku, hasil borak-borak dan perbincangan dengn penonton-penonton lain dan kawan-kawan aku masa mengopi kami bercerita lah  sikit. Punya lah seronok mereka ni dengan cerita Talentime tu.

Ada yang nak tengok sekali lagi lah, suruh aku cari CD (kalau aku beli kat Malaysia mana ada subtitle Jepun). Sayang juga kami tengok pada hari terakhir tayangan.

Dipendekkan cerita, Orang-orang Jepun ni ada antara mereka bukan nak suka sangat menonton movie macam Avengers, Kong, Logan, Beauty and the Beast, tapi dorang lagi suka tengok movie macam Talentime ni.

Dan asalnya orang-orang Jepun bukan jenis tengok wayang, lagi-lagi yang tua. Orang muda memang ye lah atau couple. Budaya orang Jepun leboh kepada karaoke dan izakaya.

Filem yang ditayangkan di pawagam tu biasanya yang membawa tema dan isu-isu berat, kisah yang ada ciri-ciri kesenian. Movie Jepun pun macam Hachiko, Taiyo no Uta, dan sebab tu kisah anime Kimi no Na Wa tu boleh hit! Sebab seronok dan turut membawa ciri-ciri kesenian dan tema yang deep.

After movie. Semak sangat kat dalam. Huhu.

Cerita Malaysia yang ada ciri macam tu antaranya Adiwiraku, Ola bola, The Journey dan juga filem-filem arwah Yasmin Ahmad. Kisah macam ni yang Orang Jepun nak tengok!

Kisah macam ni yang orang luar nak tengok dan masuk ke pawagam dorang! Kisah macam ni yang boleh menang award international. Sudah-sudah lah dok tayang kisah samseng entah apa-apa, lawak bodoh ke laut, cerita hantu yang makin merepek.

Lagi-lagi sekarang kita ni banyak sangat tengok benda melawak, sampai maharaja lawak tu dah sampai mega, giga, tera byte semua. Kalau lawak tu pun biarlah lawak smart macam Harith Iskander tak apa juga, at least menang anugerah antarabangsa. Itu pun korang kecam. Korang buat apa dowh?

Kita punya lah dok gaduh Beauty and the Beast tak masuk pawagam Malaysia, sampai nak berperang saudara kat Malaysia tu. Nasib baik korang tak boleh beli senapang macam Amerika, sampaikan kita lupa saudara-saudara kita yang terperangkap di Korea Utara. Alhamdulillah dibawa balik.

Isu tu sampai penuh di TV Jepun. Muak aku tengok. Minda kita dah hancur sangat da. Konon nak ke arah negara maju, tapi minda dah ke jauh zaman kebelakang. Orang Jepun suka cerita Talentime tu sebab mempromosikan budaya negara kita, lagu-lagu yang sedap dan pelbagai bahasa, isu-isu yang deep dan berkaitan juga dengan mereka macam hubungan antara kaum dan agama, percintaan antara kaum dan kepentingan kekeluargaan.

Perasan tak, walaupun tak banyak, tema-tema keagamaan pun banyak dalam cerita Talentime tu. Umpamanya Mei Lin (Mei Rin dalam Jepun) tak perlu pun nak tukar nama bila masuk Islam, boleh kekalkan nama. Tak susah pun untuk dia hidup bersama orang-orang Islam sebagai Mualaf.

Itu belum lagi berkenaan larangan percintaan antara kaum. Di mana sekiranya dah suka sama suka, tak kira warna kulit, agama tu bukan larangan, tapi Insyaallah boleh bawa ke arah kebaikkan. Itu yang deep bagi dorang sebab ia merupakan antara isu-isu yang dorang sedang hadapi sekarang (penerimaan terhadap orang asing, kaum lain, mix raced, perbezaan dan penerimaan keagamaan).

Mesti tak sangka kan filem 2 jam Arwah Yasmin Ahmad ni tak langsung merupakan dakwah? Minta maaf lah saya cakap, saya bukan alim atau maksum. Saya nampak kita banyak je ulama-ulama hebat, malah ulama-ulama muda, tapi kadang-kadang adakah perkara, perkataan yang kita keluarkan, perlakuan yang kita tunjukkan tu menunjukkan kita Islam?

Perangai kita lagi kurang Islam dari orang-orang Jepun yang bukan Islam, (sebab tu ada Muslim panggil Jepun, Islam di negara bukan Islam, tu lain kali kita sembang).

Sebab tu negara kita jauh mundur ke belakang, bukan sebab tak cukup bangunan pencakar langit, tetapi sebab minda dan pemikiran. Sesiapa penah datang ke Jepun mesti perasan, tak banyak mana pun skyscraper kat Jepun tu.

Sebab negara maju tu diukur dengan jauh mana pemikiran rakyatnya, bukan jauh mana tinggi pencakar langit. Ni nak lagi 3 tahun 2017 ni agak-agak boleh sampai ke? Aku dah mula skeptical lah kat inisiatif baru macam TN50 tu. Pada aku, kalau even if 50% rakyat Malaysia dapat tukar pemikiran dan peribadi, esok dah boleh dapat negara maju dah, tak payah tunggu 3 tahun. Tak payah inisiatif pun.

Pada pembuat movie, jujur aku cakap, sudah-sudah lah buat sampah. Ini SERIUS. Korang ingat aku suka ke tengok movie gengster, hantu merepek, lawak entah apa-apa tu? Buat malu la wei. Nama negara Islam, tapi lucah romen kalahkan Hollywood.

Antara babak dalam filem Adiwiraku.

Kepada penonton, hargailah barang buatan kita terutama karya dan filem buatan kita. Terbaru aku tengok filem Adiwiraku. Aku rasa bersyukur juga lah ada pewaris Arwah Yasmin Ahmad. Berdasarkan kisah benar lagi tu.

Tapi sayang bila masuk panggung, aku di kalangan dalam 5 ke 6 orang saja yang tengok filem tu pada ketika itu. Aku cuba fikir positive mungkin korang nak tengok movie tu di Astro First. Paling kurang korang boleh tengok dan mesej dalam movie tu sampai.

Memang kau pun termenangis tengok cerita Adiwiraku tu. Aku looking forwad juga cerita tu masuk pawagam luar macam di Jepun ni suatu hari nanti. Dapat lah orang macam aku ni ubat rindu kepada Malaysia.

Itu la cerita panjang lebar aku tengok wayang kat Jepun. Maaflah emotional sikit. Apa-apa pun aku BANGGA FILEM MALAYSIA MASUK JEPUN – TALENTIME. Al-Fatihah kepada Arwah Yasmin Ahmad.

Semoga banyak lagi filem-filem Malaysia yang significant dapat kita tonton di masa akan datang. Semooga hubungan Malaysia-Jepun ini lebih kuat pada tahun-tahun akan datang.

P/S: Aku sangat sarankan korang tengok Filem Adiwiraku tu. Ada ditayangkan di Astro First. Sokong filem tempatan kita. Biarlah juga anak-anak kita membesar berbekalkan nilainilai yang baik daripada filem-filem yang indah.

Baca lagi: Sakura, Hanami Dan Ini Apa Yang Aku Belajar Tentang Hidup Daripada Jepun