Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

BlackBerry baru-baru ini telah mengesahkan mereka tidak lagi akan mengeluarkan telefon terbaru. Apa yang lebih mengejutkan, pengumuman tersebut hadir hanya selepas 2 bulan syarikat tersebut melancarkan BlackBerry DTEK50.

blackberry-neon-dtek-50-smartphone

Untuk pengetahuan anda, Blackberry DTEK50 merupakan telefon kedua keluaran Blackberry yang menggunakan sistem operasi Android serta penggunaan touchscreen secara penuh. Blackberry juga mengesahkan telefon terakhir keluaran mereka ini merupakan telefon yang dilengkapi dengan security yang terbaik pernah dihasilkan.

Berikutan pengunduran BlackBerry dari industri penghasilan telefon pintar, BlackBerry ternyata mahu mengubah sedikit sebanyak mengubah ‘business model’ mereka. Berikutan permintaan keyboard QWERTY keluaran mereka yang menjadi kegemaran ramai, Syarikat BlackBerry berminat untuk memfokuskan kepada keyboard QWERTY secara penuh.

blackberrybold9900handson

Dijangka Blackberry akan bekerjasama pengeluar telefon yang lain serta diberi penambahbaikan dari segi ‘physical keyboard’. Kami tak pasti adakah masih releven untuk menyertakan keyboard pada telefon di zaman ini.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah keyboard terbaru keluaran BlackBerry bakal menjadi ‘trendsetter’ atau sekadar tampil dengan wajah yang unik namun gagal untuk mendapatkan penjualan?

Anda Mungkin Suka