Kami percaya ini bukanlah iklan parodi Apple yang pertama namun kempen katalog IKEA 2015 ini yang dihasilkan oleh agensi pengiklanan BBH Asia Pacific sememangnya menarik perhatian kami. Dalam video ini, ‘gajet’ terbaru dari IKEA, bookbook™ diperkenalkan dengan lagak seperti Jony Ive memperkenalkan iPad. Sebuah microsite juga dihasilkan untuk tujuan kempen tersebut.

Antara kelebihan bookbook™ yang dipaparkan ialah tidak memerlukan kabel, muka surat yang jelas walaupun discroll dengan pantas, dan semestinya tidak menimbulkan isu lag. Secara tidak langsung, kempen ini secara umumnya mengenengahkan kelebihan bahan bacaan fizikal berbanding bahan bacaan digital.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Sebagai tambahan, kempen ini hanya dijalankan oleh IKEA Malaysia dan IKEA Singapore sahaja. Bagi yang bukan ahli, anda boleh dapatkan katalog terbaru ini di IKEA bermula Isnin, 8 September.

Juga boleh didapati dalam versi digital di sini.

Sumber: Adweek

Anda Mungkin Suka