Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah, akhirnya saya telah berjaya selesai misi pengembaraan saya ke 3 negara iaitu Korea Selatan, China dan Jepun.

Secara keseluruhannya trip solo kali ini memakan masa selama hampir 2 bulan. Secara peribadinya, ini merupakan pengalaman pertama bagi saya melakukan trip solo untuk tempoh yang lama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Misi kali ini ialah misi lepaskan geram habis master. Yelah, masa belajar kita tak boleh ke mana sangat, bila dah habis belajar, kita merayau sakan lah. Hahahaa.

Trip saya meliputi route Seoul-Busan-Deigu-Seoul-Beijing-Tianjin-Beijing-Tokyo-Ibaraki-Yokohama-Osaka-Kyoto-Kanagawa-Tokyo.

Ia melibatkan Korea Selatan selama 15 hari, China 20 hari, dan Jepun 20 hari.

Sebelum ini saya ada berkongsikan tips dan tempat-tempat menarik di Seoul, Busan, Beijing, Tianjin, Tokyo, Osaka, Kyoto, Kanagawa dan Yokohama.

Baca tips saya: Inilah 10 Tempat Menarik Yang Saya Lawati Sewaktu Travel Ke Kyoto, Jepun

Tetapi, kali ini saya ingin berkongsikan tentang sudut pandang yang berbeza yang saya jumpa di ketiga-tiga negara ini. Antaranya adalah:

1.  Rakyat ketiga-tiga negara ini majoritinya tidak fasih dalam Bahasa Inggeris. Agak sukar kalau kita nak travel ke sana jika tiada asas dalam bahasa ibunda mereka iaiti Korea, Mandarin dan Jepun. Tapi mereka ok je kalau kita nak tanya jalan.

2. Ketiga-tiga negara ini beriklim 4 musim iaitu musim sejuk, bunga, panas dan luruh. Sewaktu saya melawat ketiga-tiga negara ini, mereka baru sahaja memasuki musim luruh.

3. Ketiga-tiga negara ini selalunya akan menggunakan penyepit atau chopstick ketika menjamah makanan. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk makan menggunakan penyepit.

Cumanya penyepit yang digunakan di Korea adalah jenis steel atau besi serta leper atau bulat. Penyepit Jepun pulak hujungnya adalah berbentuk tajam dan penyepit China adalah berbentuk besar sedikit dan empat segi.

4. Pengangkutan awam di Korea Selatan, China dan Jepun terutamanya di bandar-bandar utama, sangat cekap dan senang untuk ke mana sahaja. Tambahan lagi, mereka selalu berjalan kaki untuk kemana sahaja setelah turun dari subway atau bas.

Sebab tu masalah obesiti tak banyak kat China, Jepun dan Korea. Susahlah nak jumpa orang buncit, kalau ada pun memang sebab mereka minum alkohol, bukan sebab terlebih makan. Tapi kalau ahli Sumo lain cerita ye. Hahahaaa.

travel-jepun-korea-china-1

travel-jepun-korea-china-2

travel-jepun-korea-china-3

travel-jepun-korea-china-4

5. Kalau kita berada di dalam subway di Korea dan China, kita dapati rakyat tempatan juga seperti rakyat Malaysia iaitu mereka akan menjawab panggilan jika telefon mereka berbunyi tetapi jika di Jepun, mereka jarang sekali akan mengangkat panggilan telefon ketika berada di dalam di train atau subway.

Paling-paling pun, messenger Line je lah yang mereka layan waktu dalam subway. Kebanyakan rakyat Jepun kalau berada di dalam train atau subway akan baca buku ataupun surat khabar.

Tapi sekarang ni, mereka pun dah guna news online dan e-book terutamanya yang berada di Yahoo. Wow! Tapi kalau kat Subway Korea, yang lawaknya kadang-kadang ada je ajumma dan ajussi yang jadi juru jual dan jual barang-barang mereka yang mereka bawa kat dalam train. Siap buat demo bagai.

Kadang-kadang ada yang dengan selambanya bawa masuk basikal kat dalam subway metro. Hahahaaaa. Macam-macam gelagat mereka ni tapi itulah cara mereka untuk mencari rezeki demi sesuap nasi.

6. Masyarakat ketiga-tiga negara ini tak suka makan makanan pedas secara umumnya kecuali beberapa wilayah di China seperti Hebei, Hunan dan Sichuan.

Dan saya paling suka makanan Sichuan sebab pedasnyapeghhhh, kalah masakan Padang, Minangkabau dan masakan Aceh. Hihihi. Kat Korea, ada je makanan pedas seperti Dakgalbi.

Makanan Jepun pun tak pedas tapi sedap. Hihihii. Makanan Cina agak tawar terutamanya makanan yang berasal dari Beijing dan Tianjin, tapi mereka pun ada manisan mereka yang tersendiri seperti Tang Hu Lu.

7. Ketiga-tiga negara mempunyai Bullet Train mereka tersendiri. Saya dapat merasa naik KTX iaitu Bullet Train di Korea Selatan dan merasai “Train to Busan”, nasib baik tak ada zombie waktu tu, hahahaa.

Di China, bullet train mereka dikenali sebagai “Gao Tie” dan di Jepun, sudah tentu yang paling terkenal dan merupakan bullet train yang pertama di dunia iaitu Shinkansen.

Ketiga-tiga bullet train ini sangat laju dan selesa. Bilalah Malaysia nak ada bullet train macam tu kan?

8. Dari segi internet WIFI, saya paling suka ketika berada di Korea Selatan kerana kelajuan internet mereka boleh mencecah sehingga maksimum 1GB persaat (tapi selalunya tak sampai pun kelajuan tu).

Manakala di Jepun pula, internet pun laju tapi kena sewa portable atau beli nombor simkad Jepun untuk dapatkan internet. WIFI percuma susah nak dapat kat Jepun. Kalau ada pun kat Starbucks, KFC dan MacDonald (itupun ada hadnya), di airport dan beberapa tempat yang terhad.

China? Boleh dapat WIFI percuma jua di beberapa tempat atau restoran tapi kena beli simcard China, baru boleh dapat. Tapi lagi, hahaha! Facebook, Google, YouTube dan banyak lagi website tak boleh di akses di China.

Kena guna VPN untuk akses semua website utama mereka. Akibatnya internet pun slow gila.

9. Dari segi makanan, China tak perlu risau sebab banyak restoran halal yang dibuka oleh Chinese Muslim tempatan yang berketurunan Hui terutamanya daripada wilayah Lanzhou (terkenal dengan menu Mee Tarik), Xinjiang dan Ningxia.

Kalau kat Korea Selatan dan Jepun, saya banyak makan seafood street food yang ada kat tepi jalan.

travel-jepun-korea-china-5

travel-jepun-korea-china-6

travel-jepun-korea-china-7

travel-jepun-korea-china-8

10. Kalau dari sudut komunikasi, kat China mereka guna Wechat, Korea pula Kakaotalk dan Jepun, Line.

11. Bagaimana pula dengan sikap masyarakat ketiga-tiga negara terhadap orang asing? Mengikut pengalaman saya, di China, mereka tak suka sangat dengan orang asing terutamanya generasi yang berumur sikit tapi kalau kita boleh cakap Mandarin mereka akan sangat ramah dengan kita walaupun baru berjumpa lima minit yang lalu. Hahahaaa.

Kalau kat Korea pula? Mereka agak kasar sedikit dari segi cara percakapan bahasa mereka tapi mereka sudi je membantu kita kalau-kalau kita tersesat jalan atau nak bertanyakan jalan. Dan kadang-kadang, kalau kita tahu bahasa Korea sikit-sikit, mereka akan belanja kita makan atau bagi diskaun terutamanya Ajumma dan Ajusshi.

Jepun? Kalau Korea Selatan dah baik, Jepun 3 kali ganda lebih baik. Hahahaa. Saya banyak kali dibelanja oleh rakyat Jepun ketika berada di sana walaupun kami tak pernah kenal dan jumpa selama ini. Nak menangis pun ada waktu meninggalkan Jepun hari tu. Huhuhuhu.

12. Ketiga-tiga negara ini sebenarnya adalah serumpun dan pengaruh China sangat kuat di Korea Selatan dan Jepun. Buktinya, banyak sekali tinggalan atau tulisan Cina tradisional mahupun simplified boleh dijumpai di tempat-tempat bersejarah di Jepun dan Korea Selatan.

Antaranya pejabat pentadbiran, istana-istana lama dan pengajian tinggi awam yang berusia ratusan atau ribuan tahun di negara Jepun mahupun Korea.

Malah banyak papan kenyataan atau petunjuk turut ditulis dalam tulisan Korea, China dan Jepun di ketiga-tiga negara sebab negara mereka sering dikunjungi oleh pengunjung dari ketiga-tiga negara ini yang kebetulan saling berjiran antara satu sama lain.

13. Ketiga-tiga negara ini mempunyai seni pertahankan diri masing-masing yang tersendiri. Kalau China, macam biasa, Kungfu, Taichi. Kalau Korea, mereka ada Taekwando dan kalau Jepun ada Aikido, Kendo, Karate dan Ninjutsu.

Saya tengok kan je lah mereka semua beraksi dari tepi, nak join memang bukan bidang kitalah jawabnya. Tapi, saya ada cuba bermain kendo. Best pulak main kendo sebab kita kena serang pihak lawan dan pada masa yang sama kena jerit.

Kalau tak jerit dan main pukul je pihak lain, mata tidak akan dikira. Bila ditanya kenapa pulak peraturannya macam tu? Mereka kata kalau nak serang orang, kena lah “Gentlemen”. Kalau serang waktu pihak lawan tak serang, ia tidak beretika.

Wow. Tersentap sekejap. Sebab sebelum ni waktu zaman sekolah selalu usik orang secara senyap-senyap. Hahahaa!

14. Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan jika kita travel ketiga-tiga negara ini iaitu Korea, China dan Jepun, seharusnya kita menjadi seorang yang peramah dan sering tundukkan kepala untuk menunjukkan tanda hormat kepada mereka.

Mereka sangat suka kalau orang asing yang ikut budaya mereka (samalah macam orang Malaysia yang suka tengok orang luar ikut budaya Malaysia, hahahaa).

15. Bagaimana dari segi kos sara hidup di ketiga-tiga negara ini? Paling best kalau dari segi kos sara hidup ialah di China sebab paling murah jika dibandingkan dengan Korea Selatan dan Jepun.

Kalau di Korea Selatan, agak mahal tetapi yang paling gila mahal dan sangat banyak duit dikeluarkan ialah ketika di Jepun. Huhuhu.

16. Saya suka belajar budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. Saya juga berpeluang hidup bersama mereka terutamanya di Korea dan Jepun. Pakai pakaian tradisional Hanbok (Korea), Sam Fu (Cina) dan Kimono (Jepun).

17. Makanan seafood di China, Jepun dan Korea terutamanya street food menjadi pilihan saya sebab murah dan sedap. Peghhh.

18. Dari sudut kebersihan macam mana pulak? Negara Korea bersih sedikit berbanding Malaysia. Jepun pulak paling bersih jika dibandingkan dengan Korea Selatan dan Jepun. Tapi China keterbelakang sekali dalam bab ini. Huhuhuu.

19. Dari sudut teknologi, sememangnya negara kita jauh ketinggalan dengan mereka. Jepun sudah mencapai tahap kemajuan yang begitu hebat.

Korea pula kreatif dalam mencipta innovatif dan China sedang pesat membangun dan perkembangan di China adalah yang paling ketara sekali perubahan yang dapat kita rasakan.

Bayangkan, keadaan dua tahun lepas di China terutamanya di bandar-bandar besar, berlainan dengan keadaan pada masa sekarang. Contohnya, kalau nak ke mana-mana, mereka hanya perlu bawa telefon bimbit dan pastikan telefon bimbit mereka ada internet dan Wechat, itu sudah cukup.

Kalau nak beli apa-apa, hanya perlu scan je kat melalui phone pada kertas eletronik setiap kedai. Bayangkan kedai tepi jalan yang macam nak roboh pun boleh terima aplikasi ini dan kalau basikal kita pancit dan call tukang baiki basikal, mereka datang kepada pelanggan mereka dan bila nak bayar, boleh pulak dia tunjukkan kad elektronik dia dan minta pelanggan beliau scan sahaja. Wow….. gila hebat perkembangan dan pesat pembangunan teknologi kat China pada masa sekarang.

Tak mustahil mereka akan menjadi kuasa besar dunia dan mengambil alih peranan USA pada suatu hari nanti.

travel-jepun-korea-china-9

travel-jepun-korea-china-10

travel-jepun-korea-china-11

travel-jepun-korea-china-12

travel-jepun-korea-china-13

20. Dalam perkongsian saya pada kali ini, saya lebih berminat untuk berkongsikan pandangan dari sudut yang berbeza. Saya pun pada masa yang sama jumpa ramai para pelajar Malaysia di ketiga-tiga negara.

Mereka sebenarnya sangat suka kalau jumpa traveler dari Malaysia. Kalau terserempak dengan mereka, jangan buat muka ketat pulak ye, hahahahaa.

21. Perbelanjaan saya pada trip kali ini adalah sebanyak RM5800 (termasuk tiket flight dan semua perbelanjaan makanan, jalan-jalan, masuk tempat-tempat bersejarah, bus, train, subway, bullet train dan sebagainya).

Itu pun sebenarnya boleh jimat lagi tapi disebabkan saya nak cuba banyak makanan yang tak pernah saya rasa sebelum ini terutamanya kat Jepun dan China, tu yang jadi budget macam kat atas tu, huhuhuh.

Saya bersyukur sebab dapat jimat dari segi penginapan sebab tumpang rumah kawan tapi macam biasalah, sebelum tumpang, kita tanya dulu boleh ke tidak, dah memang adat kan.

Kecuali di Busan, saya tinggal di Guesthouse di Pantai Haeundae. Yang tu kena bayar tapi itu pun sebab waktu mereka buat promosi murah. Yang mengejutkan saya adalah berkenalan dengan rakan Jepun yang tinggal sama Guesthouse dengan saya ketika di Busan.

Apabila saya sampai ke Jepun satu bulan setengah kemudian dan beliau dapat tahu yang saya berada di Tokyo, beliau mengajak saya untuk datang ke Osaka beberapa hari dan tinggal di rumah beliau. Ya Allah baiknya cara beliau melayan saya sebagai tetamu.

22. Ada juga seorang mamat Jepun ni saya kenal pada hari pertama jelajah Jepun ketika di Shibuya, Tokyo. Ketika itu nak tanya jalan je, last-last, beliau belanja makan ramen dan kemudiannya pada keesokan harinya beliau bawa saya berjalan-jalan sekitar Kanagawa.

Apa yang lebih membuat saya terharu ialah sewaktu hari ketika saya nak terbang balik ke Malaysia, beliau sanggup datang ke Airport semata-mata nak ucapkan selamat tinggal kepada saya.

Masa tu tak boleh tahan lagi air mata, terus berair (hilang macho, huhuhu). Nasib baik dia lelaki, kalau perempuan, confirm dah ajak kahwin. Hahahaaaa.

23. Dalam pengembaraan saya, saya tidak melawat taman-taman tema seperti Disneyland, Universal Studio ataupun taman-taman tema yang ada kat Korea mahupun China sebab saya tak minat dengan taman-taman tema ni.

Tapi, saya paling banyak keluarkan duit untuk makanan. Ye lah kan, kita banyak jumpa makanan yang tak pernah kita jumpa dan kebetulan pulak “halal” untuk dimakan. Apa lagi, tak akan ku lepaskan lah jawabnya. Hahaaa.

24. Sepanjang pengembaraan saya menjelajah Korea Selatan, China dan Jepun, apa yang saya dapati ialah kita kena belajar sedikit asas bahasa ketiga-tiga negara ini untuk memudahkan urusan pengembaraan saya.

Nasib baik saya dulu ada belajar bahasa Jepun selama setahun (tapi banyak dah lupa sebab tak practice), bahasa Korea saya tahu sikit-sikit sebab tengok drama Korea dulu waktu zaman sekolah menengah rendah dan bahasa Mandarin saya belajar semasa saya berada di Form 6 dan universiti.

25. Bagaimana pula dengan gadis-gadis dan jejaka-jejaka di China, Jepun dan Korea? Kebanyakan mereka berkulit cerah dan comel-comel terutamanya gadis-gadis dan jejaka Jepun. Tersangatlah cantik, kacak dan comel.

Korea? Pun cantik dan tampan tapi banyak “plastik” lah. Hahahaaa. China? mereka pun ramai jugak yang cantik-cantik dan tampan-tampan.

Jika anda merasakan para lelaki dan perempuan di Malaysia selalu reject anda, apa kata berubah angin. Hahahaa! Gurau-gurau. Jangan marah ye.

26. Kebetulan semasa mulakan pengembaraan saya, memang tepat-tepat harijadi saya, alamatnya raikan hari jadi sorang-sorang je lah kat bandar Seoul tu, huhhuu. Tapi, sebagai hadiah yang mungkin Allah nak bagi ialah dapat berjumpa pelbagai orang dari pelbagai latar belakang, Alhamdulilah.

27. Pada masa yang sama, saya dapat juga merasa makanan tempatan yang biasa kita jumpa kat Malaysia seperti Takoyaki di Osaka, La mian (mee tarik di Lanzhou atau Beijing), Sushi di Tsukiji Market, Tokyo, Ramyon dan Tebokki (Seoul dan Busan) dan Onigiri (Tokyo). Serius, rasanya sangat berlainan dan sedap gila.

Bila dah balik Malaysia hari tu, cuba makan sushi kat restoran terkenal (tak nak sebut tapi famouslah restoran tu). Bila makan haizzz, rasanya tak sedap macam kat Jepun.

Apa yang boleh saya katakan ialah jika nak rasa sedap yang sebenar sesuatu makan, makanlah makanan tersebut apabila ia dijual di tempat asal ia bermula. Samalah. Cuba makan nasi lemak kat Tokyo, rasanya lain betul dengan nasi lemak yang dijual kat Malaysia. Hahahaa! Kan?

28. Sambil-sambil saya travel, sempat jua saya berikan risalah dan buku-buku tentang islam kepada masyarakat tempatan dalam bahasa tempatan, dan ternyata mereka sama sekali tidak tahu apa itu Islam. Kita hanya sebarkan setakat mana yang kita mampu, selebihnya, serahkan segala urusan kepada Allah.

29. Hati kecil saya menyatakan bahawa pada 20 tahun akan datang, majoriti rakyat China dan Korea Selatan akan fasih berbahasa Inggeris dan sangat mudah untuk para traveler dari seluruh dunia untuk berkunjung ke negara mereka.

Ini kerana mereka sudah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah elit yang mempelajari bahasa Inggeris terutamanya China. Bayangkan seawal umur 3 tahun ibu bapa mereka telah hantar anak-anak mereka untuk mempelajari bahasa Inggeri. Wow.

Ini bermaksud, mereka sedar tentang pentingnya belajar bahasa Inggeris. Manakala di Jepun, mereka sudah mula mengarahkan setiap konduktur setiap bas, subway, train dan airport serta kakitangan tempat-tempat pelancongan agar belajar bahasa Inggeris dengan cepat dan pantas sebab Tokyo bakal menjadi penganjur sukan Olympik pada tahun 2020.

30. Kenapa saya kata sangat bermanfaat dan sangat membantu kalau-kalau kita belajar ketiga-tiga bahasa ini sewaktu travel ke China, Jepun dan Korea? Sebab mereka akan suka pada anda dan ada je insan-insan yang baik hati akan belanja kita terutamanya jika kita seorang yang peramah. MasyaAllah.

Pada masa yang sama, anda boleh bertanyakan kepada para penjual makanan sama ada makanan yang mereka jual itu ada unsur daging dan alkohol. Yelah kan, sebagai seorang Muslim kita tak boleh makan daging yang tak disembelih atas nama Allah dan apa-apa makanan yang ada unsur alkohol.

Segala urusan saya dipermudahkan oleh Tuhan dan saya sangat-sangat bersyukur. Pada mulanya saya risau kalau-kalau perbelanjaan saya akan melebihi daripada apa yang saya jangkakan, tetapi, sebaliknya yang berlaku.

Perancangan asal saya, bila dah tamat jelajah Jepun, saya nak pergi terus ke Taiwan dan stay kat sana dalam 2 minggu tetapi, disebabkan keluarga suruh balik untuk majlis konvokesyen maka baliklah saya.

Jika diturutkan hati memang tak nak balik Malaysia lagi sebab tahun lepas dah merasa majlis konvokesyen degree dan tahun ni untuk konvokesyen master degree.

Saya ingat tak pergi pun tak apa sebab boleh je ambil sijil dan transkrip original master degree tu kemudian lepas balik Malaysia.

Tapi, dah keluarga kata mereka dah bayar duit convo dan kesemua persediaan konvokesyen, terpaksalah jua kita menurut perintah. Makanya terpaksalah saya balik Malaysia jugak akhirnya. Huhuhuhu. Apa pun, family first beb. Itu yang paling utama.

travel-jepun-korea-china-16

travel-jepun-korea-china-15

travel-jepun-korea-china-14

travel-jepun-korea-china-17

31. Dari segi currency, saya tukar semua duit awal-awal sewaktu bulan Mei sebab saya dah dapat jangkakan bahawa selepas bekas Gabenor Zeti Attar Aziz letak jawatan, mesti duit Malaysia akan lebih teruk.

Alhamdulilah, memang keputusan saya tepat sebab memang pun nilai duit Malaysia turun dengan mendadak selepas bulan Mei sehingga sekarang. Huhuhu, lega.

32. Lagi satu saya nasihatkan, jika kita terjumpa traveler dari negara lain atau traveler dari negara kita yang dalam kesusahan tanpa mengira kaum atau agama, kalau boleh cubalah bantu mereka.

Kalau tak dapat tolong banyak, sikit pun jadilah. Saya masih teringat ketika saya berada di Busan, sewaktu saya di Busan International Port, ada seorang traveler Perancis yang sedang dalam kesusahan.

Feri yang sepatutnya beliau naik Feri dari Busan, Korea Selatan ke Osaka, Jepun bertolak pada hari tersebut, tetapi ditunda ke hari kemudiannya sebab ribut di laut tengah ketika hari kejadian, maka terpaksalah ditunda.

Dia pulak tak ada duit nak beli makanan untuk hari tersebut. Maka, saya pun bagi lah 10,000 Won kat dia sebab kebetulan ada sedikit duit lebih. Tapi, mungkin sebagai balasan, Allah telah menyenangkan urusan saya ketika berada di China dan Jepun.

Di China ada ramai jugak pelajar Malaysia yang belanja saya makan, bukan sekali tapi banyak kali dan duit yang saya keluarkan ketika berada di China, sangat sedikit.

Perkara yang sama jua berlaku di Jepun, ada je traveler dari negara lain dan rakyat tempatan yang belanja saya makan dan tolong saya bawa jalan-jalan.

Ya Allah. Benarlah kata orang, apabila kita menolong orang lain, Tuhan akan tolong dan beri semula kepada kita “lebih banyak” dan berganda daripada apa yang telah kita berikan kepada orang lain. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan budi baik mereka semua.

Kebetulan, sehari sebelum majlis konvokesyen saya berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), saya dapat berjumpa dengan pelajar lelaki Korea dan pelajar perempuan Jepun yang membuat pertukaran pelajar di UUM selama satu semester.

Mereka teruja dengan kisah pengembaraan saya dan saya pun teruja dapat jumpa mereka kat tempat saya belajar. Apalagi.. Saya pun ajaklah mereka datang ke konvokesyen saya. Saya terkejut sebab mereka betul-betul datang ke majlis konvokesyen saya. Huhuhu.

Biasanya bila konvokesyen master degree, macam tak ada orang sangat yang nak raikan kita kecuali keluarga. Suasananya lain ketika sambut konvokesyen degree sebab rakan satu batch ramai.

Tetapi bila ada kawan-kawan Jepun dan Korea yang baru saya kenal sehari sebelum konvokesyen yang sudi hadir majlis konvokesyen saya, terus mereka membuatkan saya teringat kepada pengembaraan saya di negara mereka.

Mak ai. Terus rindu nak datang travel negara mereka lagi. Huhuhuhu. Mereka pun teruja dapat pakai jubah konvokesyen master degree Malaysia sebab kat negara mereka tak ada. Hahaaa.

Saya bukanlah orang yang senang atau banyak duit, tapi sewaktu saya melanjutkan pengajian saya di peringkat master degree, saya buat kerja part-time dan kurangkan perbelanjaan untuk hiburan. Alhamdulilah. Akhirnya saya dapat jua mengembara sebegitu lama kat luar negara.

Percayalah. Anda semua mampu jua untuk mengembara ke luar negara jika anda mempunyai tekad yang tinggi. Jangan risau. Anda pasti boleh. Jia you, Ganbate, Aja-aja fighting. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan anda semua.

Banyak benda baru yang kita boleh belajar dalam travel. Antaranya ialah ketika saya berada di Jepun, baru saya tahu kenapa orang Utara (Malaysia) terutamanya Kedah, mereka lebih gemar memanggil “kicap” sebagai “Touyu”.

Rupanya “Touyu” adalah kicap dalam bahasa Jepun. Wow. Orang Kedah masih mengekalkan keaslian bahasa untuk kicap. Power. Dan memang asalnya kicap datang dari Jepun.

Mungkin waktu zaman pemerintahan Jepun dulu mereka datang ke Tanah Melayu, bawa sekali dengan kicap. Tu yang lekat sampai sekarang tu orang Kedah panggil kicap dengan panggilan “Touyu”. Hahahaa, menarik- menarik. Macam dah jejak sejarah je bunyinya, hahahaaa.

Rasa macam dah terlebih-lebih lah pulak perkongsian pada kali ini. Sekian, setakat itu sahaja perkongsian saya untuk trip jelajah 3 negara utama di Asia Timur iaitu Korea Selatan, China dan Jepun.

Harap-harap perkongsian saya pada kali ini dapat membantu anda semua sedikit sebanyak jika anda ingin travel ketiga-tiga negara ini. Kamsahamnida, Xie xie ni, Arigatou Gozaimas.

Baca lagi tips saya: Jika Ke Beijing Jangan Lupa Singgah Di Tianjin, China Dan Ini 11 Tip Untuk Anda