Apple Watch Sport diiklankan sebagai tahan lasak dan kalis calar, dengan harga yang agak tinggi, iaitu bermula dari USD $349 (harga di Malaysia belum diumumkan). Ia diperbuat daripada skrin kaca Ion-X dan menggunakan casing anodized aluminium.

Akan tetapi, seorang vlogger berbangsa Ukraine yang menetap di Amerika Syarikat, ‘TechRax’, membuktikan sebaliknya. Dalam sebuah video ujian yang beliau lakukan, skrin Apple Watch Sport yang baru beliau beli retak apabila ‘terjatuh’ daripada ketinggian 1.2 meter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →


Keadaan Apple Watch Sport setelah jatuh dengan keadaan skrin menuju ke permukaan simen.

Dalam video itu, TechRax menjatuhkan jam tangan 42mm dari ketinggian 1.2 meter sebagai simulasi apa mungin terjadi sekiranya pemakai terjatuhkan jam mereka semasa sedang mengetatkan atau membuka tali jam.

Apabila TechRax menjatuhkan jam tangan dengan skrin tidak terkena permukaan simen, jam itu berada dalam keadaan selamat walaupun terdengar bunyi ‘retak’ apabila ianya jatuh.


Keadaan jam selamat apabila tidak melibatkan skrin.

Akan tetapi, skrin jam tangan itu terus retak dengan teruk dalam percubaan pertama ujian menjatuhkan skrin jam tangan itu tepat ke permukaan simen.

TechRax sangat terperanjat dengan keputusan ujian ini, membuatkan beliau menjerit, “Biar betul Apple? Ini baru sedikit. Ini baru (jatuhan) 3.5 kaki!” Keadaan semakin buruk apabila TechRax menjadi kecewa, dan terus membaling jam tangan itu berkali-kali ke bawah.


Keadaan Apple Watch Sport setelah dibaling berkali-kali.

Kerosakan kepada skrin, sepeti retak dan calar tidak dilindungi oleh waranti dan mahal untuk diperbaiki, menurut MacRumours.

Sebagai perbandingan, Apple Watch yang berharga $549 dan Apple Watch Edition yang berharga $12,000 mempunyai skrin yang diperbuat daripada kaca Sapphire.

Ikuti The Vocket untuk mengetahui ujian-ujian lain yang dijalankan terhadap Apple Watch. Kami akan berkongsi lagi esok.

BACA: Jam Tangan Dengan Sentuhan Teknologi. Apple Watch Adalah Masa Hadapan

BACA Lagi: Apple Memperlihatkan Fungsi Sebenar Apple Watch

Sumber: Telegraph, Daily Mail

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram