Alhamdulilah, baru sahaja selesai jelajah Kyoto. Di sini saya boleh kongsikan serba sedikit tentang tempat-tempat yang menarik kat Kyoto.

1. Nishiki Market

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tip-travel-ke-kyoto-12

tip-travel-ke-kyoto-14

tip-travel-ke-kyoto-13

tip-travel-ke-kyoto-15

tip-travel-ke-kyoto-16

tip-travel-ke-kyoto-17

tip-travel-ke-kyoto-22

tip-travel-ke-kyoto-23

Kawasan ini merupakan kawasan yang paling sesuai untuk mencari makanan yang sesuai untuk kita makan terutamanya makanan laut dan kuih-kuih tempatan yang tak ada kandungan khinzir atau pun arak.

Banyak juga saya habiskan masa untuk makan di sini. Hahaaa. Antara makanan yang saya syorkan untuk anda semua cuba ialah Unagi no Kimo, Tonyu Donuts (Donut yang diperbuat daripada Tahu dan donut ini hanya ada di Kyoto. Perghhh, sedapnya. MasyaAllah), Ike-Hamo dan Tako Tamago dan Fishcake special mereka yang diperbuat 100% daripada makanan laut.

Jangan risau, semua halal sebab dah tanya ramai orang yang tinggal kat sini ataupun para pelajar yang ada kat sini. Nak ke sini hanya perlu turun kat stesen metro Shijo station atau Karasuma atau Kawaramachi.

2. Higashiyama Kiyomizu san (3)-chome

tip-travel-ke-kyoto-10

Kawasan ni kita akan jumpa ramai “bunga sakura”. Hahaha. Kalau nak tengok ramai warganegara tempatan yang pakai pakaian tradisional Jepun iaitu Kimono/Yukata, boleh lah ke sini.

Kat sini juga sangat terkenal dengan Ice-Cream Matcha iaitu Ice-Cream Teh Hijau. Kyoto sememangnya terkenal dengan produk Teh Hijau. Jadi mereka buat Ice-Cream Teh Hijau untuk dijadikan salah satu produk mereka. Only in Kyoto. Hohoho

3. Kiyomizu Dera (Kiyomizu Temple)

tip-travel-ke-kyoto-9

Tempat ni merupakan salah satu tempat yang terkenal bagi pelancong asing sebab pemandangan kat sini cantik terutamanya di pertengahan bulan November hingga penghujung bulan November.

Orang tempatan di sini pernah berkata “The Heart of Japan is Kyoto and The Heart of Kyoto is Kiyomizu Dera”. Wow. Nampak sangat kena wajib pergi ni. Hahahaaa.

Tambahan lagi, dari sini kita boleh lihat sebahagian kawasan bandar Kyoto sebab Kiyomizu Dera terletak di kawasan tanah tinggi (tapi tak adalah tinggi sangat, hahahaa). Kiyomizu Dera tak jauh dari Higashiyama Kiyomizu. Boleh jalan kaki je dari sini kalau nak ke Kiyomizu Dera.

4. Arashiyama District

tip-travel-ke-kyoto-3

tip-travel-ke-kyoto-4

Kat sini ada satu jambatan yang terkenal iaitu jambatan Tokugetsu. Jambatan ini sangat terkenal sebab kecantikannya ketika musim luruh dan bunga.

Kat sini pun boleh jumpa ramai warga tempatan yang pakai pakaian tradisional dan yang penting, mereka semua kacak-kacak dan comel-comel belaka. Huhuhuhu. Nak ke sini kena turun kat stesen JR Arashiyama.

Baca: 12 Tip Bagaimana Kami Travel Ke Jepun Dengan Bajet Hanya RM2000 Selama 6 Hari

5. Nijo-jo (Nijo Castle)

tip-travel-ke-kyoto-29

Istana ini merupakan tempat pentadbiran shogun dahulu kala bagi kawasan Kyoto. Kat sini kita boleh tengok senibina dan sejarah Kyoto zaman dahulu. Nak pergi ke sini, hanya perlu turun kat Nijojo mae metro station.

6. Sagana Bamboo Grove

tip-travel-ke-kyoto-5

Kat sini merupakan kawasan hutan buluh yang terkenal di Kyoto. Cantik kawasan ni sebab banyak pokok buluh dan kawasan sini sejuk sebab banyak pokok. Sangat unik kawasan ni dan dekat dengan Arashiyama. Jadi, alang-alang dah sampai ke Arashiyama boleh lah datang ke sini.

7. Fushimi Inari Shrine

tip-travel-ke-kyoto-2

Kawasan ini pun terkenal sebab suasananya yang cantik ketika musim luruh dan musim bunga. Best kawasan ni sebab pemandangannya dan seni bina kuno Jepun yang masih kekal sehingga ke hari ini.

8. Kyoto Tower

Kyoto tower merupakan bangunan yang paling tinggi bagi kawasan Kyoto. Dari atas bangunan ini, kita boleh lihat hampir keseluruhan kawasan pusat bandar Kyoto. Nak ke sini, kena turun kat Kyoto Station.

9. International Manga Museum

tip-travel-ke-kyoto-24
International Manga Museum

tip-travel-ke-kyoto-25

tip-travel-ke-kyoto-26

tip-travel-ke-kyoto-27

Kat sini boleh baca komik dan manga Jepun sampai bosan. Hahaaaa. Ini memang kawasan “Heaven” bagi mereka yang kaki Manga Jepun. Huhuhu. Nak ke sini hanya perlu turun kat stesen metro Karasuma Oike.

10. Kyoto Railway Museum

Muzium ni tentang sejarah keretapi di Jepun dari zaman sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah sekarang. Seronok jugak tengok perkembangan teknologi dan kemajuan sistem pengangkutan keretapi di Jepun.

Nak pergi sini kena turun kat Kyoto Station (Metro) dan lepas tu kena naik bas dari situ dan turun kat stesen Kyoto Railway Station. Bagitahu je pemandu bas tu, nanti dia bagitahulah nak berhenti kat mana. Hihihi.

Kyoto agak berbeza dengan kawasan-kawasan bandar yang lain di Jepun terutamanya Osaka dan Tokyo sebab Kyoto lebih tenang dan tak sesak sangat.

Tambahan lagi mereka ada undang-undang yang menghadkan tidak boleh bina banyak bangunan yang ketinggiannya lebih 20 tingkat (kalau tak silaplah, itu pun dapat tahu bila berbual dengan warganegara tempatan).

Sebab tu bangunan kat Kyoto ni tak tinggi macam Osaka, Yokohama ataupun Tokyo sebab nak jaga tempat ni supaya nampak “Japanese Traditional”.

Kawasan Kyoto juga merupakan kawasan yang paling banyak tokong agama Shinto bagi kawasan Jepun secara keseluruhannya. Orang sini masih ramai jugak yang berpegang kuat kepada adat dan budaya tradisional Jepun tetapi mereka juga meraikan kedatangan orang luar ke sini.

Ada banyak cara nak sampai ke Kyoto. Paling senang adalah mereka yang kebetulan berada di kawasan Osaka.

Boleh terus ke sini naik train dari Karasuma Station (Hankyuu Line), harga tiket baru 400 yen dan perjalanan hanya ambil masa 45 minti sahaja.

Ataupun kalau dari Tokyo, boleh naik Shinkansen tapi mahal gila beb. Nak jimat naik bas je lah dan disarankan naik pada waktu malam sebab harga tiket bas perjalanan malam kat Jepun murah berbanding siang hari.

Kalau anda tahu berbahasa Jepun secara asas ia sangat membantu terutamanya dalam mengenal pasti sama ada makanan tersebut ada apa-apa bahan seperti daging ataupun alkohol. Serious tak tipu, sangat membantu. Hihihihi.

Harap-harap perkongsian saya kali ini dapat memberi serba sedikit maklumat ataupun informati yang boleh dijadikan rujukan kepada mana-mana backpackers yang ingin ke Kyoto.

Selamat menjelajah bandar “The Heart of Japan” iaitu Kyoto.

Baca lagi: Cara Keluarkan Duit Yen Dari Mesin ATM Di Jepun Dengan Kad Debit Bank Malaysia