Apabila AirAsia mengumumkan mereka kembali terbang ke New Zealand, ramai yang teruja untuk travel ke sana. Apatah lagi bagi mereka yang sukakan keindahan alam.

New Zealand merupakan antara negara yang mempunyai pemandangan yang menarik, tenang dan mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ditambah pula negara ini merupakan sebuah negara yang mesra pelancong dan menyediakan banyak kemudahan untuk mereka yang berkunjung ke sini. New Zealand juga pernah disenaraikan antara negara yang selamat bagi wanita dan gadis yang ingin mengembara secara solo.

Sebagai seorang yang pernah travel ke New Zealand, saya kongsikan 20 cara untuk anda berjimat sewaktu travel ke negara ini dan sebenarnya merupakan antara cara yang sering saya praktikkan setiap kali travel ke luar negara.

Sebelum itu saya nak kongsikan route map saya sewaktu travel 3 minggu di New Zealand iaitu 1 minggu di North Island dan 2 minggu di South Island. Saya ke sana pada akhir Nov – Dis 2014, musim panas.

Jangan risau. New Zealand nampak je kecik tapi banyak gila tempat cantik untuk diterjah. Memang tak cukup 3 minggu sebenarnya. Haha.

NZ trip map 2
Route saya: Auckland – Mata Mata (Hobbiton Movie Set) – Rotorua – Te Puke – Taupo – Wellington – Christchurch – Tekapo – Mt Cook – Omarama – Wanaka – Queenstown – Te Anau – Milford Sound – Dunedin – Oamaru – Timaru – Christchurch – Auckland.
new-zealand-5
Whakarewarewa Living Thermal Village  – Kampung orang-orang Maori. Tiket masuk boleh beli di BookMe. Tak lengkap travel di New Zealand jika tak dapat lihat tarian Hakka orang-orang Maori. Gambate gambate hoo hooo!

Trip ini saya lakukan sendiri bersama keluarga tanpa tour guide. Perjalanan kembara kami bermula di Auckland, North Island sehingga ke South Island seperti dalam gambar route map di atas.

Jom kita terus ke tips berjimat:

1. Website menawarkan pakej dan harga diskaun

Bookme.co.nz, Grouponnz.co.nz dan GrabOne.co.nz merupakan 3 website popular di New Zealand yang menawarkan harga diskaun.

Bookme merupakan website yang menawarkan berbagai pakej aktiviti berbayar pada harga diskaun.  Antaranya adalah diskaun antara 30% – 40% untuk bungy jump, 20% – 30% diskaun untuk skydive, diskaun sehingga 75% untuk cruise  di Milford Sound dan banyak lagi.

Bookme juga boleh dijadikan rujukan untuk korang dapatkan idea apakah aktiviti menarik (tapi berbayar) yang boleh dilakukan di lokasi yang korang singgah.

Dan paling best jika korang travel dalam kumpulan kecil 2 ke 3 orang saja, Bookme selalu buat offer diskaun hingga 90% untuk aktiviti yang dah nak habis tempoh. Tapi selalunya diskaun yang ada cuma tinggal untuk 1 hingga 3 tempat saja bagi satu-satu aktiviti. Aktiviti berharga NZD1 pun ada bila dah last minute deal. Gila murah.

Groupon dan GrabOne pula menawarkan harga diskaun untuk hotel dan juga pakej tour.

Untuk ke tiga-tiga website ini korang perlu kerap lakukan semakan dan carian untuk lihat pakej dan promosi yang ditawarkan.

2. Travel di musim sejuk

Bulan November hingga Mac merupakan waktu di mana New Zealand menerima kunjungan ramai pelawat dari Eropah. Ini disebabkan faktor cuaca dan musim yang berbeza.

Jika di Eropah adalah musim sejuk, waktu ini di New Zealand pula adalah musim panas. Maka ramai traveller dan pelancong dari Eropah lari dari musim sejuk dengan cara bercuti di New Zealand, menyebabkan harga hotel dan kereta sewa menjadi lebih mahal.

Tempahan juga perlu dibuat lebih awal bagi mengelakkan ketiadaan bilik kosong jika korang travel dengan kereta atau kenderaan awam.

Berbeza dengan musim luruh dan musim sejuk (Mac hingga Ogos), harga hotel, kereta sewa dan motorhome jauh lebih murah disebabkan kurangnya traveller dan para pelancong pada waktu ini.

Malahan jika korang nak buat booking last minute atau terus walk in pun tiada masalah. Tapi risiko hotel tutup juga ada. Sebaiknya call dulu sebelum terjah, atau hubungi mereka melalui email.

3. Buat aktiviti berharga mahal di lokasi kurang popular

New Zealand memang terkenal dengan aktiviti ekstrim yang menjadi pilihan golongan muda di sini. Antara aktiviti popular yang sering menjadi bucket list adalah bungy jump dan skydiving.

Jika korang buat carian di Bookme, korang akan perasan ada diskaun untuk aktiviti ekstrim dan mahal ini di beberapa lokasi kurang popular. Contohnya diskaun hingga 24% untuk skydive setinggi 12,000 ft di Ashbourton.

Tetapi untuk aktiviti yang sama, susah nak jumpa harga diskaun atau sebarang offer di Queenstown yang merupakan destinasi popular dan sering menjadi pilihan traveller berbanding destinasi lain. Maka peluang untuk dapat diskaun di sini adalah kurang.

Jika bajet adalah faktor utama, korang boleh semak di Bookme dan jika terdapat sebarang offer menarik di sepanjang laluan korang, bolehlah singgah sehari ke 2 hari untuk sempurnakan bucket list korang.

Di zaman nilai ringgit jatuh ni, selagi boleh jimat kita cubalah berjimat. Travel tetap travel. Tak gitu? Haha.

4. Rancang trip korang dan pergi sendiri tanpa tour guide

New Zealand bukanlah negara yang sukar untuk dijelajahi sendiri. Negara ini juga sangat mesra pelancong dan menyediakan berbagai kemudahan untuk road trip.

Papan tanda dan penunjuk arah jalan mudah difahami dan ada di banyak tempat. Pendek kata signboard dia sangat straight forward. Jadi tak ada masalah pun jika nak travel sendiri di sana tanpa tour guide.

Sepanjang di sana juga susah nak sesat sebenarnya. Sama ada GPS di New Zealand up to date atau memang jalan dia tak pernah bertukar.

Pernah juga kami buat-buat sesat dan sengaja tak ikut arahan GPS, tetap sampai juga dengan melalui jalan alternatif yang lebih jauh sedikit tanpa pening kepala. Untungnya jumpaview ladang yang lebih menarik juga.

Dan jangan risau. New Zealand tak ada traffic jam macam KL okey.

Baca: Pemuda Melayu Ini Berkongsi Bagaimana Beliau Travel Sambil Bekerja Di New Zealand

Lake Rotorua - kami sampai dah petang kat sini. Semasa pusing-pusing terasa macam pelik sikit. Bau kentut! Ingatkan anak saya yang kentut, rupanya bau sulfur. Maka Rotorua kami panggil bandar kentut. Haha.
Lake Rotorua – kami sampai dah petang kat sini. Semasa pusing-pusing terasa macam pelik sikit. Bau kentut! Ingatkan anak saya yang kentut, rupanya bau sulfur. Maka Rotorua kami panggil bandar kentut. Haha.
Hobbiton Movie Set – Peminat filem Lord of The Rings dan The Hobbit mesti ke sini. Lokasi ini jauh dari jalan utama. Kena lalu ladang dan kadang-kadang rasa macam masuk ke ulu banat entah kat mana. Sebaiknya beli tiket awal-awal sebelum pergi sebab tiket masuk selalu sold out. Nak ke sini kena naik kereta atau book tiket sekali dengan tour bas yang disediakan khas di beberapa lokasi terpilih. Boleh semak selanjutnya di HobbitonTours.com. Nak ambik pakej tidur kat sini pun boleh. Tapi ongkosnya lagi mahal lah.
new-zealand-4
Di hadapan Rotorua Museum, Government Garden. Di sini juga ada geothermal yang mengeluarkan asap. Banyak aktiviti free dan menarik boleh dibuat kat Rotorua. Boleh semak di Rotorua Travel Secrets untuk info lanjut.
new-zealand-6
Melawat ladang kiwi di Te Puke. Yang ni nak main terjah je pun tak apa. Tapi kalau tak nak ambil risiko boleh beli tiket kat BookMe juga. Bila ke sini baru tau pokok kiwi keluarkan bunga jantan dan bunga betina. Dan buah kiwi ada 2 jenis; jenis biasa dan jenis gold (isinya berwarna kuning, rasa lebih manis dan lebih berkualiti). Info lanjut boleh semak di website Kiwi360.com.
new-zealand-7
Wai-O-Tapu-Thermal Wonderland. Kawasan ni luas juga dan kena banyak berjalan. Tiket boleh beli di kaunter pintu masuk ke sini, tak perlu booking dari awal. Jika korang nak tahu lebih lanjut boleh ke waiotapu.co.nz. Ada pakej tiket masuk untuk keluarga jika korang ada bawak kanak-kanak. Lebih jimat.
Craters of the Moon – satu lagi tempat yang luas dan kena banyak berjalan. Kat sini ada kawah yang permukaannya macam di bulan. Sebab tu nama tempat ni ada perkataan ‘moon’.
new-zealand-9
Salah satu view menarik di Craters of the Moon. Nampak tak asap yang keluar dari tanah tu? Hanya bunga-bunga liar yang tahan lasak saja boleh hidup kat sini. Boleh ke website CratersOfTheMoon.com jika korang nak layan view 360 sebelum decide nak pergi atau tak ke sini.
bercuti-di-new-zealand-57
Kalau tak nak pergi 2 lokasi geothermal di atas, korang boleh pergi yang ni. Free dan kawasan yang dibuka untuk lawatan umum kecil saja. Tak payah nak penat-penat jalan kaki. Boleh nampak selut membuak-buak kat dalam tasik sama macam kat dalam geothermal yang saya senaraikan di atas. Cuma kawasan sulfur semua tak adalah kat sini.
new-zealand-10
Tak pasti ni tasik apa. Rasanya Lake Taupo. Kami berhenti rehat kat sini semasa dalam perjalanan ke Wellington sambil dikejar manja oleh itik-itik jinak di sini.
new-zealand-12
Masa berhenti rehat di Waiouru National Army Museum, North Island. Tepi highway je tempat ni. Nak masuk muzeum pun boleh jika korang ada masa.
new-zealand-13
Satu lagi view menarik masa dalam perjalanan ke Wellington. Nampak tak keretapi lalu kat bawah tu? Serius cantik view kat sini. Belum sampai ke South Island lagi. Nanges.
SONY DSC
The Weta Cave Workshop. Terkenal dalam menghasilkan kostum dan props untuk filem-filem Hollywood. Semestinya props untuk Lord of The Rings juga dibuat di sini. Gambaran kekecewaan sebab tak boleh masuk. Tiket dah sold out. Jangan ulangi kesilapan saya yang main terjah saja. Korang boleh book online untuk tiket tour di WetaWorkshop.com.

5. Buat aktiviti percuma

Sebagai negara yang kaya dengan alam semula jadi, tak semua aktiviti perlu dibayar jika kita tahu mana nak cari.

Antaranya lihat penguin dan singa laut, hiking atau sekadar bersiar-siar di tepi tasik yang banyak terdapat di sini. View kat New Zealand memang superb gila. Rugi tak nikmati ciptaanNya semaksima mungkin di sini.

Muzium di sini juga banyak yang percuma dan boleh masuk tanpa bayaran. Yang penting semak aktiviti percuma yang boleh korang teroka di setiap lokasi yang korang nak berhenti.

Contoh aktiviti percuma di Lake Taupo korang boleh semak di GreatLakeTaupo.com, StayAtBase.com untuk di Wellington, Fossick.com untuk di Queenstown, TeAanauBackpacker untuk di Te Anau dan banyak lagi. Tinggal ada masa atau tak je nak buat semua ni.

6. Zig when others zag

Jika korang nak buat aktiviti berbayar, dapatkan tiket untuk aktiviti di awal pagi atau trip paling akhir di sebelah petang. Sebagai contoh harga bagi Milford Sound Cruise lebih murah di awal pagi dan juga di sebelah petang.

Tengahari merupakan waktu paling peak, ramai pengunjung dan banyak kapal belayar. Harga tiket pun lebih mahal.

7. Double check di media sosial untuk aktiviti pilihan korang

Sebelum ke New Zealand, semak dulu sama ada korang boleh terus beli tiket on the spot sewaktu tiba di sana atau perlu book dan beli awal-awal bagi mengelakkan tiket habis.

Saya pernah bercadang nak terjah saja dan beli tiket masuk ke Hobbiton Movie Set apabila tiba di sana. Tapi tergerak pula nak double check dulu di FB page mereka. Saya hantar PM dan mereka nasihatkan beli tiket terlebih dahulu untuk elakkan kekecewaan.

Rupanya memang kena book sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh nak pergi sebab tiket selalu sold out.

8. Book tiket awal-awal dan elakkan buat tempahan saat akhir

Eh ini pun sama je dengan kat atas. Hentam saja lah. Hahaha. Tips ini adalah untuk mereka yang travel ke New Zealand di musim bunga dan di sepanjang musim panas (antara bulan Okt – Mac), peak season.

Ini kira kes kononnya tempat ni tak berapa popular lah. Lawatan ke Cadbury Factory Tour di Dunedin. Sekali bila dah sampai sana tiket untuk factory tour dah sold out.

Jika nak masuk juga, kena tunggu 2 jam lagi. Lama sangat tu. Rugi masa. Jadi kami hanya beli tiket masuk untuk tengok di bahagian luar factory saja.

Kes yang sama berlaku masa ke Weta Workshop di Wellington. Tiket habis sebab main terjah saja pergi ke situ. Bergambar kat luar saja lah.

Jadi untuk korang, silalah double check dan jika perlu bookinglah tiket masuk ke attraction pilihan korang siap-siap sebelum pergi. Rugilah dah datang jauh-jauh tapi tak boleh masuk sebab tiket dah habis – macam saya. Hehe.

Begitu juga dengan sewa kereta dan motorhome. Tempah sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh korang travel ke sana untuk harga yang lebih murah.

9. Travel dalam kumpulan

Bila travel beramai-ramai, banyak benda boleh dikongsi bersama menjadikan kos lebih murah. Antaranya petrol, kos sewa kereta atau motorhome, sewa hotel dan bahan makanan.

Harga petrol kat sana pun berubah ikut lokasi. Lagi pedalaman lagi mahal harganya.

Jika korang jenis Rambo dan suka terjah saja, mungkin boleh bawa khemah dan pacak di mana-mana lokasi yang disediakan untuk berkhemah.

Jangan risau, kat New Zealand tak ada haiwan merbahaya dan menjalar. Kat sana tak ada ular, kala jengking dan haiwan berbisa tau. Haaa, menarik kan?

Tapi jangan sengaja buat hal nak berkhemah pulak jika travel di musim sejuk. Ada orang jadi mangsa Elsa frozen nanti. Kecuali jika korang dah biasa dengan cuaca sejuk. Hehe.

10. Masak sendiri dan bawa makanan dari Malaysia

Nak berjimat punya pasal, bawalah Brahims atau sambal dari Malaysia. Sardin dan maggi pun boleh usung sekali.

Harga barang runcit di New Zealand berubah-ubah ikut lokasi. Lagi jauh dari bandar besar, harga barang akan lebih mahal. Aiskrim, roti, biskut dan minyak masak antara barang yang saya pernah beli. Beza harga boleh cecah sehingga NZD1 ke NZD2.

Jika kebetulan di tempat korang pergi ada pasar minggu atau pasar tani, silalah singgah dan beli barang makanan di pasar tersebut. Biasanya harga barang makanan seperti telur dan sayur di pasar tani lebih murah sebab dijual terus oleh para petani di sana.

11. Istihar (declare) barang makanan yang dibawa

Sama macam Australia, New Zealand sangat tegas berkenaan barangan dan makanan yang dibawa masuk. Tak semua boleh lepas di kastam mereka.

Malahan jika ada selut melekat di tapak kasut pun tak dibenarkan melepasi kastam. Maka jadilah seorang yang jujur dan senaraikan siap-siap apa barang yang kita bawa.

Selalunya processed foods tak jadi masalah. Yang penting declare semua barang yang kita bawa. Buat senarai makanan yang dibawa dan apakah bahan-bahannya.

Saya bukanlah rajin sebenarnya nak tulis satu persatu. Nak kerja senang punya pasal, snap je gambar bahan yang tersenarai di kotak atau tin untuk setiap makanan, transfer ke laptop dan susun dalam words, print. Selesai.

Serius bila buat macam ni imigresen kat sana suka sebab kita dah mudahkah kerja mereka untuk periksa barang-barang yang kita bawa. Reduce their hassle and in return they will treat you well, gitu.

Untuk senarai penuh barangan yang dilarang bawa masuk ke New Zealand, korang boleh rujuk di website Custom New Zealand.

12. Buat file dan labelkan ikut kategori

Ini pun penting dan sebenarnya saya buat setiap kali travel sebab senang nak rujuk terutama bila travel dengan keluarga. Bila ada anak-anak sekali, boleh jadi kelam kabut juga lah terutama sewaktu nak kejar masa.

Antara soalan yang ditanya oleh imigresen bila sampai di New Zealand adalah untuk apa datang ke sini, tinggal kat hotel mana dan bila tarikh bertolak balik?

Hah, apa lagi. Jika dah ada file boleh keluarkan dan tunjuk tiket balik. Soalan lain dia tak tanya dah walaupun korang nak selak tunjuk semua sebab dah dikira terlalu proper bagi dia.

Silap gaya dia puji korang pulak sebab well organized. Trick ni memang menjadi jika kita travel ke negara yang kawalan imigresennya agak ketat. Lebih senang nak lepas.

Baca: 9 Bulan Di New Zealand, Ini 12 Tip Memohon ‘Working Holiday Visa’ Di Sana

new-zealand-1
Nampak tak? Nampak tak Sunquick jenama Malaysia tu? Haa. Ni saya jumpa masa singgah kat kedai halal di Auckland.
bercuti-di-new-zealand-11
Inter-Islander Ferry yang menyeberang Selat Cook dan menghubungkan antara North Island dan South Island. Masa kat sini jika korang nak tambah kenalan boleh jalan-jalan sambil lemparkan senyuman sedas dua. Mesti dapat kawan baru. Untuk trick tempah tiket dan berjimat sila rujuk point no. 15.
bercuti-di-new-zealand-9
View dalam keretapi dari Pickton ke Christchurch. Keretapi bersih dan cantik. View kat luar pun cantik.
bercuti-di-new-zealand-6
Antara view menarik di sepanjang laluan keretapi ke Christchurch. Jarak perjalanan mengambil masa sehari suntuk bermula dari naik feri, kemudian naik keretapi hingga sampai ke Christchurch.
bercuti-di-new-zealand-13
Pasar tani di Christchurch. Telur dan sayur-sayuran dijual murah kat sini. Setiap sabtu dari jam 9am ke 1pm. Makanan halal juga ada dijual oleh Muslim yang tinggal di sini.
bercuti-di-new-zealand-15
Ternampak ladang canolla seluas mata memandang masa dalam perjalanan dari Christchurch ke Tekapo. Apa lagi. Singgah posing sekeping dua.
bercuti-di-new-zealand-16
Lake Tekapo. Hotel dan parking motorhome kat sini agak mahal. Lagi sedih nak mandi guna air panas pun kena bayar. Nasib baik singgah kat sini 1 malam saja. Mungkin korang boleh pertimbangkan untuk tidak bermalam di sini.
Antara view menarik di Lake Tekapo. Bunga lupin yang hanya ada di New Zealand dan pada musim panas saja. Kat sini juga ada gereja lama – Church of the Good Sheperd yang menjadi landmark utama untuk ambil gambar bila berkunjung ke sini.
bercuti-di-new-zealand-21
Satu lagi view menarik. Tepi jalan je pun. Tapi sebab cantik kenalah berhenti.

13. Souvenir (buah tangan dan cenderahati)

Jika trip korang bermula di North Island seperti saya, gunakan peluang ni untuk beli beberapa souvenir seperti T-Shirt dan keychain di sana kerana harganya lebih murah berbanding di South Island.

Saya pernah beli t-shirt lengan panjang bertulis New Zealand dengan harga NZD12 saja (harga asal NZD24 – sebab ada stock clearance di Whakarewarewa Maori Village). Dan t-shirt yang hampir sama tetapi lengan pendek pula berharga NZD25 di South Island. Banyak beza kan?

Begitu juga dengan makanan. Lebih murah di North Island berbanding di South Island.

14. Peta New Zealand free

Sebagai sebuah negara yang tourist friendly, banyak kemudahan untuk para pelancong disediakan oleh badan pelancongan negara ni, termasuk peta percuma. Sewaktu mula-mula jumpa website ni saya tak lah berharap sangat untuk dapat peta free, sekadar cuba nasib je.

Tapi tak sangka dorang memang hantar ke alamat saya. Suka jugaklah. Korang boleh isi borang di website NewZealand.com  dan mereka akan pos ke alamat korang.

2 minggu lepas isi borang tu saya terima peta NZ dan bila tengok stem, owh dari pejabat cawangan di Singapura rupanya. Selain dari itu, peta ni juga boleh di muat turun secara percuma di website di atas. Lepas tu korang print lah sendiri.

Tapi bagi saya dapat pegang peta besar sekeping kat tangan lagi best dan senang nak plan. Hanya tinggal tandakan je mana nak pergi, cari info selanjutnya apa yang menarik di sepanjang laluan dan kat mana nak berhenti.

15. Tip tempah tiket keretapi dan feri pada harga lebih murah

Ini merujuk kepada tiket feri dan keretapi dari North Island ke South Island (dan sebaliknya). Perkhidmatan feri yang menghubungkan 2 pulau ni adalah di Wellington di North Island dan Pickton di South Island.

Dah turun dari feri saya naik keretapi pula menuju ke Christchurch.

Jika korang ke website KiwiRail.co.nz itu adalah harga yang tertera bagi pelawat dari luar negara sebab cookies di website dah dapat kesan korang tengah surf website dari luar New Zealand berdasarkan IP.

Hasil research menemukan saya dengan trick di seat61.com. Rupa-rupanya harga tiket feri dan keretapi bagi perjalanan yang sama adalah lebih murah jika tempahan dibuat dari dalam New Zealand.

Apalagi, ikut saja trick tu. Untuk 5 orang, saya berjaya jimat dalam RM1500++ in total hasil mengikuti panduan yang diberikan oleh Seat61.com.

16. New Zealand’s travel apps

Banyak New Zealand’s travel apps yang telah dibangunkan untuk rujukan para traveller. Korang cuma perlu pilih mana yang sesuai dengan trip korang. Antaranya New Zealand Tavel Guide maps, New Zealand Offline map, Essential New Zealand Travel dan banyak lagi.

Apps untuk cari lokasi sesuai untuk berkhemah dan parking motorhome untuk bermalam pun ada. Boleh buat carian di Google Play dan Apple Store untuk dapatkan apps yang sesuai ikut itinerari korang.

Untuk memudahkan lagi, korang boleh rujuk 10 best apps for New Zealand.

17. Luaskan carian

Cari hostel dan hotel di Agoda.com, HotelsCombined.com, HostelWorld.com, Booking.com, Groupon.co.nz dan GrabOne.co.nz.

Adakala harga promo hotel di Groupon lebih murah daripada di booking.com. Nak jimat punya pasal kena lah rajin survey harga.

18. Research, research, research dan rajin bertanya

Ye, banyakkan buat kajian. Banyak perkongsian dan tips di Google tentang lokasi menarik dan percuma yang dikongsikan sama ada oleh traveller mahupun penduduk di New Zealand sendiri.

Atau pun jika rasa macam dah hilang arah sangat boleh dapatkan info di Information Centre di lokasi yang korang tuju.

Tapi orang selalu cakap locals knows better. Tanya saja pada hotel di tempat korang menginap atau di kedai runcit. Part bertanya kat kedai runcit tu memang selalu saya buat. Sembang-sembang sambil beli makanan. Dapatlah tips tempat menarik hasil rekomendasi dorang.

19. Jaket kalis angin, sunblock dan losyen pelembap

Tips ni mungkin tak ada kaitan dengan berjimat tapi penting jika nak travel dengan selesa. Angin memang kuat di New Zealand, sinaran UV tinggi dan cuaca di sana juga kasar. Selain daripada sunburn, kulit juga mudah kering.

Bawalah baju kalis angin (windbreaker). Bagi losyen pula boleh bawa dari Malaysia atau cari yang sesuai di farmasi di sana. Tanya je pada orang farmasi. Dorang akan rekomen yang mana sesuai ikut keadaan kulit kita.

Berbalik kepada baju, kat New Zealand sebenarnya tak perlu nak pakai formal macam kat Paris dan negara Eropah. Kat sini gaya pakaian adalah extreme sports and outdoor activities.

Tapi jika korang ke pasar tani, mungkin juga ada dijual baju. Sewaktu saya ke Farmers Market di Christchurch, ada dijual baju sejuk dengan harga semurah NZD10 siap dengan logo New Zealand.

20. Masak dan bawa bekal

Air di New Zealand selamat di minum tanpa di masak. Tapi jika rasa was-was boleh lah masak air dan bawa bekal. Air mineral pun sudah beberapa dollar harganya di sana. Begitu juga dengan makanan. Masak dan bawa bekal.

Korang boleh berhenti makan dan berehat di banyak tempat menarik yang memang disediakan untuk short break sewaktu dalam perjalanan. Sambil makan bolehlah layan view cantik.

bercuti-di-new-zealand-24
Jika korang bawa bekal boleh singgah dan berkelah kat tempat rehat yang disediakan. Dapat makan sambil layan view macam ni siapa tak nak? Kan?
bercuti-di-new-zealand-26
Masa dalam perjalanan ke Mt Cook.
bercuti-di-new-zealand-27
Ini sewaktu di Twizel. Singgah nak tengok kolam ikan salmon. Masuk percuma. Bagi ikan kat dalam kolam tu makan pun percuma. Tapi kalau sendiri nak makan, kena beli. Hehe. Boleh rujuk di HighCountrySalmonFarm.com untuk info dan lokasi mereka.
View macam ni yang buat saya rasa nak repeat NZ. Pengsan.
Jika korang ke Twizel, selain singgah di kolam salmon, boleh juga ke Clay Cliffs di Omarama (tak jauh dah dari Twizel). Tapi sebelum tu ada satu lokasi ni kat bawah jambatan view dia cantik sangat. Ada sungai dan kat sepanjang tepi sungai banyak bunga Lupins. Boleh nampak dari atas jalan lokasi ni. Gigih saya usung tripod. Nak mintak orang ambikkan gambar sekeluarga tak de siapa pun yang lalu. Harapkan tripod je lah. Haha.
Ini di Clay Cliffs. Yang tinggi kat belakang tu. Terjadi hasil daripada hakisan glasier jutaan tahun dulu. Info lengkap dan cara ke sini boleh rujuk di NewZealand.com. Bayaran masuk NZD5 per kereta. Tabung untuk bayaran masuk ada disangkut kat pintu gate. Tak ada orang jaga pun.
bercuti-di-new-zealand-32
Ini view daripada Clay Cliffs.
bercuti-di-new-zealand-35
Lindis Pass. Pemanduan di sini agak mendebarkan bagi yang tak biasa memandu di kawasan berbukit curam. Ketinggian Lindis Pass adalah 3186 kaki dari aras laut.
bercuti-di-new-zealand-33
Yang ni kat Queenstown. Lake Wakatipu. Nak lepak-lepak macam ni je pun ok. Pergi ke lokasi jauh sikit dari town centre. Aman dan tak serabut dengan orang ramai.
bercuti-di-new-zealand-36
Ini pun di Lake Wakatipu, Queenstown.
bercuti-di-new-zealand-37
Main lah sampai lencun. Bukan selalu dapat main air tasik glacier.
bercuti-di-new-zealand-53
View cantik ni di Glenorchy. Tak jauh dari Queenstown. Boleh sekali harung Queenstown dan Glenorchy.
Milforn Sound. Pergi awal pagi dan ambil cruise paling awal. Lebih murah, orang tak ramai dan tak perlu berebut.
bercuti-di-new-zealand-40
Tasik Te Anau. Kami bermalam di sini dan bergerak awal pagi ke Milford Sound. Te Anau merupakan bandar terdekat untuk ke Milford Sound. Pastikan tangki minyak di isi penuh sebelum ke Milford Sound. Tak ada stesen minyak di sana.
bercuti-di-new-zealand-43
Jika korang nak main-main dengan biri-biri jinak dan alpaca yang sangatlah peramah, boleh ke ladang StoneHengeFarm.co.nz. Lokasinya adalah di Te Anau. Boleh book online atau call sebelum pergi.
bercuti-di-new-zealand-47
Dah biasa tengok orang share gambar biri-biri dan lembu di New Zealand. Kita layan alpaca lah pulak. Hehe.
bercuti-di-new-zealand-49
Ini di Tunnel Beach, Dunedian. Free saja tak kena bayar. Spectacular view!
bercuti-di-new-zealand-58
Otago Settlers Museum. Masuk percuma. Kat sini diceritakan bagaimana orang-orang Eropah dipilih, syarat yang dikenakan dan perjalanan yang terpaksa ditempuh untuk mencari kehidupan baru ke New Zealand. Bagi mereka New Zealand adalah tanah di hujung dunia. Jauh dari tempat asal mereka.
bercuti-di-new-zealand-51
Sala- silah para pemimpin dan orang-orang yang menyumbang kepada imigrasi dan pembangunan orang-orang Eropah di New Zealand di rekodkan dan dijaga dengan baik. Turut di paparkan di muzium ini adalah zaman gelap daerah ini (Dunedin’s Dark Side) di mana ramai penduduk di sini ketagihan alkohol dan candu. Juga dikongsikan kesan buruk daripada dark side ini kepada pembangunan keluarga serta langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan.
bercuti-di-new-zealand-50
Hah! Ini paling best kat muzium ni. Boleh cuba pakai baju klasik ni. Free saja okey! Lepas tu posing sakan. Ada baju untuk lelaki dan perempuan. Tapi serius saiz pinggang baju ni kecik gila. Penat saya tahan nafas waktu bergambar.  Korang boleh semak aktiviti percuma dan tak mahal di sekitar Dunedin di BackPackerGuide.nz.
bercuti-di-new-zealand-52
Sewaktu di Moeraki Builders. Batu berbentuk bulat macam peluru yang terjadi secara semula jadi. Waktu kami sampai air dah pasang. Harung sajalah janji dapat snap gambar. Jika ke sini, pakai lah selipar. Baru tak gayat nak main air dan panjat batu-batu unik ni.
bercuti-di-new-zealand-55
Last but not least, tengok penguin liar secara percuma. Info ni saya dapat daripada tuan punya motel tempat kami park motorhome. Lokasi di Moeraki. Jika korang ke Moeraki, jangan hanya pergi tengok batu bulat-bulat tu. Sebenarnya kat sinilah the best place untuk lihat penguin liar secara percuma. Alamat lokasi: Lighthouse Rd, Moeraki 9482, New Zealand. Info lanjut korang boleh baca di MoerakiBuilders.com.

Semoga tips di atas dapat membantu korang berjimat dan dapat travel dengan lebih gembira di negara Kiwi ini. Jika diikutkan banyak lagi tips serta lokasi yang sempat saya terjah. Tapi cukuplah banyak ni dulu untuk kali ni.

Jika ada peluang dan rezeki memang saya nak repeat travel ke New Zealand. Sambil buat tips ni pun dah rasa lain macam ni. Haha.

Jika korang hanya nak ke South Island, boleh follow Itinerari Ke New Zealand Selama 13 Hari Dengan Bajet RM3500 ni. Tapi jangan lupa tambah aktiviti tengok penguin liar di Moeraki sebab ia sangat menarik.

Akhir sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu geografi sewaktu di sekolah menengah dulu. Cara cikgu mengajar banyak inspire saya untuk berangan dan lihat dengan mata sendiri setiap lokasi yang tersenarai dalam buku teks.

Hakikatnya saya minat sejarah tapi atas arahan sekolah, saya kena ambil subjek geografi. Terima kasih cikgu (tak kira, nak cakap jugak walaupun tak tau cikgu baca atau tak. Haha).