Nampaknya, tidak ada satu pun yang akan kekal sama dalam filem terbaru Power Rangers nanti. Sehingga ke hari ini, Lionsgate masih lagi tidak tunjuk sebarang imej robot yang akan digunakan oleh para Ranger, the mighty Megazord.

Tetapi Saban dan Lionsgate secara tidak sengaja telah berkongsi gambar Megazord yang akan muncul dalam filem Power Rangers ini; cuma ianya dalam bentuk official merchandise patung Megazord ini. Gambar patung ini dikongsi sendiri oleh laman rasmi Power Rangers di Twitter dan mengundang pelbagai reaksi dari peminat siri ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

What are those? Rupanya lain langsung dengan rupa Megazord yang traditional. Kini ia berbentuk seperti sebuah robot Gundam yang dicipta oleh makhluk asing dengan kaki yang sungguh tidak menarik. Persoalan utama semestinya kenapa? Kenapa mereka tidak mengekalkan konsep Megazord yang asal? Kenapa hala tuju ini yang dipilih oleh Saban dan Lionsgate?

Jika inilah rupa Megazord yang akan digunakan oleh para Rangers, pasti ramai peminat tegar siri ini akan kecewa. Cuba anda lihat Megazord versi yang asal. Jauh lebih hebat dan bad-ass. Jika anda diberi pilihan, anda pilih yang mana?

power-2

Sumber