Pelbagai cara boleh diilhamkan melalui hasil seni salah satunya melalui penghasilan rekaan pada Masjid. Tahukah anda, terdapat sebuah masjid yang baru sahaja dibina dan menerima beberapa gelaran daripada orang ramai termasuk Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah kerana keunikan hasil seni binanya.

Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan. Jika anda berkesempatan ke sana nanti, cuba lihat pada ukiran kayu dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar yang merupakan hasil seni arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, idea rekaan dalaman masjid ini diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan yang merupakan kontraktor interior. Malah, cat siling dalaman dilakukan secara manual hasil kerja tangan orang Morocco, kubah dalaman menggunakan ‘gold paper’ 24K, serta pintu dan kayu kubah diambil dari India.

70591312_10221370435549212_3423881884659089408_n

70581885_10221370434229179_6317696356097982464_o

71700778_10221370435909221_6498742902800252928_o

70665521_10221370433989173_1531826354138382336_o

Namun apa yang menariknya, masjid yang mula dibina pada tahun 2015 ini telah diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB. Adakah anda tahu maksud disebalik nama bank RHB? RHB bermaksud Rashid Hussain Berhad singkatan kepada nama pengasas kumpulan RHB iaitu, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Beliau merupakan salah seorang tokoh paling berjaya di dalam arena perbankan negara.

Melalui perkongsian di Facebook Farhan Che Hassan, beliau berkongsi kisah menarik mengenai pengasas RHB ini dan kaitannya dengan pembinaan Masjid Sri Sendayan.

Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan AkhiratKorang tau RHB Group? maksud dia RASHID HUSSAIN BERHAD.Rashid bin…

Posted by Farhan Che Hassan on Friday, 20 September 2019

Sedikit info menarik mengenai Tan Sri Rashid ini, beliau merupakan seorang lelaki berdarah kacukan Melayu dan Arab iaitu bapanya Mohammed Hussein dari Pulau Pinang dan ibunya keturunan Arab-Melayu. Bapanya membangunkan perniagaan di Singapura selepas berhijrah ke sana.

Kejayaan dan kehebatan beliau dalam bidang perbankan tidak dapat dinafikan apabila dalam tempoh kurang daripada satu dekad, beliau telah berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada firma bursa saham, bank komersial, syarikat kewangan dan bank perdagangan RHB Bank.

rhb

Sumber: Islamik Media

Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dapat dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia. Begitulah yang dapat dilihat pada pemilik RHB Bank ini yang menginfaqkan kekayaan beliau kepada ummah melalui pembinaan beberapa buah masjid.

Sebelum ini beliau pernah mendirikan Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya. Kemudian, beliau mendirikan pula Masjid Hussain yang dinamakan sempena nama ayahnya atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.

Terbaru, beliau mendirikan dan mewakafkan pula Masjid Sri Sendayan, yang dibuka secara rasmi pada 20 September 2019. Menurut Farhan, masjid ini sepatutnya dinamakan atas nama pengasas RHB ini sendiri iaitu Masjid Rashid Sri Sendayan tetapi sebaliknya berlaku apabila ia hanya dinamakan Masjid Sri Sendayan. Mungkin beliau ada sebab tersendiri mengapa masjid tersebut tidak menggunakan namanya. Ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini.

Selain itu, masjid ini terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan memuatkan seramai 5,000 jemaah. Bukan itu sahaja, masjid turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid serta mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni dan turut dilengkapi bilik ulangkaji serta dewan makan.

Selain itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan menjadikan beliau inspirasi atas sikap mulia yang ditunjukkan ini serta berhajat untuk melihat keindahan masjid itu sendiri.

20190922_124410

20190922_124442

Justeru, diharapkan semoga masjid yang lengkap dengan pelbagai kemudahan ini dapat diimarahkan sebaik mungkin oleh jemaah tidak kira di kawasan ini atau dari luar Bandar Sri Sendayan. Ini pula artikel mengenai masjid di Qatar dengan reka bentuk menarik. Klik pautan di bawah. 

Qatar Bina Masjid Dengan Reka Bentuk Futuristik

Lihat Konsep ‘Masjid Bergerak’ Yang Dijalankan Di Fukuoka

TNG Digital Lancar Program ‘7 Tangkai – Jom Infak’ Di 10 Masjid Sekitar Kuala Lumpur

 

Anda Mungkin Suka