Dilabel sebagai negara yang tidak selamat untuk pelancong, Afghanistan dahulunya sebuah negara yang cukup makmur sehingga kini masih terperangkap dan terkesan akibat peristiwa yang berlaku pada tahun 1979 dulu. Meskipun pada 15 Febuari tahun 1989 secara rasminya Kesatuan Soviet telah menarik semua pasukan mereka keluar dari Afghanistan, bekas yang ditinggalkan cukup mendalam dan tak salah dikatakan hampir tiada penawar untuk mereka pulih semula. Sekarang, negara yang dahulunya aman serta kaya dengan pelbagai hasil bumi kini disulami pelbagai konfilik yang tidak berkesudahan.

Peluang meneroka negara yang digelar sebagai “Jantung Asia” ini pada tahun lepas sedikit sebanyak membantu saya mengenali Afghanistan lebih dekat. Berdasarkan pengalaman saya sepanjang berada di sana, tidak dinafikan majoriti penduduk di Afghanistan bagai berperang di negara sendiri. Ianya seolah perasaan ‘merasa tidak selamat walaupun berada di dalam rumah sendiri’, mungkin itulah gambaran paling dekat boleh saya berikan pada anda.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Alangkah bagusnya kalau dunia ini aman, kita mungkin bebas ke mana sahaja. Berjalan keliling dunia tanpa had, tanpa passport atau memikirkan segala perkara yang merumitkan. Ibarat seluruh dunia ini kita kongsi bersama. Melihat kembali rakaman foto di Afghanistan sekitar tahun 1960 yang dikongsikan oleh Denver Post ini pastinya membuatkan anda rasa mahu travel ke Afghanistan sekarang juga.

BACA: 53 Fakta Menarik Tentang Afghanistan Buat Anda Yang Ingin Travel Ke Sana

1

Semasa dalam perjalanan antara Afghanistan ke Pakistan tanpa perlu risau serangan taliban di sempadan

2

Patung Buddha di Lembah Bamiyan, kini sudah hancur dimusnahkan pengganas Taliban

3

Permandangan di Istalif, Pusat penghasilan tembikar yang berumur ratusan tahun

4

Penduduk sedang bersantai di Sungai yang terletak di tengah-tengah Bandar Kabul. Kini tempat ini sudah menjadi sarang penagih dadah.

5

Kehidupan gembira kanak-kanak di Afghanistan yang kini sungguh jauh berbeza.

6

Suasana di Bandar Kabul

Buat pengetahuan anda, suasana di Bandar Kabul agak tenang dan mungkin selamat untuk pelancong. Kawalan keselamatan sangat ketat di sini, anda boleh lihat askar Afghanistan berada di merata tempat. Di sini risiko terkena serangan pengganas seperti Taliban mungkin rendah, namun harus sentiasa berwaspada daripada menjadi mangsa peragut.

7

8

9

10

11

Baca juga: 5 Tempat Menarik Yang Boleh Anda Pergi Di Kabul, Afghanistan

Meskipun Afghanistan dilabelkan sebagai kawasan merah untuk pelancong dalam Travel Risk Map oleh International SOS pada tahun ini, namun hasil tinjauan membuktikan bahawa majoriti negara perang atau negara yang mempunyai masalah politik yang tidak menentu memiliki ramai rakyat yang berhati baik dan Afghanistan adalah buktinya. Tahu kenapa? Baca pengalaman Vocket di Afghanistan pada tahun lepas di sini.

Anda Mungkin Suka