Berikut saya kongsikan pengalaman sepanjang saya bercuti di Pulau Raja Ampat pada Januari lepas. Ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan dan unik buat saya. Route saya adalah seperti di bawah:

26 January 2017
Kota Kinabalu – Kuala Lumpur : 2 jam 20 minit (MAS)
Kuala Lumpur – Jakarta : 2 jam (Lion Air)

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

27 January 2017
Jakarta – Makassar : 2 jam 30 minit (Lion Air)

28 January 2017
Makassar – Sorong : 2 jam 10 minit (Srivijaya Air)
Sorong – Waisai : 2 jam (Ferry Express)

Wasai adalah bandar utama di Raja Ampat. Check in dan rehat kejap. Lepas tu mandi sebab dah 2 hari tak mandi. Tak busuk pun. Bau masam manis je.

Setakat sampai Wasai belum nampak apa apa keindahan lagi. Semua biasa-biasa. Kemudian tour guide kami Pak July panggil kami untuk ke lokasi snorkelling. Dia kata kalau ikut jadual tak ada-apa aktiviti. Jadi lebih baik kita snorkelling.

Kapten bot Pak Asry dengan tenang membawa kami ke laut dan berhenti di sebuah pulau kecil. Sampai di sana kami disambut oleh ikan-ikan kecil yang melompat-lompat di sebelah bot kami seolah-olah mengiringi kami ke kawasan snorkelling.

Aduh tak sempat ambil gambar masa tu. Sibuk dengan persiapan berenang.Kata pak July ini spot diving tapi kita snorkel je. Kami on je. Dan untuk pertama kali dalam hidup saya berjaya snorkeling di laut dalam tanpa memakai jaket keselamatan.

Nasib baik pandai berenang. Subahanallah cantik sungguh permandangan di bawah sana. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jadi kami ambik gambar. Tak banyak pun sebab kami lebih rela menikmati keindahan dari mengambil gambar. Kalau nak tengok datanglah sini.

29 January 2017

Hari ke 2 – Perjalanan kami agak jauh dan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Wayag. Sebelum sampai Wayag kami singgah di kampung Salpele, bagi gula-gula kat budak-budak di sana.

Untungnya mereka ada kampung yang cantik, di sebuah pulau yang bersih, pantai yang indah, dikelilingi pulau-pulau kecil yang cantik. Waduh-waduh cantik sekali. Baiklah budak. Pakcik jalan dulu. Pakcik singgah sekejap je. Niat pakcik nak cari mak budak tapi tak ada yang berkenan.

Selepas 3 jam perjalanan kami singgah di post konservasi, daftar di sana, ambil guide untuk memanjat di Wayag. Bot berhenti di tepi batu. Rupanya di situ lah tempat kami akan mula memanjat. Dari bot terus memanjat batu-batu yang tajam, 30 minit pemanjatan.

Agak memenatkan walaupun tak lah tinggi. Ada la dalam 100 meter tapi kalau yang kurang stamina tu slow la sikit. Pastikan pakai kasut dan sarung tangan. Batuannya tajam sekali, bisa melukakan.

Sampai je di atas puncak Wayag semua terpegun. Apa? Penat? Sorry. Kami dah lupa yang kami penat memanjat. Maha suci Allah. Pemandangan yang kami lihat di Google kini di depan mata. Lama kami menikmati keindahan di sana hingga tak sedar hari semakin petang. Sempatlah bergambar, bermonolog dan sebagainya.

“Ya udah. Hari sudah petang. Kita balik ke post konservasi. Makan siang di sana,” bilang Pak July. Kami turun walaupun sebenarnya tak nak turun. Hmm. Tak apa lah. Nanti aku datang lagi.

Sampai sahaja di post konservasi kami terus makan tengah hari. Kami rancang nak mandi-manda nanti. Ikan-ikan di sini jinak. Sedang asyik kami memberi makan roti kepada ikan-ikan, datanglah 2 ekor ikan meminta daging. Itu lah ikan jaws. Ya, jerung jinak. Datang dekat dengan kami. Kami bagi makan ayam, lauk tengahari tadi. Sampai petang kami lepak sana, mandi-manda bersama ikan.

Pukul 5 petang baru kami bertolak pulang. Hari semakin gelap, dapatlah kami menikmati suasana matahari terbenam di tengah laut. Sangat cantik. Sebelah kanan nampak sunset. sebelah kiri ada pelangi, memang cantik. Siap minta bot berhenti lagi. Nak bergambar.

Perjalanan di teruskan. Masih berbaki 2 jam, matahari dah tenggelam. Kini sudah malam, bot tak ada GPS, tak ada lampu. Semua manual. Nasib baik ada enjin je. Kalau tak dah kena kayuh. Part ni dah mula seram dah. Pak July selaku navigator menggunakan lampu handphone je. What do you expect by using smartphone torch in the middle of the sea? Memang tak nampak apa lah. Semua penumpang bot diam. Seram lah tu.

Mengharungi jalan yang berliku di tengah malam yang gelap tanpa kami sedari ada makhluk-makhluk lain mengekori kami. Cahaya-cahaya plankton berkelipan di sisi bot kami seolah-olah menunjuk jalan.

Ikan-ikan terbang di sekeliling kami seolah-olah menemani perjalanan kami. Inilah yang dikatakan keindahan yang tak mampu dirakamkan dengan kamera. Pengalaman yang harus dirasai, bukan di tampal di FB. Jam 8 malam baru sampai di Waisai. Kami buat apa yang patut, berehat, tunggu esok hari. Big applause and salute to Pak Asry and Pak July. Semua selamat.

30 January 2017

Hari terakhir di Raja Ampat. Destinasi utama kami hari ini ialah Piaynemo. Mengambil masa hampir 1 jam dari Waisai, barang-barang kami pack terus sebab lepas habis trip kami terus balik ke Sorong.

Di awal pagi, air laut yang tenang, cuaca yang terang, burung mula terbang. Ada ikan yang berenang. Ya. Ikan berenang mengiringi kami ke Piaynemo. Orang panggil ikan lumba-lumba tapi di kampung saya orang panggil dolphin.

Maha suci Allah yang menciptakan sekian alam. Tak perlu ke Antartika, Alaska ataupun Padang Merdeka. Cukup ke Raja Ampat. Amat teruja dapat melihat dolphin di depan mata. Hampir 5 minit kami diiringi dolphin. Seronok tak terhingga.

Sampai sahaja di Piaynemo langit semakin gelap. Itu tandanya hujan nak turun. Jadi kami berehat di Piaynemo Resort sebelum mendaki puncak yang menjadi tular di media sosial. Hujan turun dengan lebatnya.

Lama juga kami tunggu hujan berhenti, sampai ke tengahari. Setelah berbincang sesama kami, kami bersetuju untuk naik ke puncak Piaynemo dalam hujan. Baju basah boleh dikeringkan, pengalaman yang indah lagi penting. Naiklah kami 300 anak tangga ke puncak Piaynemo. Penat juga.

Puncak Piaynemo seolah-olah anak kepada Puncak Wayag yang kami pergi semalam. Keadaan pulau-pulaunya mirip Wayag akan tetapi kecil sedikit. Patutlah digelar Anak Wayag. Bergambarlah kami di dalam hujan. Langitnya mendung, jadi gambarnya kurang cantik tapi tempatnya memang cantik, memang mempersona..

Kami di sana tak lama kerana masih ada banyak tempat yang belum pergi. Seterusnya kami menuju ke Arborek, sebuah pulau kecil yang cantik. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Hujan masih belum menunjukkan tanda mahu berhenti malah semakin lebat.

Jarak penglihatan terhad. Di sekeliling kami hanyalah kabus-kabus putih. Langsung tidak nampak apa-apa. Bot seolah-olah bergerak pada satu tempat sahaja. Ombak bergelora rupanya. Hari ini lebih mencabar dari semalam. Teringat pula tentang filem Life of Pi, Cast Away.

Macam ni rupanya keadaan di tengah tengah laut dengan bot kecil tak nampak daratan. Pak Asry selaku kapten tenang mengemudi bot manakala Pak July di hadapan sebagai navigator.

Perjalanan yang penuh debaran. Sekali sekala kelihatan burung bertenggek di atas kayu yang hanyut. Aduh, kameraku di dalam kabin bot. Tak dapat nak ambil gambar. Hmm. Tak apa lah. Next time datang lagi.

Setelah lebih kurang satu jam perjalanan kami singgah di Pulau Arborek. Pulau kecil dan ada sebuah resort di sana. Kami singgah hangatkan badan yang kesejukan dengan minum kopi dan makan Indomee.

Pengembaraan kami hampir ke penghujung. Banyak lagi tempat yang tak dapat kami pergi kerana cuaca yang kurang baik. Hujan rintik-rintik, air bergelora. Simpan saja lah untuk trip yang akan datang. Pasir Timbul, Pari Manta dan beberapa tempat lain.

Lain kali datang sini lama sikit. Tak puas 3 hari je. Berat hati nak balik tapi kami terpaksa bertolak juga.

Perjalanan ke Sorong mengambil masa 3 jam. Dari jam 5 bertolak sehinggalah malam. Rrupanya hari ini lebih seram dari semalam. Menyusuri arus di malam yang gelap, tiada bulan tiada bintang.

Nasib baik ada torch light untuk mengelak dari bendasing yang hanyut. Bukannya untuk menunjuk jalan. Dan seperti biasa cahaya plankton setia menemani. Dalam hati rasa macam bot dah hanyut entah ke mana tapi Pak Asry confident je mengemudi.

Macam memandu di highway tanpa lalulintas yang lain. Mungkin jalan itu tidak asing baginya. Dah dekat 3 jam baru lah nampak cahaya rumah api. Fuh. Legaa. Sampai juga akhirnya.

Perjalanan yang mencabar sudah berakhir. Pakaian dalam beg semua basah. rPakai raincoat pun tak jalan, basah juga. Pakai je lah mana yang ada. Penat tapi best. Kami tidur di sorong bantal yang empuk, di tilam yang lembut, di sebuah hotel, di Kota Sorong.

31 January 2017

Pagi-pagi ke airport untuk balik ke Ujung Pandang, Kota Makassar. My travelmate Yusrii dah tercedera. Kerana penat memanjat dan berenang dia dah tak boleh jalan. Kena sorong dengan wheelchair.

Sesuailah tempat ni nama Sorong. Perancangan kami bila sampai di Makassar nak ke Toraja tapi baju semua basah. Kena cari laundry. Yusrii pun masih sakit. Jadi lepaklah di hotel 3 hari 3 malam tanpa tujuan. Jalan-jalan pun tak. Memang betul-betul nak rehat. Hari terakhir sebelum balik tu sempatlah kami pergi ke Pantai Losari sebelum terbang ke KLIA2.

3 February 2017

Flight dari Ujung Pandang ke KLIA 2. Sampai je terus beli tiket balik kampung. Lama tak jenguk kampung halaman. Dah sebulan lebih.Lama ke sebulan tu?

Sebelum itu ribuan terima kasih kepada mereka yang menjayakan pengembaraan ini. Pak Achmad Yusri selaku travel buddy, travel mate, sahabat. Selalu gaduh dalam membuat keputusan. Hahaha sorry.

Pak Suhartono Suprajogi Lee dan ibu Katherina Chandra. Sweet husband and wife travel together. Best kan? Terima kasih juga kepada Raja Ampat Unik Tour, ibu Yani Riyanie, Pak Juli Putra Parapa, Pak Asry dan Mari Selvan Subramani.

Sorang lagi Edna. Travel sorang-sorang. Tak takut kena makan ikan jaws ke? Dan tidak dilupakan kepada Pak Ridho July Roman Picisan delaku introducer kepada Raja Ampat Unik Tour.

Sekian.. Terima kasih.

Opss satu lagi. Sebelum menghabiskan cerita saya nak kongsi 1 ayat ni.

– وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ –

“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (luqman-27).

Layan lagi gambar saya.

Baca lagi: Indahnya Pulau Raja Ampat, Indonesia Bila Dirakam Dengan Drone