Kisah dari Copenhagen : Beruntunglah Orang-orang Yang Ganjil

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Denmark merupakan sebuah negara yang mendokong idealisma socialis liberalism, di mana hak kesamarataan menjadi tunjang dalam membentuk sistem politik di negara ini.

Rakyatnya bebas bersuara, free trading, mengamalkan agama dan kepercayaan dan lain-lain lagi.

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat umat Islam di salah sebuah bumi Scandinavia ini di mana telah diadakan majlis berbuka puasa secara besar-besaran di tengah kotaraya Copenhagen.

Terbenamnya matahari maka bergemalah azan Maghrib di kota ini, dan berderu-deru umat Islam bersolat di hadapan City Hall kota ini.

Perasaan saya bercampur-campur apabila berpeluang menyertai acara ini.

Jika dulu sebelum datang ke negara ini, hati berbelah bahagi dengan berita dari Whatsapp yang kononnya Islam sering dihina di negara ini.

Realitinya, setiap orang bebas mengamalkan agama masing-masing. Ruang freedom of speech digunakan untuk menyalurkan kefahaman ideology tanpa pergeseran.

Majlis berbuka puasa ini dibuat secara public dan makanan diedarkan secara percuma. Dana dikumpul melalui sumbangan orang ramai.

Menariknya program ini disertai juga oleh non Muslim, dan terdapat kuanter penerangan Islam juga dibuka.

Saya lihat ada CD dan risalah tentang agama Islam juga turut diedarkan.

islam-di-copanhagen-1

islam-di-copanhagen-2

islam-di-copanhagen-3

islam-di-copanhagen-4

Misalnya seorang pemuda Danish yang duduk makan bersama kami rasa tertarik untuk menyertai setelah disapa mesra oleh pihak penganjur.

Jika di satu sudut dunia lain Islam dilihat sebagai memperjuangkan keganasan, dan mengancam keselamatan dunia. Pada hari yang bersejarah ini, masyarakat disantuni dan berkumpul tanpa mengira kelainan agama, status sosial dan sebagainya.

Memetik satu hadith, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”.

Akhir kata, selamat berpuasa dan menyambut hari lebaran. Buat keuarga di Yan dan Ipoh, doakan kami di sini.

Makan ketupat palas dan lemang cicah deriyan tu jangan lupa cover makan ubat hospital balik.

Artikel di atas disumbangkan oleh Cheapskate Travelers. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group