Sebut sahaja nama Dato Fazley Yaakob, pasti anda akan terus ingat beliau dalam Masterchef Selebriti Malaysia dan bistro Suka Sucre milik beliau. Buat yang tidak tahu, Dato Fazley Yaakob adalah lulusan Le Cordon Bleu dalam bidang kulinari. Beliau memang sangat mengambil berat bidang makanan dan menggunakan produk yang terbaik untuk setiap penyediaan makanan.

Dato Fazley Yaakob sangat mementingkan kualiti bahan bakar yang beliau gunakan. Beliau akan memastikan nyalaan biru sentiasa konsisten ketika memasak. Buat yang belum tahu, nyalaan biru tanda pembakaran sempurna di mana suhunya tinggi dan kurang berjelaga (bersih). Ini akan menjadikan makanan lebih sihat dan enak!

Inilah rahsia sebenar Dato Fazley Yaakob dalam menghasilkan makanan yang berkelas lima bintang. Petron Gasul menjadi pilihan Dato Fazley Yaakob ketika memasak kerana kemampuan gas Petron Gasul untuk menghasilkan nyalaan biru yang terbaik. Bila nyalaan api cantik, barulah Dato Fazley Yaakob dapat hasilkan hidangan yang terbaik untuk para pelanggan.

Dalam video di bawah ini, Dato Fazley Yaakob belanja anda cara hendak buat kuey teow goreng bersama sambal minang yang semestinya buat anda terliur! Cuba anda lihat dahulu bagaimana Dato’ Fazley Yaakob memasak menggunakan ‘senjata rahsia’ beliau, Petron Gasul.

Tahukah anda Dato Fazley Yaakob bersedia untuk jadi ‘pasangan’ anda di dapur? Seronok tu! Dato Fazley Yaakob akan meluangkan masanya selama 12 jam dan inilah peluang keemasan anda untuk bertanyakan apa-apa soalan atau tips bagi memantapkan lagi skil memasak anda.

Caranya pun mudah sahaja. Anda hanya perlu masak satu hidangan terbaik anda dan upload gambar hidangan anda di laman Facebook atau Instagram dengan hashtag #PetronGasulJaguhMasak. Jangan lupa untuk setkan posting anda kepada PUBLIC. Kalau anda tak tahu nak masak apa, ikut sahaja menu yang diberi oleh Dato Fazley Yaakob ini.

Peraduan ini akan tamat pada 4 Disember 2014. Cepat, ada masa lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk anda join peraduan ini. Kalau masakan anda yang paling hebat, andalah Jaguh Masak yang Dato Fazley Yaakob dan Petron Gasul cari!