Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kini telah tiba bulan Oktober. Itu bermakna kita berada di suku tahun terakhir bagi tahun 2016. Pejam celik pejam celik hari makin berkurangan menghampiri 2017.

Di bahagian hemisfera utara, selalunya dalam bulan Oktober ini akan bermulalah dengan daun-daun berguguran, dengan hawa dingin menyejukkan cuaca dan itu juga bermakna akan menghampiri musim cuti.

Dalam kalendar Gregorian, bulan Oktober berkongsi perkataan akar Oktober dengan sotong dan octothorpe-the octo- Latin, yang bermaksud “lapan.”

Dalam kalendar Roman pula, ia hanya ada 10 bulan dan Oktober ialah bulan ke-8, kerana bulan Januari dan Februari tidak ditambah lagi dalam kalendar pada waktu itu.

Nama bilangan bulan itu stuck seperti mana bulan September, November dan Disember walaupun telah ditambah baik pada zaman Julius Ceasar. Ia bukan lagi mewakili bulan ke-8 tetapi bulan ke-10.

Perkataan Oktober dimasukkan ke dalam Old English melalui Old French, bagi menggantikan perkataan bahasa Inggeris (vernacular term Winterfylleð).

Dua acara besar yang disambut pada bulan Oktober oleh orang di luar negara (dan ada juga diraikan oleh segelintir masyarakat di Malaysia), iaitu Halloween dan Octoberfest.

Halloween

Halloween

Octoberfest

Octoberfest

Halloween berlaku pada awal bulan Oktober yang kebiasaannya kanak-kanak berpakaian seperti hantu. Manakala Octoberfest pula jatuh pada hujung bulan Oktober yang melibatkan festival bir yang diadakan sejak 1810 di Munich, Jerman.

Di negara kita pula, kita dikhabarkan tentang fenomena air pasang besar yang lebih buruk melibatkan penduduk di pesisiran pantai dan sungai khususnya di tiga negeri iaitu, Selangor, Perak dan Kedah pada pertengahan bulan Oktober ini. Hati-hati.

Anda Mungkin Suka