Lihat sahaja gambar ‘Directed by Robert B. Weide’ pasti sudah terngiang dalam fikiran anda muzik ‘Frolic’ dengan rentak yang catchy oleh Luciano Michelini.

Kebelakangan ini muncul satu trend dalam kalangan pengguna media sosial yang memuat naik potongan video lucu yang selalunya berakhir dengan kejadian yang agak kurang bernasib baik kepada individu yang terlibat. Setiap penghujung video pendek tersebut akan diakhiri dengan end credit nama pengarah ‘Directed by Robert B. Weide’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Trend yang popular dalam kalangan pengguna media sosial di Asia Tenggara lebih-lebih lagi pengguna dari Malaysia dan Indonesia selalunya tersebar dengan begitu cepat. Ini kerana persamaan bahasa yang membolehkan orang ramai memahami cerita yang terjadi dalam potongan video tersebut. Berikut merupakan contoh meme yang viral dalam kalangan pengguna dua negara ini.

robert

https://www.youtube.com/watch?v=qGeCODM3zQo

Namun begitu, pemilik sebenar nama Robert B. Weide telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak terlibat sama sekali dengan video meme yang beredar di media sosial.

Posting yang dimuat naik pada September tahun lalu menjelaskan bahawa meme yang tersebar tersebut dianggap sebagai penghargaan untuk siri komedi yang terkenal di HBO dibawah arahan Robert B. Weide sekitar tahun 2000, ‘Curb Your Enthusiasm’.

Terbaharu, Robert B. Weide sekali lagi memuat naik status penjelasan bahawa beliau tiada kaitan sama sekali dengan kesemua meme yang ada di media sosial. Menurutnya walaupun status sebelumnya telah di ‘pinned’ tetapi makin ramai followers

Jika dilihat dalam ruangan komen, rata-rata komen datangnya dari pengguna media sosial di Asia Tenggara. Perkara ini sekaligus membawa naik nama pengarah yang pernah memenangi anugerah Oscar tersebut. Adakah muzik tersebut masih bermain dalam fikiran anda sepanjang membaca artikel ini?