Bukan sebarangan orang yang menyatakan inilah wajah yang paling diidamkan di dunia. Ia telah didedahkan oleh seorang doktor pakar pembedahan kosmetik iaitu Dr. Julian De Silva yang bekerja di London, United Kingdom.

Menurutnya, ramai pesakit meminta ciri-ciri wajah sempurna milik selebriti-selebriti terkenal di dunia yang terdiri daripada artis, puteri raja, model dan lain-lain.

Antara ciri-ciri yang sering jadi idaman ialah hidung Puteri Catherine, bibir Penelope Cruz, pipi Angelina Jolie, dagu Selena Gomezz, kulit Reese Witherspoon.

Jadi, Dr. Julian telah menggabungkan semua ciri-ciri idaman para pesakitnya itu menjadi satu rupa idaman yang dia gelar sebagai “wajah sempurna”.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah ultimate choices kerana ada kemungkinan wajah dan ciri lain yang lebih desirable tetapi tidak dimuatkan di dalam kombinasi ini.

Apa pendapat anda?