Gempar baru baru ini apabila laporan menunjukkan puluhan ribu pelajar masih menganggur dan pada masa yang sama kerajaan kini sedia memberikan fokus kepada industri 4.0.

Penyelesaiannya adalah para graduan perlu mencari komuniti atau kelompok yang sama bidang dimana DevHub adalah jawapannya. Untuk pengetahuan, DevHub merupakan komuniti teknologi terbesar di Malaysia yang menghubungkan antara orang awam, syarikat korporat, badan kerajaan dan bakat programmer yang genius.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

photo6169998847925922085

Dahulunya DevHub dikenali dengan Startup Developer Malaysia yang terdiri daripada lebih dari 3,000 ahli yang aktif dan bergerak secara sendiri melalui komuniti. Kesemua agenda mereka dijalankan berdasarkan inisiatif ahli komuniti itu sendiri tanpa bergantung kepada mana mana pihak. Fokus mereka adalah satu iaitu membangunkan sebuah komuniti teknologi 4.0 di Malaysia.

Seharusnya di sinilah tempat untuk anda patut berkenalan dengan orang ramai terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang IT dan bisnes. Suka atau tidak, kesemua industri selepas ini akan bergantung kepada bidang teknologi termasuk bidang sukan, makanan atau lain lain.

Salah satu pengisian komuniti DevHub adalah menjalankan aturcara untuk mendedahkan ilmu kepada umum. Adakalanya terdapat mereka yang sudah berjaya dalam dunia startup, korporat atau badan yang sah mengongsikan maklumat kepada umum.

Antara edisi aturcara pernah dianjurkan adalah DevHub bekerjasama dengan Bank Negara di Sasana Kijang. Waktu ini pengisian mengenai fintech cukup padat dan lengkap dihadiri oleh wakil Bank Negara Malaysia sendiri.

photo6169998847925922086

Arif Tukiman selaku wakil daripada RunCloud

Tak cukup dengan itu, DevHub juga telah menganjurkan aturcara edisi Runcloud yang berkolaborasi dengan Upload, sebuah rakan strategik mereka dari Finland. Buat makluman, Runcloud merupakan startup teknologi anak tempatan yang berjaya menempa nama di pentas dunia. Pada aturcara ini mereka akan berkongsi kisah membangunkan startup dan juga perkongsian mengenai cloud computing.

Bayangkan jika anda bersama dalam komuniti ini, berapa banyak ilmu dan betapa besarnya potensi network anda di kemudian hari. Jika anda meminati industri teknologi, jangan teragak-agak lagi untuk turut serta dalam aktiviti komuniti Dvhub

Dijangkakan lebih banyak aturcara akan diadakan untuk menyedarkan dan memberikan input mengenai teknologi kepada orang awam di luar sana. Untuk lebih info, boleh ikuti mereka di Facebook untuk sebarang perkembangan baru dengan klik di sini.

Aturcara yang dijalankan Runcloud ini sangat disyorkan buat mereka yang minat dalam bisnes atau teknologi maklumat. Kami kongsikan juga kepada anda mengenai Runcloud yang berjaya mewakili Malaysia untuk ke Startup World Cup 2018.

RunCloud Wakili Malaysia Untuk Ke Startup World Cup 2018

8 Perkara Startup RunCloud Belajar Dari TechCrunch Disrupt Berlin

Artikel di atas disumbangkan oleh Faiz Azizan. Beliau merupakan seorang pengurus kepada studio fotografi, Bajiwoa Studio. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka