Baru-baru ini kelihatan satu artwork yang mengetengahkan isu yang dihadapi oleh OKU. Saya tertarik dengan cara penyampaiannya yang mudah tetapi jelas mesejnya.

oku-15

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar lukisan itu memaparkan sebuah bas yang canggih mengeluarkan ramp dari bahagian bawah bas tetapi OKU di tepi jalan itu masih tidak boleh melaluinya kerana terdapat kongkongan fasiliti yang tidak selaras dengan tujuan memudahkan pergerakan OKU berkerusi roda.

Setelah mencari sumber asal dan dikenalpasti, artwork ini merupakan sebahagian dari siri Inktober 2016 yang dihasilkan oleh orang Malaysia. Dia merupakan seorang pensyarah di UTM dalam bidang senibina (architecture).

Azari Mat Yasir
Azari Mat Yasir

Azari Mat Yasir berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah berkhidmat sejak 2001. Azari kini sedang menamatkan pengajian di peringkat PhD telah menggunakan masa terluang dengan melukiskan isu-isu OKU dalam bentuk yang lebih mudah dihadam oleh orang awam.

Walaupun Azari gemar melukis sejak sekolah, dan pernah bergiat aktif dalam melukis komik sekitar 2000-2005, itu bukanlah sebab utama dia wujudkan siri Inktober ini. Dia mahu para pelajarnya celik dengan isu OKU dalam senibina yang dihasilkan kelak.

“Saya pernah belajar di UK dan menetap di sana lebih 5 tahun, dan pengalaman ini banyak membuka mata saya kerana ramai generasi tua di sana aktif ke sana ke mari walaupun duduk di rumah orang-orang tua.

Ini kerana seluruh persekitaran bandar mereka diubahsuai bagi membolehkan orang-orang tua, OKU, wanita mengandung, kanak-kanak dan sebagainya bebas bergerak tanpa kongkongan fasiliti.

Sekembalinya di Malaysia, saya dapati pembangunan di Malaysia agak tidak sekata. Semuanya terlalu fokus kepada imej prestij dan mewah dan tak banyak yang memberi perhatian kepada yang tidak berupaya,” tulis Azari apabila ditanya berkenaan inspirasi Inktober.

oku

Azari serius mahu mengetengahkan kepentingan fasiliti OKU dalam pembinaan bangunan dan fasiliti di Malaysia. Pada tahun lepas dia telah berjaya mengintegrasikan aspek Universal Design (katanama baru untuk Rekabentuk OKU) ke dalam subjek senireka pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Senibina.

Selain siri Inktober 2016, dia berharap Universal Design dapat membuka mata pelajar-pelajar senibina agar prihatin terhadap golongan OKU ini. Turut berharap agar satu masa nanti Universal Design menjadi satu subjek dalam Sains Senibina kelak.

Semangat Azari yang tinggi dalam perihal Universal Design ini turut mendapat sokongan dua orang pakar yang sudi berkongsi kepakaran mereka bersama Azari.

“Saya didorong oleh Dr. Naziaty dari Universiti Malaya yang merupakan pakar rujuk dalam Universal Design di Malaysia, dan Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, seorang doktor dalam bidang rehabilitasi di Hospital Sultan Ismail, Johor.

Saya amat berterima kasih kepada mereka berdua kerana berterusan berkongsi kepakaran di dalam bidang masing-masing,” jelas Azari lagi.

Siri Inktober 2016

oku-20

oku-19

oku-18

oku-17

oku-16

oku-15

oku-14

oku-13

oku-12

oku-11

oku-10

oku-09

oku-08

oku-07

oku-06

oku-05

oku-04

oku-03

oku-02

oku-01

Moga masyarakat yang normal dan sihat tubuh badan memahami situasi yang dihadapi oleh OKU dalam kehidupan seharian mereka.