Sempena study break ini, saya nak share satu story. Almaklumlah, marking dah habis, carrying marks pun dah tampal luar office dan student pun tak ada yang nak datang untuk consultation (wakaka).

Cerita saya hari ini tajuknya inovasi. Boring? No. Read till the end.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

inovasi penyapu lidi 1

Sila lihat gambar. Ini ialah gambar penyapu lidi di rumah Uwan. Dah biasa kita tengok sebelah mata sejak turun menurun. Tapi dengan sedikit inovasi, voila! Penyapu lidi itu menjadi seperti gambar di bawah ini.

inovasi penyapu lidi 2

Ditambah pula dengan presentation ala-ala broomstick Harry Potter Nimbus2000. Bukan setakat itu sahaja, design handle boleh dilaras, lidi boleh dikembang dan dikuncup itu telah di-PATENT-kan dan dijual pada harga KW9,000. Penyapu ini dah terjual di Sweden, Finland dan Netherland. Lumayan bukan?

Malangnya, idea inovasi dan pemilik patent itu bukan datang dari anak Malaysia. Ia adalah idea oppa Korea yang suka datang ke pantai Malaysia yang cantik dan aman sambil buka mata sepetnya luas-luas.

Benda yang kita buat tak hairan di rumah, rupanya boleh menjadi komersil di peringkat antarabangsa. Apabila saya tengok penyapu lidi itu, my jaws literally dropped. Malu-malu je oppa tu nak cerita pasal penyapu lidi tu pada saya sebab dia mengaku penyapu itu takkan laku di Malaysia.

Tambah pula idea innovasi itu memang dia cedok dari penyapu lidi Malaysia. Saya cuma mampu senyum and said “No. There is no idea too small. Even the smallest thing can have big impact. My mother would be proud if she saw this”.

Oppa itu offer saya beli penyapu dia pada harga KW6000. Tapi saya tak berani beli dan bawa balik, sebab saya takut Uwan akan sebat saya dengan penyapu itu pula.

Jadi, adakah kita kurang berinovasi? Tidak. Masalah kita adalah, kita terlalu memuja inovasi yang meletup kebabom.

Contohnya mencari black hole yang ke-183, cipta time travel machine, cipta kereta yang tak guna petrol tapi guna air paip, atau cipta vacuum cleaner yang bukan setakat sedut habuk tapi boleh juga memasak roti.

No. Saya bukan anti dengan inovasi sebegitu. By all means, use all of the resources, buatlah. Tapi oleh kerana kita terlalu taksub dengan expectation yang melangit, kita jadi takut dan skeptikal untuk berinovasi.

Takut kena kutuk, “Itu je ke?” “Aikk. Macam ni pun boleh menang Gold?”, “Idea aku lagi bagus dari kau kot”.

The thing is, inovasi penyapu lidi itu adalah bukti perbezaan antara dreamers dan doers. Dreamers will think about fears and let it paralyse them. Doers, on the other hand, find ways to push the limits of their fears.

inovasi financial health check 1

Sebenarnya, ramai juga yang skeptikal dengan inovasi yang saya dan team buat. Ala setakat buat ratio yang anda semua pernah belajar masa FAR100, FAR150, ACC106 atau AUD390. Kira ratio asset dengan liabiliti, kira ROI, tengok expenses vs revenues.

Selepas itu buat template komen. As time progress, buat interface yang canggih sikit supaya nampak komersil. Maka terciptalah application yang boleh evaluate sama ada organisasi itu stabil atau tidak.

inovasi financial health check 2

Bagi pula nama konon power ‘Financial Health Check Up: Diagnostic Kit’ walaupun sebenarnya kira ratio base on formula excel saja.

Tapi masa judges datang, kami explain dengan penuh confident ala-ala roh hantu orang putih dah merasuk dalam badan.

Alhamdulillah. Inovasi yang orang cakap, “Tu je?” “Boleh menang ke ni?” telah berjaya secure gold di peringkat international.

Awal tahun hari itu berjaya menang ‘The Best Award’. Kira ratio je! Gambar-gambar ini hanyalah bukti bahawa ‘what if’ could make your life better.

inovasi financial health check 3

inovasi financial health check 4

inovasi financial health check 5

inovasi financial health check 6

Gambar saya gigit gold medal gaya olympian Mohamad Ridzuan bin Mohamad Puzi gigit olimpik gold tu saja je nak bagi anda terbakar.

inovasi financial health check 7

Above all, saya bukanlah contoh terbaik. Tapi, jadikan cerita ini sebagai pencetus idea inovasi anda semua. So, (baca ala-ala Optimus rime panggil autobots):

I am optimus prime, I send this message to all young inventors taking refugee among the stars to keep on inventing. For those who dont, today is the day to start working on your idea for the sake of your future.

Nanti saya share lagi cerita berinspirasi yang lain. Akhir kata, saya tutup 2017 with a kebabommm!