Hampir 6 bulan selepas Samsung Galaxy S8 dilancarkan secara rasmi, kini tiba giliran Samsung Galaxy S9 pula untuk hadir dengan ura-ura sebelum mula dilancarkan pada tahun hadapan.

Dari segi spesifikasi, Galaxy S9 dikatakan menggunakan processor Snapdragon 845 serta dipadankan bersama RAM 6 GB. Penyertaan skrin tanpa bezel antara dijangkakan dan kemungkinan besar model terbaru Samsung bakal hadir dengan rekabentuk yang mirip dengan model sebelumnya.

Paten teknologi pengimbas cap jari dibawah skrin

Salah satu perkara terbaru yang bakal dibawakan Samsung pada kali ini adalah teknologi sensor fingerprint yang terletak dibawah skrin.

Melihat kepada spesifikasi yang dikongsikan, kemungkinan tidak banyak perubahan yang boleh Samsung lakukan memandangkan Samsung Galaxy S8 masih dikira antara smartphone yang terbaik meskipun selepas beberapa bulan dilancarkan. Kemaskini model terbaru ini sekaligus bakal memudahkan pengguna unlock smartphone mereka dengan lebih mudah dan pantas.

09-768×432

Sebelum ini Apple antara syarikat yang dikaitkan dengan ura-ura sensor fingerprint dibawah skrin namun Apple memilih untuk menggunakan teknologi Face ID pada smartphone terbaru mereka iaitu Apple iPhone X.