Siapa sangka kanvas boleh bertukar menjadi konkrit. Dengan kemajuan inovasi teknologi bahan, dua produk telah tercipta sebagai bangunan segera dan alternatif simen berasaskan kanvas konkrit. Produk ini dikenali sebagai Concrete Canvas Shelters dan Concrete Cloth. Ia dihasilkan oleh 2 jurutera muda semasa di universiti iaitu Will Crawford dan Peter Brewin.

Dengan hanya 2 orang sahaja, Concrete Canvas Shelters ini boleh disiapkan dalam masa kurang dari 40 minit. Selepas ia dibuka dan dikembangkan dengan angin, permukaan luarannya dijirus air. Selepas 24 jam, bangunan tertutup seluas 25 kaki persegi tersergam indah dan bersedia untuk digunakan.

https://youtu.be/LLrGUXk-h0M?t=45s

Manakala, Concrete Cloth digunakan dalam menyelesaikan masalah kejuruteraan awam seperti tanah runtuh, membentuk objek, lapisan longkang, tapak helikopter dan sebagainya. Ia berfungsi seperti simen.

https://www.youtube.com/watch?v=HxjW-h0swb4

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram