Che Yin Wei atau nama Islamnya Abdul Rahman Abdullah mungkin kelihatan seperti orang biasa yang menjalani kehidupan lebih baik selepas memeluk agama Islam, tetapi di sebalik wajah tenang tersebut, ada seribu kisah menarik dari individu yang berumur 31 tahun ini.

Disebalik namanya, ada kisah gelap yang dia cuba mahu lupakan. Disebalik baju lengan panjang berwarna ungu, ada kesan titik-titik hitam yang bahawasanya dia juga pernah bergelumang dengan dosa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia yang kini berusia 31 tahun dan dilahirkan di Alor Setar, Kedah pernah menyertai aktiviti kongsi gelap seawal umur 18 tahun. Sejak itu, Abdul Rahman pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali disebabkan jenayah yang dia lakukan.

Asalnya, dia adalah seorang gengster yang pernah menjual dadah, ectacy, kaki kelab malam dan hidup yang bergelumang dengan dosa. Namun pada 2013, dia memilih jalan lain yang membawanya pulang. Dia telah mengambil keputusan untuk berubah dan meninggalkan segala aktiviti jahat yang dilakukan sebelum ini.

Tidak dinafikan bahawa hidayah Allah itu luas, pada tahun 2018, dia memilih untuk memeluk Islam. Abdul Rahman Abdullah kini sedang dalam perjalanan untuk lebih mengenal jalan kebaikan dan meninggalkan segala larangan.

Ketika bercerita kepada pengacara Malaysia Hari Ini, bagaimana permulaan Abdul Rahman kembali kepada fitrah. Dia menjawab bahawa faktor perjalanannya mengenali Islam adalah disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan penjara yang kebanyakannya Melayu Islam.

Ikuti kisah perjalanan Abdul Rahman dengan menonton klip Malaysia Hari Ini, daripada seorang gengster yang hidupnya bergelumang dengan dosa kepada seseorang yang akhirnya mengenali jalan kebaikan dan meninggalkan segala larangan.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Lelaki Dipercayai Rakyat Malaysia Hina Raja Dan Islam Dalam Video Dirakam Di Luar Negara

Perbezaan Agama Bukan Halangan, Darshini Cemerlang Tasawwur Islam Setiap Kali Peperiksaan

Pernah Didakwa Atas Cubaan Rogol, YouTuber Korea Mengaku Guna Islam Untuk Raih Populariti