Kalau aku sebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer mungkin tak ramai yang kenal. Tetapi kalau aku sebut gula-gula Hacks dengan jus Sunquick kalau tak tahu juga sajalahkan.

Kalau korang nak tahu, inilah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang menghasilkan gula-gula Hacks dan jus Sunquick di Malaysia sejak sekian lama.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Datuk-Seri-Barkath-2

Slug: (Barkath) Tarikh: 08-03-2005: BARKATH Ali menunjukan sebahagian daripada produk yang dihasikan oleh  Kumpulan Barkath. Gambar: Sazali Che Din / Pemberita: Wan Najib Wan Daud. (Untuk meja ekonomi) BARKATH ALI ABU BACKER MENUNJUKKAN DUA JENAMA TERKENAL - SUNQUICK DAN HACKS - YANG KINI MENJADI TULANG BELAKANG KUMPULAN BARKATH DI PULAU PINANG BARU-BARU INI. NOTA: IMBASAN 4 APRIL 2005 MUKA 21

Datuk-Seri-Barkath-3

Asalnya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer buka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50’an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini.

Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu.

Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura.

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi dan persaingan harga, Haji Abu Backer telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan Barkath Stores untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks.

Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan telah berjaya memasarkannya ke lebih daripada 80 negara di seluruh dunia.

Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sendiri! Memang hebat dan lain macam Kumpulan Barkath ini.

Baca lagi: 17 Perkara Yang Usahawan Boleh Pelajari Daripada Pemilik Jakel

Artikel di atas disumbangkan oleh Syahril A. Kadir. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka