Nampaknya kini anda akan dapat menikmati rasa gula-gula White Rabbit yang menjadi kegemaran ramai suatu ketika dahulu dalam bentuk aiskrim. Kedai aiskrim Inside Scoop telah mengumumkan akan tampil dengan aiskrim perisa gula-gula White Rabbit tersebut.

Pastinya anda tidak sabar untuk merasai sendiri rasa aiskrim gula-gula White Rabbit ini. Untuk pengetahuan anda, aiskrim edisi terhad ini akan mula dijual pada 28 Februari di semua cawangan Inside Scoop sekitar Lembah Klang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga bagi aiskrim tersebut adalah RM8.30 per scoop. Akan tetapi, adalah diingatkan bahawa aiskrim ini akan mula dijual di semua outlet Inside Scoop di sekitar Lembah Klang dan hanya terhad sebanyak 100 aiskrim sahaja untuk setiap kedai. Walau bagaimanapun, di outlet Inside Scoop di Kuantan hanya akan mula dijual pada 4 Mac ini.