Pada bulan Mac lalu, tular satu rakaman video sekumpulan kereta mewah berhenti seperti membuat ‘roadblock di tengah-tengah lebuh raya. Menurut salah seorang pemilik kereta mewah yang berada di tempat kejadian, mereka berbuat sedemikian mendakwa kerana mahu menghalang seorang pemandu wanita dipercayai mabuk.

Dua individu yang terlibat dalam insiden itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Pemandu Ford Ranger iaitu seorang wanita berusia 28 tahun dijatuhkan hukuman denda RM2,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan dan akan dikenakan penjara sebulan jika gagal bayar denda itu

Manakala, seorang pengawal peribadi berusia 44 tahun iaitu penumpang dalam kereta mewah Lamborghini turut didenda RM2,000 kerana menampar muka pemandu wanita berkenaan serta berdepan penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu, lapor Utusan Malaysia.

Konvoi Kereta Mewah Buat ‘Roadblock’ Tengah Lebuhraya, Dakwa Untuk Halang Pemandu Mabuk

Kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman tersebut oleh Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Mengikut kertas pertuduhan, Lee Jia Min, gagal mengawal Ford Ranger dipandunya sehingga menyebabkan kemalangan didakwa mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi pengawal keselamatan iaitu Nor Razman Abd. Razak pula didakwa kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Jia Min dengan menampar muka managsa dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Kilometer 36.6 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke arah Selatan pada pukul 6.10 petang, 18 Mac lalu.

Ketika ditanya mengapa menampar wanita berkenaan, Nor Razman memberikan alasan tindakannya itu adalah kerana wanita tersebut telah melanggar kenderaan dipandu majikannya sehingga menyebabkan kerosakan.

Sharifah Maleeha kemudian menasihatkan Nor Razman agar tidak memilih perbuatan keganasan sebagai satu jalan penyelesaian sebaliknya menyerah perkara tersebut kepada pihak berwajib mengikut  undang-undang sedia ada.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Edelynn Wong manakala Jia Min diwakili peguam, Tan Cheng Yee manakala Nor Razman pula diwakili Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias.

Sumber Gambar: Utusan Malaysia

Kedua-dua mereka membayar denda berkenaan sebelum bergegas meninggalkan mahkamah bersama peguam masing-masing.

Terdahulu, pemandu Ford Ranger berkenaan dilihat cuba memotong kumpulan konvoi berkenaan secara zig-zag sebelum berlanggar dengan Lamborghini Aventador SVJ Roadster terbabit.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk baca lagi kes-kes mahkamah lain yang menjadi bualan warganet pada sepanjang bulan ini.

Pernah Terpalit Kontroversi, Da’i Syed Dilaporkan Bebas Pertuduhan Cabul Dan Persetubuhan Luar Tabii

Perbicaraan Kes Rasuah Zahid Hamidi: Nama ‘KJ’ Disebut Antara Penerima Dana Politik UKSB

Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Nahas 5 Pelajar USAS