Kesibukan jalan raya di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya sudah menjadi rutin harian yang perlu ditempuh penduduk warga kota setiap hari.

Tular di laman Facebook video insiden yang menimpa Farish Amir, apabila beliau memuat naik rakaman dash cam yang menunjukkan beliau cuba mengelak seorang lelaki berkenderaan motosikal Kawasaki yang menyelit secara tiba-tiba di laluannya.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Video yang berdurasi 1 minit 19 saat itu menunjukkan bagaimana kejadian itu berlaku. Lebih memilukan apabila penunggang Kawasaki berkenaan berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian seakan melarikan diri.

Kejadian ini seterusnya mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. Rata-rata mengecam tindakan pemilik motosikal Kawasaki tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan mahu penunggang berkenaan dikenakan tindakan.

Screenshot (284)

Screenshot (281)

Ada yang mempertahankan penunggang motorsikal Kawasaki tersebut dengan menyalahkan mangsa yang dikatakan memecut laju ketika kejadian itu berlaku.

Screenshot (285)

Pada pandangan anda, siapa yang bersalah dalam hal ini? Kepada anda yang memandu kereta mahupun menunggang motosikal, sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Beberapa hari lalu, tular tentang seorang pemuda yang langgar lari kereta milik pemandu negara. Anda boleh baca tentang insiden tersebut di sini.

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

Pemandu Myvi Yang Kemalangan Di Thailand Dilaporkan Tidak Mempunyai Lesen Memandu

Anda Mungkin Suka