Baru-baru ini, video TikTok tular yang memaparkan Katy Perry sedang melakukan persembahan semasa di atas pentas, mata kanan Katy Perry dilihat mata kanannya tidak berfungsi seolah-olah mengalami glitch atau sebaliknya.

Ramai peminat Katy Perry panik dengan keaadan mata kanan sekejap terbuka sekejap tertutup itu di atas pentas semasa persembahan di Las vegas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Atas kejadian tersebut, akhirnya Katy Perry menjawab tentang isu tersebut di Instagram miliknya yang mengatakan bahawa kejadian itu hanyalah sebahagian daripada persembahan atau ‘party trick’.

Melihat kepada respons Katy, insiden berkenaan mungkin ‘tidak serius’ dan beliau kini berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

Penyanyi solo berusia 38 tahun itu juga mengambil kesempatan untuk menjemput peminatnya ke tour persembahannya tahun hadapan. Beliau berkata setlist untuk persembahannya akan menyeronokkan dan boleh membawa penonton kembali ke tahun 2008.

Sehingga kini, video berkaitan mata Katy Perry yang dimuat naik oleh akaun TikTok @katyperrytv telah ditonton lebih 19.3 juta penonton. Video itu turut dikongsi oleh banyak akaun lain.

@katyperrytv

KATYYYYY!#PLAY🍄

♬ sonido original – Katy Perry TV

Dalam video tersebut, penyanyi ‘Firework’ itu sedaya upaya untuk membuka mata kanannya dengan dua kali menekan tangannya ke pelipis matanya.

Menerusi video TikTok tersebut, pelbagai respon datang daripada netizen. Ada yang menganggapnya serius, ada yang menganggapnya bergurau.

Tidak terlepas ada segelintir warganet percaya insiden itu ada kaitan dengan illuminati (mempunyai kepercayaan tertentu dengan mata satu) dan ‘dajjal’.

Netizen turut mengaitkan kejadian yang dialami Katy Perry mungkin ada kaitan dengan sindrom Ramsay Hunt (kelumpuhan wajah dan disebabkan oleh virus). Bukan sahaja lumpuh pada muka, Ramsay Hunt juga dikatakan boleh mengganggu pendengaran.

Sindrom ini pernah dialami oleh Justin Bieber sebelum ini. Akibatnya, Bieber terpaksa menangguhkan baki jelajah konsertnya tahun ini.