Susulan pelumba drag Muhamad Hafez Jamal Jamaluddin, 40, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag Battle Of The Kings (BOTK) 2022 pada 11.35 pagi hari Sabtu lalu, semua penganjuran acara melibatkan aktiviti sukan permotoran dan kereta di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak diarah dihentikan buat sementara waktu berkuat kuasa pada hari yang sama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menyatakan pihaknya telah mengarahkan supaya semua aktiviti di litar terbabit dihentikan serta-merta dan akan dibuka semula selepas semua hasil laporan dan aspek keselamatan di litar ditambah baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Sebaik terima (laporan), kita akan kaji dan lihat aspek keselamatan yang perlu diperbaiki serta ditambah baik dari segi kemudahan dan penganjur sendiri.

“Dari segi permit kebenaran dan sebagainya tidak ada masalah, penganjur memang dah dapat kebenaran daripada pesuruhjaya sukan negeri,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP) baru-baru ini.

Menurut Wan Sukairi lagi, kerajaan negeri amat kesal dengan kejadian itu dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang pastinya terkesan dengan insiden terbabit.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

 

Sumber