Pada zaman sekarang fungsi ‘Live‘ sudah menjadi satu platform buat para peniaga untuk memberitahu pengguna media sosial lain mengenai perniagaan mereka. Bagaimanapun satu insiden tidak sengaja terakam oleh peniaga putu piring di Melaka ketika sedang melakukan live pada awal pagi semalam.

Ketika Facebook Kelasssik Putu Piring menyiarkan video live, sementara beberapa orang pelanggan sedang berdiri di hadapan gerai, kelihatan sebuah model MPV dipercayai Proton Ertiga meletakkan kenderaan di seberang tepi jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tidak lama kemudian apabila seorang wanita di tempat duduk penumpang hadapan membuka pintunya, datang sebuah Proton Saga dari belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu MPV terbabit.

https://www.tiktok.com/@putupiringviralmelaka/video/7157633234531044634?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Rempuhan itu membuatkan semua pelanggan yang berada di sekitar gerai putu piring tersebut berasa terkejut. Manakala, wanita yang berada di dalam MPV itu terpinga-pinga sejurus pintu kereta itu hancur dilanggar. Bagaimanapun dipercayai tiada kecederaan yang serius berlaku semasa insiden terbabit berlaku.

Siaran live masih lagi berjalan dan kelihatan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut bergerak dengan perlahan-lahan sehinggalah kereta MPV itu dialihkan dari tempat kejadian.

Rakaman video itu kemudian disunting dan dimuat naik semula pada TikTok @putupiringviralmelaka sebelum orang ramai mengongsikan semula di platform Facebook.

Rata-rata ramai netizen menegur perbuatan wanita berkenaan yang tidak melihat cermin sisi dan melihat bahagian belakang bagi memastikan tiada kenderaan lain yang menghampiri sebelum membuka pintu.

Sumber Gambar: TikTok @putupiringviralmelaka
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Tambah netizen lagi, semasa meletakkan kereta di tepi jalan serta kawasan sempit, pastikan pintu kereta tidak dibuka dengan luas seperti mana kereta tersebut diletakkan di dalam kotak parkir kerana tindakan itu boleh mendatangkan bahaya.

Ada juga netizen berkongsikan tips yang baik untuk kita semua dipraktikan — bagi penumpang tempat duduk hadapan, boleh buka pintu menggunakan tangan kanan, secara automatik kepala penumpang akan melihat bahagian belakang untuk melihat keadaan sekeliling terlebih dahulu bagi memastikan semuanya selamat untuk keluar daripada kereta.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.