Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam tular di media sosial apabila seorang pengasas produk kecantikan disimbah dengan air sirap oleh seorang lelaki. Lelaki berkenaan dikatakan berang atas tindakan Datuk Seri berkenaan yang mengganggu ketenteraman pelanggan lain yang sedang makan di kedai makan tersebut.

Ketika ramai berdebat sama ada tindakan tersebut sesuatu yang wajar atau pun tidak, ada netizen yang sudah ‘menghidu’ kejadian tersebut seperti sudah dirancang dari awal. Berdasarkan perkongsian pemilik Facebook Nurwati Hussin, setiap individu yang terlibat dalam kejadian tersebut dikatakan mengenali antara satu sama yang lain.

Owner kedai fren dgn bro ni…Owner jugak fren dengan si lembut..Masih ada jugak yang tertipu dengan marketing…

Posted by Nurwati Hussin on Saturday, October 10, 2020

AKIBAT BILA DAH TERKANTOI..Macam musibat je aku tgk memasing….

Posted by Nurwati Hussin on Saturday, October 10, 2020

Bila ada frenlist fb kata ni real dan bukan marketing… aku rase tercabar… So aku korek..Nah terbukti diorang ni…

Posted by Nurwati Hussin on Saturday, October 10, 2020

Pemilik kedai makan tersebut pula dikatakan turut pernah muncul dalam video live mangsa berkenaan sebelum ini. Tambah menarik, lelaki yang menyimbah air sirap pula pernah membuat review makanan di kedai tersebut sebelum ini.

Antara kemusykilan lain netizen adalah kepekatan air sirap yang disimbah kepada mangsa. Ia sangat pekat sehingga pada awalnya ada yang menyangka beliau disimbah dengan cat merah.

Seperkara lagi, ketika mereka sedang meleraikan ‘pergaduhan’, sesi live masih diteruskan dan telefon pintar kembali diletak pada posisi yang asal.

Terpulang kepada anda untuk menilai tetapi dengan lambakan gimik sebegini yang sengaja dibuat-buat, netizen perlu lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang anda lihat di media sosial. Apa pula pandangan anda untuk insiden ini?

Ini pula beberapa gimik lain yang berjaya mendapat perhatian di media sosial. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pembelian RX-Z RM100,000 Sekadar Gimik, Tauke Kedai Dedahkan Harga Sebenar Cuma RM45,000

‘Perempuan Kebaya Merah’ Gimik Untuk Sebuah Filem Tempatan?

Lihat Artis Ini Dengan Selamba Makan ‘Karya Seni’ Bernilai RM499,000

Anda Mungkin Suka